Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Hdr Zuhairni Abduk Ghani: Satu Lagi Kehilangan Permata Homeopati Di Malaysia  (09/01/16)

 Sungguh kelewatan maklumat yang saya terima. Dua hari yang lalu saya bertemu dengan seorang kawan di dalam orgaanisasi MARA yang kerap berkunjung dan mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Homeopathy Zuhairni.

  Agak mengejutkan apabila saya dimaklumkan bahawa HDr Zuhairni Abdul Ghani, seorang tokoh perawat homeopati di Kuala Lumpur sudah kembali ke rahmatullah hampir sebulan yang lalu, iaitu pada 10 Disember 2015.

  Beliau merupakan anak kepada Dr. Abdul Ghani, seorang tokoh awal dalam pengajian dan perubatan homeopati di Malaysia. Beliau pasti mewarisi banyak khazanah daripada ayahandanya dan juga mungkin daripada Dr. Burhanuddin sendiri.

  Saya pernah menelefon beliau suatu waktu dahulu, lebih kurang 15 tahun yang lampau di mana hasrat saya ialah untuk bertanyakan naskhah peninggalan Dr. Burhanuddin supaya saya dapat membuat sesuatu bagi mengkhazanahkan hasil karya orang paling berjasa dalam perubatan homeopati di Malaysia itu.

  Malangnya saya tidak mendapat respons yang terlalu positif kerana beliau akan terbeban untuk mencari naskhah itu yang sudah tidak diketahui di mana letaknya. Akhirnya, saya berpuas hati seperti biasa dengan jawapan yang selalunya saya boleh jangkakan.

  Pemergian HDr Zuhairnia adalah suatu kehilangan yang besar dalam praktik homeopati di Malaysia kerana pusat Zuhairni Homeopathic Medical Centre sudah terlalu lama berdiri di Kampung Bharu dengan mempunyai ramai pelanggan yang setia.

  Pusat beliau juga berada tidak jauh daripada pusat homeopati dan akupunktur Allahyarham Dr Nik Omar Nik Daud yang dulunya mempunyai pelanggan yang ramai dan setia juga.

  HDr Zuhaini yang berpengalaman boleh dikatakan pesaing yang setara dengan Allahyarham Dr. Nik Omar. Dengan  ilmu dan kepakaran beliau, HDr Zuhairni berjaya menarik lebih kurang 30 panel daripada syarikat swasta dan badan berkanun untuk menjadi panel organisasi tetap beliau. Ini termasuklah RISDA, TNB, MARA, Tabung Haji, FELCRA dan lain-lain.

  Selain menjalankan praktik di Pusat Zuhairni Homeopathic Medical Centre itu, kami difahamkan bahawa beliau juga ada mengendalikan kursus untuk Zuhairni Open University For Homeopathy and Alternative Medicine.

  Untuk mengesahkan laporan daripada kawan saya yang di atas tadi saya telah menyemak facebook beliau pada 9 Januri 2016.

  Memang wajar saya mendapat berita lambat kerana saya terlalu sibuk dengan program Jelajah Varsiti pada dua bulan sebelumnya serta telah mengikuti program Ziarah Istanbul dan Umrah dari 14 Disember hingga 28 Disember 2015.

  Lagipun, seminggu selepas pulang daripada umrah, saya agak kurang sihat sedikit. Apabila saya melihat posting daripada pengendali facebook HDr Zuhairni, inlilah pengesahan yang dibuat:

"HOMEOPATHY ZUHAIRNI (PPHZ). 
Ingin memaklumkan bahawa Prof HDr Zuhairni Abdul Ghani telah kembali ke rahmatullah pada 10/12/2015 khamis.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Amin.
Marilah kita sama-sama sedekahkan AL-Fatihah kepada arwah.

  Tarikh pengesahan itu ialah pada 11 Disember 2015. Sementara posting terakhir dalam facebook beliau, iaitu pada hari beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir ialah:

   Assalammualaikum Selamat Pagi Dan Salam Sejahtera. 10/12/2015 Khamis.

   PPHZ Sungai Besi dibuka pada pukul 10pagi -7petang
   Waktu rehat 2petang-4petang 
   PPHZ Sungai Besi rawatan dan ulang ubat.
   Sabtu dan Ahad tutup.

   PPHZ Kampung Baru dibuka pada pukul 10pagi - 7petang
   Waktu rehat 2petang-4petang.
   PPHZ Kampung Baru rawatan dan ulang ubat.
   Sabtu dan Ahad tutup.

   PPHZ Jalan Semarak dibuka pada pukul 10pagi - 6petang 
   Waktu rehat 1petang - 2petang 
   pengulangan ubat sahaja (isnin-jumaat)
   sebarang urusan sila ke tingkat 2.
   Sabtu dan Ahad di buka pada pukul 10pagi - 2petang (tiada 
   rehat) rawatan dan ulang ubat (pusthyni)

   Sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi talian 24 jam kami 012-2019137.Terima kasih

dan tarikh posting pada 10 Disember 2015 itu juga ada posting susulan seperti berikut:

"  9 Kelebihan Pusat Perubatan Homeopathy Zuhairni

   1- Perubatan Bertaraf Diraja England.

   2-Moden,Selamat,Tanpa Dadah Dan Berkesan.

   3-Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur.

   4-Ahli AKZ Mendapat Diskaun Rawatan Dan Ubat.

   5-Membantu Merawat Dari Demam Hingga Ke Kanser.

   6-Panel Perubatan Lebih 30 Organisasi TNB,FELCRA,RISDA,TABUNG HAJI,MARA,FELDA dan Banyak Lagi.

   7-Kemudahan Penghantaran Barang Melalui Pos.

   8-Ujian Darah Sepenuhnya Berserta Cancer Marker Berharga RM190.

   9-Rawatan Yang Memahami Pesakit Dan Mesra."

  Sekian. Demikianlah seorang demi seorang pengamal homeopati yang berpengalaman dan berjasa meninggalkan bumi Malaysia dewasa ini. Pemergian HDr Zuhairni boleh dianggap hilangnya satu lagi permata homeopati.

  Semoga roh beliau diangkat dan didudukkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

  Salam daripada saya, konsultan homeopati HBI.

 

Penulis sesi ini: drhatta.com HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2016