Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Ringkasan Falsafah Dan Kesembuhan Homeopati!  (17/01/16)

  Saya baru saja pulang daripada rumah sahabat homeopati. Beliau membuka farmasi homeopati dan ingin membantu kami membuka outlet farmasi homeopati di Kota Bharu. Satu jam bersama beliau dapatlah membantu kami melihat lebih jauh karenah yang farmasi homeopati selalu hadapi apabila berhadapan dengan peraturan bikinan dunia dan sistem kawalan pemerintah.

  Apakah homeopati, persatuan homeopati dan pengamal homeopati boleh buat selain akur dan dengar sajalah. Setakat hendak membawa masuk diluton homeopati 6c ke atas tidak ada masalah. Tetapi dilution homeopati Q (homoeopathic mother tincture) dan potensi penawar homeopati yang rendah menghadapi kawalan yang ketat.

  Demikian juga khabarnya dengan ointment atau ubat sapu homeopati, ia harus didaftar lain sebab ada campuran dengan bahan lain, sekalipun bahan itu tidak ada masalah dari segi halal atau kesan toksik. Apa tah lagi ubat-ubat telan/kemam kombinasi homeopati, jauh panggang dari api. Sama ada ubat itu keluaran Dr Reckeweg, Bahola, Masood, selagi ubat homeopati itu jenis kombinasi, walaupun sudah diluluskan oleh lembaga dan kementerian di luar negara, ia tidak boleh dijual di Malaysia, melainkan hendaklah seseorang atau syarikat itu mendaftar semula dengan Kementeian.

  Tetapi siapakah yang mampu melakukan semua ini? Majlis, persatuan, pengamal? Mungkin pengimport ubatan homeopati sajalah.

  Itulah nasib homeopati di negara merdeka di mana perubatan materialistik dan peraturan duniawi berkuasa. Dalam dunia seperti ini harapan Dr. Burhanuddin:

  "....... saya berpendapat, ilmu kedoktoran homeopati ini adalah satu milik bangsa (national asset) yang dapat saya sembahkan menjadi pusaka kekal buat negara yang merdeka kelak."

hancur - hancur melainkan ada bantuan daripada mana-mana korporat atau jika homeopati yang memegang tampuk pemerintahan.

  Susulan daripada itu, juga kerana tidak sempat membuat catatan panjang, di bawah ini saya bawa sedikit catatan yang kami baru saja poskan di dalam facebook HBI Homeopathy Malaysia buat panduan pengguna homeopati di Malaysia berkaitan falsafah perubatan dan kesembuhan homeopati.

FALSAFAH PERUBATAN DAN KESEMBUHAN HOMEOPATI

   Homeopati ialah satu sistem perubatan atau amalan perubatan yang berasal daripada German. Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan homeopati ialah seorang doktor perubatan bernama Dr. Samuel Hahnemann (1755-1843).

   Dr. Hahnemann merupakan seorang doktor ortodoks berpengalaman, ahli kimia yang cekap, botanis, mineralogis dan seorang penterjemah lapan jenis bahasa. Dalam mencari pengganti kepada sistem alternatif kepada perubatan ortodoks, beliau membuat percubaan terhadap ubat yang terkenal dengan nama Peruvian Bark atau Cinchona Officinalis.

   Dalam ujian terhadap dirinya sendiri, beliau mendapati ‘pesakit yang mempunyai penyakit tertentu boleh disembuhkan oleh bahan yang mampu menghasilkan kesan toksik yang serupa, seperti kolera yang boleh disembuhkan oleh satu dos arsenic dan demam scarlet boleh disembuhkan oleh belladonna’.

1. SISTEM BARU HOMEOPATI

   Dr. Samuel Hahnemann menamakan sistem baru ini sebagai “homoeopathy”. Homoeopathy berasal daripada dua perkataan Greek, iaitu “homoios” (serupa, identikal) dan “pathos” (penyakit,perasaan, penderitaan). Gabungan kedua perkataan itu menjadikan istilah yang diterima hari ini sebagai ‘homoeo – pathy’.

   Meskipun sejak berdekad lamanya, pengamal dan persauan homeopati di Malaysia memakai istilah dengan ejaan ‘homeopathy’, tetapi istilah bahasa Malaysia yang digunapakai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ialah ‘homeopati’.

   Dari segi sejarah, konsep dan undang-undang fundamental homeopati ini telah bermula sejak zaman Hippocrates lagi. Hippocrates, pakar perubatan Greek yang hidup pada kurun ke 5 sebelum Masehi pernah menulis: “By similar things a disease is produced and through the application of the like, it is cured.” Yang bermaksud, “menerusi benda yang serupa sesuatu penyakit itu terjadi dan menerusi aplikasi yang serupa ianya disembuhkan”.

   Namun, Dr. Samuel Hahnemann ialah orang yang telah bertanggungjawab membangunkan homeopati sebagai suatu sistem yang saintifik dan pilihan terbaik kepada sistem ortodoks. Dalam perbahasan antara kedua sistem ini, Dr. Hahnemann menggelarkan sistem lama atau ortodoks, sebagai “allopathy”, iaitu satu sistem yang mempunyai kaedah kesembuhan yang berlawanan dengan homeopati.

2.  FALSAFAH KESEMBUHAN HOMEOPATI

   Falsafah kesembuhan homeopati adalah berlandaskan prinsip ‘similia similibus curentur’ – ‘let likes be cured by likes’. Dalam bahasa Malaysia, prinsip homeopati ini bermaksud “Yang serupa menyembuhkan yang serupa”. Di dalam pengajian falsafah perubatan homeopati, ia dikenali sebagai ‘prinsip similia’ atau ‘undang-undang seraksi’ atau ‘undang-undang keserupaan’ (Law of Similars).

   Di dalam buku “Perubatan Homoeopati” (terbit 1997), Undang-undang Seraksi disebut sebagai cara homoeopati “merawat dengan menggunakan bahan-bahan yang mampu melahirkan semboyan-semboyan yang serupa (hampir sama) apabila diberikan kepada seorang yang sihat dengan semboyan-semboyan yang dipamerkan dalam diri pesakit.’ [Semboyan-semboyan ini adalah istilah lama pengamal homeopati bagi istilah simptom-simptom)”.

   Perincian buku “Perubatan Homoeopati” lagi, “Contoh yang jelas daripada undang-undang ini boleh dilihat pada penawar-penawar homeopati yang telah diuji. Umpamanya, penawar Ipecacuanha - iaitu satu penawar yang mampu melahirkan semboyan loya dan muntah apabila diberikan dos-dos yang tertentu kepada orang yang sihat. Oleh kerana kesan pemberian penawar Ipecacuanha tadi ke atas orang yang sihat telah terbukti seperti dalam uji-bukti homoeopati yang sahih, maka adalah wajar dan rasional Ipecacuanha diberi bagi merawat kes-kes pesakit yang mengalami masalah loya dan muntah”.

3. PRINSIP-PRINSIP ASAS LAIN HOMEOPATI

   Dalam memahami falsafah perubatan homeopati, terdapat sekurang-kurangnya empat prinsip lain atau undang-undang/hukum yang perlu diketahui dan diamalkan dalam amalan perubatan homeopati. Selain prinsip undang-undang Seraksi tadi, termasuk di dalamnya ialah (i) undang-undang Satu Penawar (‘Single Remedy’), (ii) undang-undang dos minimum (Minimum Dose), (iii) undang-undang Dinamisasi/Potentisation (‘dynamisation’) dan (iv) undang-undang kesembuhan (Law of Cure).

  Semua undang-undang ini boleh diketahui melalui sesetengah laman web homeopati atau dengan membeli buku-buku homeopati berkaitan. Buku "Perubatan Homeopati" dan "Homeopati: Perubatan Alaf Baru" juga ada memberi penerangan setiap undang-undang homeopati itu secara ringkas.

4. IBU KEPADA FALSAFAH KESEMBUHAN HOMEOPATI

   Semua prinsip yang menjadi tulang belakang dalam konseop kesembuhan homeopati berdiri di atas satu falsafah ibu. Falsafah ibu dalam perubatan homeopati ialah ‘keseimbangan vital force’ (tenaga hayat), satu falsafah yang jauh bertentangan dengan idea dan falsafah materialistik perubatan alopati.

   Dalam hal rawatan kepada pesakit, “homeopati memberikan fokus kepada mengembalikan keseimbangan “Vital Force” dan memantapkan kekuatannya yang optimum. Ini bersesuaian dengan cara tindakan penawarnya mencapai matlamat dengan merangsang mekanisme pertahanan semula jadi atau sistem pertahanan (immune system) tubuh”.

   Di dalam buku induk homeopati, apabila Dr. Hahnemann menyarankan wujudnya `vital force’ dalam makhluk hidup, ia menyebut `vital force’ sebagai:

    “Dalam keadaan sihat, vital force yang bersifat ruhani (dinamis) yang menggerakkan organisme material menduduki di tempat tertinggi. Ia bekerja mempertahankan pancaindera dan aktiviti-aktiviti kesemua bahagian organisme hidup dalam keadaan harmoni yang menjurus kepada keta’juban. Lantas kuasa ruhaniah yang menduduki organisme tersebut boleh dengan bebas menggunakan batang tubuh yang sihat untuk mencapai matlamat unggul kewujudan manusia.” (Organon, 9)

    “Tanpa vital force, organisme material tidak berupaya untuk dapat merasa, bertindak dan mempertahankan dirinya. Tanpa vital force, tubuh akan mati.....” (Organon, 10)

  Orang-orang dan kaum materialistik Barat dan ilmuan kedoktoran yang tersasar dalam memahami konsep kesembuhan, hidup dan mati tidak dapat benar-benar (atau tidak mahir) memahami konsep ‘vital force’ .

   Tanpa kefahaman yang betul dan tanpa membaca Organon homeopati dengan teliti, mereka tidak faham akan apa yang dimaksudkan oleh Dr. Hahnemann. Dalam erti kata lain, mereka gagal memahami homeopati sebagaimana mereka gagal memahami agama dan alam ROH.

Salam Tahun 2016.
Salam Homeopati.

  Mudah-nudahan sisipan ini membantu memberikan sedikit kefahaman tentang perubatan homeopati. Salam daripada saya, konsultan homeopati HBI.

 

Penulis sesi ini: drhatta.com HBI.

 

 

     
 
 

© HBI Health & Homoeopathy Centre 2016