Laman Utama

 

Laman drhatta.com sebagai peneraju perubahan dalam mempersembhkan bahan ilmiah dan terkini homeopati di Malaysia.

 

Change in this homeopathy dr hatta dot com website to fit screen size starts in February 2016.

 

2016
Advertisement

KISAH LAMA BERULANG KEMBALI 2016 (20/02/16)

  Kisah lama berulang kembali. Itulah nasib yang menimpa penduduk di kawasan kampung-kampung yang bergantung kepada Loji Rawatan Air Bukit Tampoi.

  Agaknya sudah tahun ke empat Loji Bukit Tampoi terpaksa ditutup oleh Puncak Niaga Sdn Bhd akibat pencemaran amonia pada sumber air. Apabila keadaan itu terjadi, para penduduk di sini hampir ketiadaan air. Bayangkanlah apabila rumah setiap penduduk tidak mendapat bekalan air selama lebih daripada hari.

  Sekarang situasi tentulah semakin parah. Tahun-tahun sebelumnya apabila penduduk kampung terdesak, mereka yang berada di Labohan Dagang dan Bukit Changgang akan mendapatkan bekalan air daripada sungai ataupun kawasan lombong Bukit Tadum.

  Kini, Bukit Tadom sudah menjadi Tadom Hill Resorts. Ia menjadi tempat seronok dan taman riadah yang menarik bagi mereka yang ingin berlibur dan menghabiskan percutian. Kawasan kampung orang asli yang mengandungi sumber bekalan air terdesak orang kampung sudah tidak boleh diteroka sembarangan.

  Justeru, apakah tindakan pihak SYABAS yang lebih proaktif selain menutup dan memantau bekalan air yang hampir putus di kampung-kampung ini? Mengapa catuan tidak dibuat atau dialirkan daripada loji lain?

  Bagi orang kampung, mereka tidak melihat usaha ke arah penyelesaian jangka panjang dilakukan oleh pihak terlibat kerana peristiwa yang sama berulang lagi selama empat tahun.

  "Tiap-tiap tahun inilah yang berlaku, apakah yang berubah ke arah kebajikan penduduk?" keluh seorang rakan di masjid Bukit Changgang.

  Kami amat prihatin dengan situasi ini. Apa lagi apabila pusat International Baccalaureate (IB) terbesar di Malaysia berada di sini, di Kolej MARA Banting.

  Selama empat tahun keadaan ini cukup memalukan, khususnya apabila ada juga kadang-kadang di antara pelajar itu anak orang-orang tertentu dari kedutaaan dan kenamaan.

  Meskipun para pelajar Kolej IB ini ada kalanya diberikan sedikit keistimewaan mendapat bekalan air daripada SYABAS, namun ia tetap tidak mencukupi bagi menampung pelajar yang lebih 500 orang itu.

  Persoalannya - Inikah Malaysia? Inikah Selangor? Yang tak mampu menangani dan membiarkan suasana yang sama berulang tanpa tindakan yang lebih berkesan?

  Nampaknya kita semua akan berterusan menyaksikan drama bersiri di kampung ini, di Kolej IB ini hingga beberapa tahun lagi. Tajuk ceritanya, "Kisah Lama Berulang Kembali". Atau bagi majoritinya mungkin lebih suka tajuk ini "Aku Ke Sekolah Tak Mandi Lagi".

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.