Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Berita Jangkitan Mers-CoV Lagi..!  (17/01/16)

 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilaporkankan mengetatkan saringan di semua pintu masuk negara berikutan laporan seorang pelancong dari Oman disahkan dijangkiti Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV) diThailand semalam.

  Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pihaknya juga mengambil langkah proaktif dan sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghalang penularan MERS-CoV di negara ini.

  MERS-CoV mula dilaporkan sejak tahun 2012 di Arab Saudi dan boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan akut.

  Gejala utama jangkitan MERS-CoV ialah demam, kesukaran untuk bernafas, radang paru-paru (pneumonia), dan sebahagian kes termasuk cirit birit.

  Setakat ini, tiada vaksin yang sesuai ataupun rawatan khusus bagi jangkitan MERS-CoV. Rawatan yang diberikan kepada pesakit adalah berdasarkan gejala jangkitan yang dialami (symptomatic treatment).

  Golongan berisiko ialah individu yang berumur 65 tahun ke atas, wanita mengandung, iIndividu yang menghidapi penyakit kronik seperti bronchial asthma, kencing manis, darah tinggi, penyakit saluran pernafasan kronik, kegagalan organ seperti buah pinggang, sakit jantung, penyakit yang berkaitan dengan hati, darah dan urat saraf. Juga turut berisiko ialah individu yang mempunyai kurang daya tahan dan individu yang obes.

“Sudah pasti langkah berjaga-jaga akan dipertingkatkan terutama di pintu masuk utama dan lapangan terbang dengan menjalankan pemeriksaan menggunakan kelengkapan yang ada termasuk pemeriksaan suhu badan terhadap pelancong asing yang datang ke sini."

  “Setakat ini, kita meneruskan pemantauan seperti biasa dan jemaah yang baru pulang dari mengerjakan umrah turut diberikan panduan kesihatan supaya lebih peka dengan wabak MERS-CoV. Orang ramai terutama pelancong perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan segera jika mempunyai simptom virus berkenaan,” katanya.

  Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri upacara sembahyang sempena Thaipusam di Kuil Chettiar, Jalan Kebun Bunga ketika diminta mengulas laporan akhbar bahawa pihak berkuasa Thailand mengesahkan kes kedua MERS-Cov pada hari Ahad, selepas pemeriksaan kesihatan ke atas seorang lelaki berusia 71 tahun dari Oman disahkan dijangkiti sindrom berkenaan.

  Dr Subramaniam berkata beliau juga yakin Thailand dapat mengawal penularan wabak berkenaan dan orang ramai tidak perlu panik mengenai perkara berkenaan.

  Laporan ini adalah daripada Bernama, dipetik daripada Mynewshub dan sumber maklumat dipetik juga daripada laman Tabung Haji. 

  Salam daripada Admin HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

© HBI Health & Homoeopathy Centre 2016