Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

Testimoni Cergas Minda Active IQ: Jadi Berani!  (03/02/16)

  Pada penghujung bulan Januari saya mengunjungi Kolej MARA di Bukit Changgang. Sekali lagi bersua dengan Puan Sal yang pernah memberikan testimoni berkenaan anak kembarnya yang kurang pick-up tetapi menjadi lebih  cergas selepas mengambil Active IQ.

  Dia juga memaklumkan ada menerima beberapa panggilan dalam tempoh tiga tahun selepas memberikan testimoni yang mana kami menyertakan no telefon bersama testimoni itu. Ramai di antaranya yang bertanya lanjut tentang kesan sebenar Active IQ.

  Sewaktu berborak bersama rakan sekerjanya kali ini, beliau ingat kembali kepada perubahan anaknya dan memaklumkan bahawa,

  "Anak saya yang mengambil Active IQ itu sebenarnya bukan saja menjadi mudah memberikan respons dan jawapan kepada soalan guru, tetapi juga menjadi berani. Dalam kelas bahasa Inggeris, walaupun anak saya itu tidak pandai sangat bercakap dalam bahasa Inggeris, telah menjadi berani bertutur dalam bahasa itu walaupun bahasa Inggerisnya tidak sebaik orang lain."

  Justeru beliau merasa amat berpuas hati dengan penawar cergas minda itu. Satu istilah baru dalam testimoni kali ini ialah anak yang mengambil Active IQ menjadi lebih berani untuk ke hadapan. Dia tidak takut kalau dia ditertawakan atau melakukan kesalahan.

  Ini satu ciri penting bagi orang-orang yang berjaya. Dalam erti kata lain, pelajar boleh menerima hakikat kalau terbuat salah ia adalah satu pembelajaran. Inilah yang sepatutnya berlaku. Kita tidak boleh malu untuk mencuba atau melakukan sesuatu. Kita mesti berani meneroka perkara baru, kita mesti "berani gagal", meminjam istilah Billi Lim.

  Memetik catatan di dalam buku Tip-tip Motivasi dan Minda, "Kita akan lebih berani dalam apa jua perkara sekiranya kita berani untuk menghadapi kekalahan. Berani menghadapi kekalahan bukan bermaksud buat sambil lewa dan tidak kisah sangat jika kalah tetapi bermaksud 'Aku akan buat paling baik, aku tak peduli jika aku kalah. Aku tak hairan dan aku tak takut. Aku akan tetap buat yang terbaik'."

Ini merupakan intisari pelajaran yang kita terima daripada Billi P S Lim yng menyatakan 'Apabila seorang samurai sejati bertarung, ia telah bersedia untuk menghadapi maut, tetapi lazimnya lawannya lah yang menemui ajal'.

  Bahkan penawar cergas minda itu bukan saja memberi kesan setelah berminggu memakannya, malah ada yang menyatakan kesannya boleh dirasai dalam beberapa hari saja.

  Puan Sandora dari Sutera Inn Kota Bharu tiba-tiba menghantar mesej selepas dua bulan anaknya memakan Active IQ. Kali ini dia ingin menambah lagi lima botol Active IQ. Beikut teks beliau yang boleh dijadikan testimoni:

  "Sy x pandai nk ckap. tp tgk tu dia dgr ckap dr biasa. Nmpk lebih tumpuan time buat hmwork."

  "Ank-ank suka makan. pagi nk trn sek mesti ambik sebiji kemam dlm mulut. Anak yg belajr 3 org. jd sy belikan sorang satu ..."

  " Sy juga ada seorg ank bertuah (pongoh sikit) gapo2 cpt tinggi soro. Hok ni la sy bgtau dia dgr ckp dari dulu."

  Apabila beliau menanya berapa botol sebulan utk seorang anak, saya maklumkan cukuplah sebotol sebulan seorang. Ambil ikut saranan pengamal, dua biji dua kali sehari sudah cukup.

  Berbalik kepada pelanggan yang baru saja anaknya menambil Active IQ selama seminggu, tetapi sudah memberikan respons. Beliau risau sebab anaknya kurang minum air kosong sedangkan  kami sarankan agar banyak minum air kosong.

  Beliau dipanggil Julaiha, dari Johor. Antara teks yang kami terima daripada beliau adalah seperti di bawah:

  "Anak 6 tahun suka sgt, itu yg lebih dos, kalau tak da kesan sampingan tak apa. Tapi target 1 btl sebulan dah kurang.. terim kassih."

  "Alhamdulillah, bangun pagi x nangis dan marah nak ke sekolah, nampak lebih positif lah. ni anak yg 6 tahun. Abg dan Kak dia tinggal di asrama saya blum nampak perkembangan mereka lg."

  Itulh makluman ringkas daripada klien baru. Beliau mungkin pelanggan yang ke empat atau ke lima membeli dalm jumlah 10 botol (set promosi).. Akhir-akhir ini nampak klien HBI sudah berpuas hati walaupun mesti membeli 10 botol utk dapat diskaun dan kurier percuma.

  Ini perkembangan baik. Itulah yang sepatutnya berlaku. Jika kita mempunyai rancangan jangka panjang untuk kejayaan anak-anak, kita mestilah berkorban dan melabur.

  Lagipun penawar cergas minda yang kami promossikan ini tersangat rendah harganya. Hanya RM15. Kalau beli 10, RM120, dapat diskaun RM30. Dengan jumlah RM120, itu mungkin baru sama dengan satu  atau dua pek produk minda jenama lain.

  Perbezaan itu berlaku kerana ini adalah penawar farmasi, yang dipasarkan secara online dan sebarang pertanyaan boleh ditelefon atau sms 24 jam sehari. Khidmat konsultasi ini pula percuma, bukannya kena bayarpun.

  Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: drhatta & Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2016