Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Formula Cergas Minda Active IQ Homeopati Di Malaysia  (13/01/16)

 Sejak Aktif IQ  dilancarkan pada tahun 2001, kami sudah melihat jauh ke hadapan untuk tidak mempromosinya sebagai penawar atau ubat 'cerdas minda' tetapi sebaliknya kita promo sebagai penawar 'cergas minda'. Kerana itulah, ia diberikan nama Acttive IQ.

  Walaupun kita sedar teramat banyak iklan-iklan produk yang mempromosikan produk mereka sebagai mampu menjadikan anak cerdas, pintar, cerdik, bijak dan sebagainya, kami di HBI kekal dengan jajaan tagline "cergas minda."

  Kami tidak sekali-kali terpangaruh kepada cara iklan yang meragukan yang sengaja untuk melariskan jualan tanpa melihat kepada testimoninya.

SALAH FAHAM PRODUK HOMEOPATI ACTIVE IQ

  Sudah beberapa kali berlaku silap faham di kalangan pengguna di mana ada di kalangan anak-anak mengambil Active IQ sebotol sekali gus dalam sehari. Ada yang mengambilnya dalam dua hari atau dalam beberapa hari sahaja dihabiskan, walaupun ia sepatutnya bertahan sehingga sebulan.

  Ada ibu dan kadang-kadang guru sekolah menelefon, risau apa akan jadi dengan anaknya kerana menelan sebotol penawar Active IQ sekaligus. Kelam kabut jadinya, maklumlah, ubatnya manis. Bila ditelan banyak risau dan bimbang pula kerana namanya ubat. Ubat minda atau cergas minda bunyinya sama dengan ubat biasa atau panadol. Sehingga apabila saya memberi penjelasan, barulah mereka merasa lega.

  Inilah untungnya juga bila kita mengizinkan konsultasi secara online. Banyak masalah dapat diselesaikan.

  Pernah juga sahabat saya iaitu Timbalan Presiden daripada Persatuan Usahawan Internet Malaysia membeli dua botol Active IQ. Apabila saya bertemu kembali beliau dalam salah satu program Jelajah Varsiti seminggu kemudian, beliau menyatakan bahawa seorang daripada anaknya telah menghabiskan tablet cergas minda itu dalam dua hari sahaja.

  Saya lantas menjawab, "Active IQ ini bukannya muntah hantu seperti yang dimakan oleh Badang dahulu. Selepas makan Badang serta merta menjadi kuat. Ia perlukan masa dan ia akan memperbaiki sikap pelajar secara berdikit. Tetapi kesannya tidak sama antara seorang pelajar dengan yang lain kerana faktor kesesuaian".

  Kemudiannya, saya bertanya kembali kepada beliau, "Ada tak anak tuan yang ambil Active IQ itu menunjukkan sebarang perubahan? Mungkin seperti dia bertambah rajin, atau mudah bangun pagi..."

  Mendengar pertanyaan saya itu, terus serta merta beliau memaklumkan bahawa beliau ada perasan sedikit perubahan. Lantas beberapa hari kemudiannya beliau watsup dan minta saya bawakan lagi lima botol Active IQ.

CERGAS FIZIKAL, CERGAS EMOSI, CERGAS MINDA

  Sebelum seseorang itu tiba pada satu tahap kecemerlangan, tentulah beliau melalui suatu siri atau program atau perjalanan perubahan tingkah laku dan aktiviti yang tersusun. Istilah tersusun inipun kurang tepat, kerana kadang-kadang ianya berlaku tanpa kita sedari. Tiba-tiba anak kita menunjukkan suatu pencapaian prestasi yang tak diduga.

  Apabila fizikal kita atau anak-anak kurang cergas, emosi mudah terganggu, sikap kurang minat meninggi, pergaulan pula terhad, bagaimanakah kita atau anak-anak kita boleh mencapai kecemerlangan atau menjadi orang berjaya? Ini tentulah masalah besar bagi kita atau mana-mana ibu bapa sekalipun.

CERGAS FIZIKAL

  Untuk tingkatkan keupayaan tenaga dan cergaskan fizikal, kita perlu lakukan sesuatu. Antaranya ialah mesti makan dan minum dengan mencukupi dan bahan-bahan itu berzat atau mengandungi vitamin dan mineral tertentu. Gula, nasi, kanji, serat, buah-buahan, gandum dan sebagainya seperti yang dinasihatkan ahli pemakanan mesti cukup buat membantu kita aktif sentiasa.

  Istirehat juga penting. Waktu tidur dan santai harus diperuntukkan dengan jumlah jam tertentu. Walaupun kita kuat bermain atau banyak belajar, tetapi kalau tidur kita kurang daripada enam jam, risiko letih, lesu, mengantuk, mudah penat dan seumpamanya akan mengganggu dan menarik tenaga dan tumpuan kita terhadap sesuatu yang menghalang prestasi yang baik.

  Justeru pelajar atau anak-anak kita perlu disedarkan tentang keseimbangan riadah, rehat dan pemakanan ini supaya mereka kekal fit atau cergas. Mereka juga harus diberikan motivasi secara berkala supaya agihan masa dan semangat mereka dapat berterusan.

CERGAS EMOSI DAN SOSIAL

  Banyak peranan kestabilan emosi ini terpikul di bahu kaunselor. Ramai ibu bapa mengambil mudah tetang perkara ini. Sebenarnya antara faktor kejayaan anak-anak banyak bergantung kepada keseimbangan emosi.

  Di sekolah, selain kaunseling, kerapkali tindakan dibuat memanggil pakar motivasi bagi memberi semangat atau memperbetulkan tabiaat dan tingkah laku pelajar. Hakikatnya, pelajar itu sendiri boleh mengawal emosi mereka jika mereka sedar dan dididik.

  Ini adalah salah satu sebab sebahagian pelajar terus cemerlang tanpa memasuki sebarang ceramah atau kem motivasi. Yang paling penting sekali ialah kita atau pelajar harus bersikap positif dan ada penetapan matlamat.

  Penetapan matlamat dan bersikap positif inilah yang mencergaskan emosi dan mengatur seseorang itu menyusun strategi dan tindakan. Secara sedar atau tidak, ramai klien yang mengambil Active IQ menjadi cenderung untuk berubah menjadi positif dan lebih fokus.

  Banyak testimoni daripada ibu bapa dan guru-guru, seperti yang kita pernah laporkan juga, menjelaskan bahawa anak-anak mereka mudah bangun pagi, tidak lagi malas apabila disuruh, menjadi gemar membaca dan lebih fokus kepada pelajaran.

  Apakah Active IQ menjadikan mereka cerdas? Cergas? Tidak juga. Tetapi Active IQ membantu membawa perubahan. Sikap mereka, emosi mereka, tumpuan mereka berubah. Ini bukan kami yang kata, tetapi laporan testimoni seperti yang kami pernah paparkan dalam laman web ataupun fliers yang diedarkan.

  Apakah setakat itu saja? Bahkan banyak laporan, termasuk daripada Pn sal dan Puan Min, mengatakan anak-anak mereka makin aktif, tidak malu, semakin gemar berkawan dan memberi partisipasi dalam  kelas.

  Kalau dulu, anak itu malas menjawab atau pendiam, kini ada respons berbeza. Maknanya, ada juga perubahan dari segi kecergasan sosial di sini. Anak-anak ini tidak lagi menjadi rakan bisu tetapi rakan yang cergas sosial.

  Apakah semua yang ambil Active IQ mengalami perubahan ini?. WaLlahu a'lam. Kami tidak dapat memberi kepastian kerana perubahan itu bergantung simptom anak-anak atau klien yang similar dengan penawar rumusan dalam Active IQ. Hanya yang kami dapat jelaskan ialah, ramai yang berpuas hati dengan Active IQ.

DARIPADA CERGAS MINDA KEPADA CERDAS MINDA.

  Seperti yang terdapat dalam fliers dan nama atau label penawar Active IQ, tiada promo terang-terangan bahawa penawar cergas minda Active IQ boleh mencerdaskan minda. Itu subjektif. Tetapi hasilnya banyaklah ke arah kecemerlangan dan pencapaian yang membanggakan dalam akademik.

  Begitulah juga yang berlaku kepada anak-anak kami, jika keempat orang  anak-anak kami itu boleh dijadikan contoh. Jika tidak, mungkin anak-anak Dr. Kamaruddin Musa dan beberapa orang pelanggan yang sudi berkongsi kejayaan anak-anak mereka boleh juga dijadikan contoh.

  Seperti anak-anak Dr. Kamaruddin, anak-anak En Li seorang kontraktor sambilan di kampung isteri saya, menjadi cemerlang seorang demi seorang hasil penggunaan Active IQ yang berterusan. Mungkin sudah ada tanda-tanda kerajinan atau kecerdikan kepada anak-anak beiau, tetapi beliau mendapati ada perubahan ketara setiap kali anaknya yang berlainan mengambil Active IQ.

APAKAH SIMPTOM AWAL PENGGUNA ACTIVE IQ

  Seperti yang tertera pada fliers dan label, kita menyarankan penawar cergas minda ini kepada pengguna atau klien yang sukar mengingat, mudah pelupa, malas atau malas belajar, kurang semangat, kurang kreatif, letih bila banyak fikir, sukar memahami, mudah rasa takut, panca indera tumpul, kurang tenaga saraf dan kurang fokus.

  Siapakah orang yang memerlukan atau wajar mengguna penawar cergas minda Active IQ ini? Untuk menjawab persoalan ini kita pulangkan kepada individu. Klien ini mungkin seorang pensyarah, guru, pelajar, orang tua, seorang hafiz, anak-anak di tadika, pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah, bahkan siapa saja yang merasakan simptom-simptom yang disebutkan di atas ada keserasian dengannya.

  Apabila kita sudah rajin, sekali kejut sudah bangun di pagi hari, mudah memahami, suka bergaul, gemar menjawab soalan guru, gemar bertanya, semakin kreatif, berani, lebih fokus, tentulah ini bererti minda kita sudah mengalami perubahan kepada lebih cergas. Tahap ini bolehlah kita katakan bahawa minda kita sudah pada tahap cergas minda.

APAKAH ADA KEMUNGKINAN ACTIVE IQ BERGUNA UNTUK SIMPTOM FIZIKAL?

  Memang hakikatnya ada. Hanya simptom-simptom fizikal ini kita tidak highlightkan. Tetapi jika ada yang bermasalah dalam pertumbuhan yang lambat, tulang-tulang lemah, sakit reumatik, sakit perut atau angin, dan seumpamanya yang sesuai dengan rumusan penawar Kalium phosphoricum, Calcarea phosphoricum dan Magnesium phosphoricum, dibolehkan mengambilnya untuk memperoleh kesan positif.

  Kerana itu juga, kita boleh katakan juga penawar cergas minda ini boleh membantu untuk cergas fizikal.

  Sekiranya itulah keadaannya, tidakkah dengan cergas fizikal, cergas emosi, cergas sosial yang berkait rapat dengan unsur-unsur cergas minda, lalu akhirnya ia membawa kepada kecemerlangan dalam apa yang kita impikan? Kalau pada waktu itu hendak dikatakan minda anak itu sudah cerdas, cerdaslah dia.

PROGRAM CERGAS MINDA YANG BERTERUSAN

  Kerap kali juga kita terima pertanyaan "Mengapakah bila anak saya berhenti memakan Active IQ, prestasinya nampak merosot?"

  Ini persoalan yang menarik. Kalau boleh, dengan sebotol penawar Active IQ, minda anak-anak kita sudah cerdas, tidak akan kembali lemah seperti dulu. Jangkanya dia akan terus pintar genius. Jadi saya ingin bertanya tuan-puan, "Adakah selepas anak tuan/puan sembuh dari demam, batuk atau apa-apa sakit, penyakitnya tak berulang lagi?"

  Nah, itulah jawapannya. Tiga garam tisu atau garam mineral dalam penawar cergas minda Active IQ itu dibekalkan kepada mereka yang kekurangan mineral. Bahan mineral, vitamin, serat, gula atau apa saja yang diambil badan adalah untuk digunakan. Apabila ianya digunakah, apakah bahan-bahan atau mineral itu akan terus bercambah sendiri? Atau bagaimana?

  Ya tuan/puan, itulah sebabnya pemakanan bahan berkhasiat harus berterusan. Bekalan mineral untuk merangsang dan mencergaskan minda juga begitu jugalah hukumnya. Ia harus dibekalkan berterusan, melainkan bekalan mineral otak anak-anak kita itu tersedia cukup.

ORANG YANG SEDAR AKAN MENERUSKAN PROGRAM MENCEGASKAN MINDA

  Tuan/puan, HBI ada menerima beberapa kali tempahan daripada sekolah. Ada sekolah rendah, ada sekolah menengah, ada MRSM. Ada MRSM menempah daripada saya selama tiga tahun berturut-turu.

  Mengapa tempahan dibuat berturut-turut? Tentulah kerana ada impaknya. PIBG sekolahnya melihat terdapat peningkatan walaupun sedikit. Lalu ditempahnya lagi. Tetapi apakah sama mereka yng menempah penawar cergas minda Active IQ sekali dengan mereka yang menempah secara berterusan untuk setahun?

  Tentulah tidak sama. Kerana mereka yang menempah sekali dan mengharapkan kuasa ajaib menjadikan anaknya cemerlang sampai ke minggu peperiksaan dan hingga dewasa akan pasti mengalami pasang surutnya.

PROGRAM CERGASKAN MINDA BERTERUSAN OLEH INDIVIDU YANG SEDAR

  Tuan/puan. Sejak saya merumuskan penawar ini, isteri saya telah membekalkan penawar cergas minda ini sejak dari anak-anak itu kecil sehinggalah keempat anak-anak itu dewasa. Begitulah dengan En. Li, Pn Sal, Dr Kamaruddin, Pn Feldauni dan ramai lagi. Apabila penawar cergas minda itu habis, dibeli lagi. Ini bukan semata-mata promo, tetapi hakikat.

  Mineral yang cukup dan seimbang harus sentiasa dibekalkan. Pada pertengahan tahun lepas sahaja, saya terkejut apabila ada seorang individu, seorang pegawai farmasi di sebuah hospital kerajaan, telah menempah 80 botol Active IQ dan 20 botol Hi-Fos. Apabila saya bertanya kalau-kalau dia ingin menjalankan bisnes, katanya, "Bukan. Ini ialah untuk bekalan anak-anak saya".

  Agak-agaknya berapa orang anaknya. Saya sendiri mengira mungkin ada sepuluh orang. Kalau sepuluh orang, mengapa dibeli sampai begitu banyak?

  Mudah saja tuan/puan. Orang yang sedar tentang hukum pemakanan, keperluan tubuh dan minda akan menyusun satu program supaya anak-anaknya tidak kekurangan dengan bahan berkenaan. Sekiranya ia adalah mineral cergas minda, maka dibelilah dan disediakanlah secukupnya.

  Yang penting tuan/puan, penawar cergas minda Active IQ memang boleh membawa kepada matlamat akhir, iaitu "Excellence that we all dream". Tetapi tentulah kita kena berusaha dan berkorban sedikit. Tanpa kesanggupan pengorbanan dan usaha, itulh yang menyebabkan kita berterusan berada di takuk lama.

  Pun begitu, kami masih tidak menyebut penawar ini sebagai penawar cerdas minda. Hanya cergas minda. Atau Aktif minda. Kalau kami boleh pinjam kepada julukan homeopati kepada penawar Kalium phosphoricum, bolehlah kami katakan ia sebagai "brain tonic" atau tonik otak. Tonik untuk mencergaskan otak dan minda.

  Salam daripada saya, konsultan homeopati HBI.

 

Penulis sesi ini: drhatta.com HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2016