Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

Dari Denggi ke Zika, Itu peranan Aedes: Perubatan Homeopati Bagaimana? (31/01/16)

  Sejak dua hari ini, kita digemparkan kembali oleh jangkitan virus baru. Virus ini juga berpunca daripada nyamuk yang sama yang membuat ramai masyarakat dunia, termasuk Malaysia mendapat jangkitan yang serius, iaitu nyamuk aedes.

  Nyamuk hanyalah binatang kecil, makhluk yang dijadikan Allah seperti kita semua juga. Ia juga mempunyai KPI untuk hidup bebas khususnya di bumi tropik, asia dan pasifik. Malangnya, nyamuk aedes bukanlah rakan yang baik buat manusia kerana ia kini dilaporkan bukan saja membawa denggi dan chikugunya, tetapi terbaru ialah Zika. Bahkan sebenarnya Zika telah dilaporkan mula merebak di Asia dan Pasifik sejak tahun 2013 bersama-sama dengan chikugunya.

  Berita besar dan pantas apabila Kementerian Kesihatan Malaysia dan media antarabangsa melaporkan bahawa jangkitan virus Zika telah merebak dengan begitu pantas sekali di benua Amerika.

  Sebagaimana keadaan d Amerika, Malaysia merupakan negara yang berisiko mendapat jangkitan dan rebakan. Menurut sumber KKM juga (http://kpkesihatan.com/2016/01/29/kenyataan-akhbar-kkm-29-jan-2016-risiko-penularan-virus-zika-ke-malaysia/) keadaan bagi penularan jangkitan ini ke Malaysia adalah  tinggi kerana sebab-sebab berikut:-

1. Malaysia mempunyai nyamuk pembawa jangkitan ini iaitu nyamuk Aedes.

2. Densiti nyamuk Aedes di negara ini adalah sangat tinggi. Ini berdasarkan kepada hasil pemeriksaan premis-premis di seluruh negara serta hakikat bahawa kita juga dibebani dengan masalah denggi yang disebarkan oleh nyamuk yang sama.

3. Penyakit ini belum terdapat di Malaysia dan oleh itu rakyat Malaysia amnya tidak mempunyai imuniti terhadap penyakit ini. Oleh itu, jika virus ini dibawa masuk oleh rakyat Malaysia yang dijangkiti atau pelancong luar ke Malaysia, ia boleh merebak dengan pantas.

4. Seperti denggi, tiada vaksin dan ubat khusus untuk membunuh virus ini. Oleh itu, orang yang dijangkiti akan menjadi sumber jangkitan kepada orang lain jika digigit oleh nyamuk Aedes.

5. Terdapat laporan menyatakan sebahagian besar (terdapat anggaran mengatakan 80%) tidak menunjukkan gejala dijangkiti, yakni mereka boleh menjadi “pembawa yang sihat” dan menyebarkan virus ini tanpa disedari.

  Satu perkara yang mungkin melegakan ialah penyakit ini hanya menyebabkan demam yang ringan serta bintik-bintik (rashes) di badan, sakit sendi dan tidak menyebabkan kematian. Namun pihak KKM memandang risiko jangkitan penyakit Zika sebagai serius kerana ia telah dikaitkan dengan kejadian “microcephally” iaitu kelahiran bayi dengan kepala/otak mengecil dan juga dikaitkan dengan gejala saraf iaitu sindrom “Guillain-Barre”.

  Pesanan kami buat pengamal rawatan alternatif, khususnya, homeopati ialah kita harus memberi kerjasama sewajarnya kepada pihak KKM sekiranya ada pesakit yang mempunyai simptom-simptom jangkitan yang disebabkan oleh nyamuk aedes. Persoalan sama ada ianya aedes, chikugunya atau zika, biarkan kementerian menguruskan.

  Tetapi di samping itu, kita berkewajipan memberi kelegaan kepada pesakit berdasarkan simptom-simptom yang dipaparkan semasa berada di bilik rawaan. Oleh kerana sistem perubatan homeopati merawat berdasarkan keseluruhan simptom pesakit, kita percaya mungkin pesakit mempunyai kecenderungan untuk sembuh dengan preskripsi tepat dan terbaik pengamal homeopati.

  Justeru, pastikan pengamal mempunyai penawar homeopati yang mencukupi, agar dengan itu kita juga dapat memainkan peranan mengurangkan masalah yang mungkin melanda negara kita.

  Salam daripada drhatta dan Admin HBI.

 

Penulis sesi ini: drhatta & Admin HBI.

 

 

     
 
 

© HBI Health & Homoeopathy Centre 2016