Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

Sijil Amalan Tahunan Homeopati Hanya Daripada Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM) (01/02/16)

  Sijil Amalan Tahunan Perubatan Homeopati telah dikeluarkan oleh Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM) sejak MPHM diberikan tanggungjawab sebagai badan payung amalan perubatan homeopati di Malaysia.

  Sehingga hari ini, kita masih was-was apakah kesemua yang membuka klinik atau pusat rawatan homeopati di Malaysia memohon atau memiliki sijil amalan tahunan homeopati yang dikeluarkan setiap tahun oleh MPHM.

  Apabila kami terima mesej daripada MPHM tentang isu pengeluaran sijil amalan tahunan ini dan dimaklumkan juga menerusi facebook, beberapa persoalan timbul di minda pengamal.

  Mesej itu ialah:

  1. MENDAFTAR SEBAGAI AHLI MPHM ADALAH SECARA INDIVIDU MELALUI BORANG PERMOHONAN MENJADI AHLI YANG DI SEDIAKAN 

   2. MPHM TIDAK MELANTIK AGEN SAMA ADA DI KALANGAN ORANG PERSEORANGAN, PERSATUAN, ATAU SYARIKAT UNTUK MENGENDALIKAN URUSAN MENJADI AHLI MPHM.

   3. BAYARAN YURAN YANG BERKAITAN SERTA BORANG PERMOHONAN BOLEH DI DAPATI DIDALAM LAMAN SESAWANG MPHM

  Persoalan apa?

  Apakah ada orang tertentu, persatuan atau syarikat telah menciplak sijil dan mengambil kesempatan mengaku sebagai agen bagi pihak MPHM untuk mengendalikan urusan penerimaan keahlian serta mengeluarkan sijil amalan tahunan perubatan homeopati?

  Bagaimana pula kaedah agihan komisen (kalau ada) berkaitan urusan yang mereka jalankan ini, atau mereka juga mencuri kesempatan mendapat wang Yuran Keahlian dan Yuran Amalan Tahunan?

  Sebagai pengamal, laman web kami juga mengalu-alukan sekalian pengamal supaya menghubungi dan mendapatkan borang hanya daripada laman web MPHM.

  Sama-samalah kita berkerjasama demi memajukan homeopati dan beramal melalui jalan yang dibenarkan oleh persatuan payung homeopati yang telah dilantik dan dipertanggungjawabkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

  Salam daripada kami Admin HBI.

 

Penulis sesi ini: drhatta & Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2016