ahabatannya dengan pengamal homeopati di Padang, Indonesia. " name=Description>
 

Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

Keajaiban Ilahi Dan Homeopati!  (21/01/16)

  Saya pulang ke Kota Bharu buat pertama kali selepas kembali dari ziarah Istanbul, Madinah  dan tanah suci Makkah.

  Di bumi Serambi Mekah ini, cuacanya berbeza berbanding KL atau Banting. Ia lebih sejuk sedikit, apa lagi kalau di waktu subuh atau terbangun jam tiga atau empat pagi.

  Ini mengingatkan saya kepada bumi tempat kami pergi berziarah, Istanbul dan kota Makkah sendiri. Tanpa persediaan dan stamina yang cukup, saya telah mendapat demam dan batuk yang teruk sebaik sahaja selesai umrah wajib.

  Keajaiban Ilahi dan ujiannya kepada kita, remedi homeopati yang satu beg dalam Shivam homeopathy Pharmacy bag yang saya bawa, berguna untuk beberapa kes yang simple sahaja. Homeo-ABC juga banyak membantu. Tetapi apabila Tuhan ingin menguji dengan sakit yang betul-betul hebat, remedi homeopati, hatta ubat hospitalpun tidak banyak yang boleh menolong.

  Di sana saya bertemu dengan seorang saudara dari Indonesia, yang meminta remedi homeopati bernama Belladonna. Itulah remedi penting yang beliau tahu hasil persahabatannya dengan pengamal homeopati di Padang, Indonesia. Beliau bertanya kalau-kalau saya ada mengenali pengamal homeopati itu.

  Saya menjawab tidak, tetapi mungkin beliau ada mengenali saya justeru ada buku-buku saya yang sampai ke Indonesia. Mungkin juga dikenali saya kerana tulisan-tulisan saya dalam laman homeolibrary.com atau drhatta.com.

  Selain membantu beliau dengan memberi Belladonna, sekembalinya saya Malaysia, baru saya perasan (ketika di atas kapal terbang), bahawa saya tertinggal keseluruhan remedi homeopati bersama-sama Shivam Homeopathy Bag. Saya gusar dan terdetik di dalam kalbu, "Apakah lagi pengajaran yang hendak ditunjuki Ilahi kepadaku dengan melupakan aku langsung kepada beg kesayangan aku sehingga tertinggal kesemuanya?". Maha Suci Allah.

  Setelah bertahun-tahun beg itu dibawa ke mana saja saya bermusafir, akhirnya ia diambil daripada saya di kota Makkah. Dan keuzuran yang menimpa saya juga berpanjangan sehingga tiga minggu berada di Malaysia, juga masih terlalu penat dengan sakit demam dan batuk.

  Maha besar Allah, Dia mengizinkan saya membuat beberapa catatan dalam drhatta.com walaupun ternyata masih belum benar-benar sihat. Artikel itu banyak membantu sehingga ramai pelanggan membuat pesanan dengan tidak lagi mempersoalkan banyak perkara titik bengik.

  Ajaib juga, apabila kembali ke Kota Bharu dengan suasana pagi yang mencengkam sejuk, dua perkara dikembalikan Allah swt. Pertama, kesihatan yang semakin pulih dengan cepat, dan kedua, baru dapat merasakan nikmat bangun atau terjaga di pagi jam tiga atau empat (yang mana dalam tiga minggu yang lalu teramat berat dan susah melakukan).

  Kejaiban Ilahi lah ini, bila stamina kembali pulih bersama dengan usaha baru membuka outlet farmasi di Panji Kota Bharu, permintaan terhadap produk farmasi khususnya Active IQ meningkat dengan cepat (justeru tulisan testimoni dan iklan harakah daily), termasuk mendapat surat kelulusan mengeluarkan produk PAU-ANA sebagai pemakanan kesihatan yang diterima daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM - produk yang tidak dikategorikan sebagai ubat).

  Meskipun surat permohonan untuk label halal sudah dihantar, oleh kerana ie dijangka dijawab dalam tempoh 3 bulan, maka kami juga akan meneruskan pengeluaran PAU-ANA tanpa logo HALAL justeru kandungannya memang halalpun dan dibuat dikilang milik muslim.

  Kami menjangkan produk ini akan meletup kerana ia mempunyai ciri berbeza daripada Active IQ atau HiFos, di mana fokus produk ialah meningkatkan stamina fizikal dan stamina minda.

  Produk pemakanan ini nampak sama dengan pemakanan sunnah lain yang ada khurma, madu, susu kambing, dan beberapa bahan lain. Hanya ia tidak mempunyai kandungan utama yang sama di mana pengusaha lain gemar bersaing dan fokus kepada Gingko biloba, Coklat, pegaga dan bahan-bahan yang tidak jelas dari segi evidens saintifik dan kesan sampingan.

  Produk baru ini akan mengandungi bahan yang memang terdapat dalam materia medika homeopati, tetapi ia dibuat bersama bahan-bahan pemakanan lain dalam dos material atau dos herba yang membolehkan ia menjadi bahan pemakanan kesihatan.

  Insya Allah, apabila produk itu siap pada awal bulan March 2016 nanti, kita akan cuba viralkan PAU-ANA sebelum orang lain mula membuat copy and paste.

  Harganya? Seperti produk keluaran kilang lain, apabila ia melalui proses pengilangan GMP, harganya bukan lagi harga produk farmasi (spt HiFos, Active IQ dan Homeo-ABC), tetapi terpaksa mengikut standard dan piawai produk lain yang perlu mengambilkira semua kos.

  Keajaiban Ilahi jugalah ini jika produk pemakanan menjadi produk pertama HBI yang dibenarkan KKM untuk pasaran umum serta dengan logo halal (insya Allah walapun mungkin logo itu keluar lewat sedikit)

  Mudah-mudahan usaha ini membantu memberikan sedikit pacuan kepada stamina keperluan mental dan fizikal. Tunggulah PAU-ANA pemakanan kesihatan yang mempunyai asas formula dan idea daripada perubatan homeopati.

  Salam daripada saya, konsultan homeopati HBI.

 

Penulis sesi ini: drhatta.com HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2016