Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Set Mudah Bersalin Online: Ubat Biokimia Homeopati (05/01/16)

 Pernah di suatu ketika kira-kira dua belas tahun yang lampau HBI Health & Homoeopathy Centre memuat naik set mudah bersalin online atas jenama Homeo-Pranatal. Set itu turut popular untuk rawatan dan digunakan selepas bersalin juga. Lantas kami juga iklankan dia sebagai penawar postnatum.

  Set penawar itu dipromosikan melalui tapak laman percuma, iaitu geocities dan tripod. Sehingga hari inipun, kami percaya ia masih tidak dikeluarkan daripada layar internet. Hal yang demikian mungkin justeru ramai pelayar melawat laman tersebut.

  Hari ini, sungguhpun bungkusan set mudah bersalin dan lepas bersalin popular ini tiada lagi, kesemua set penawar itu masih boleh dipreskripsi kepada pelanggan HBI melalui kaedah preskripsi farmasi homeopati online.

Set Homeo-Pranatal (easy delivery) - Mudah Bersalin Online Rebrand

  Set yang disebut sebagai Homeo-pranatal sudah tidak dikeluarkan kerana rumusan biokimia homeopati itu dibuat berasaskan remedi biokimia yang pada hakikatnya boleh digunapakai atas pelbagai kegunaan. Kami juga telah mengguna setiap penawar itu dalam banyak kes berasaskan simptom biokimia homeopati. Kalian boleh merujuk juga artikel berikut untuk melihat kegunaan lain bagi setiap botol penawar dalam set biokimia, http://www.drhatta.com/New2015/DIS15/TigaSerangkai_Penyakit.htm,   http://www.drhatta.com/2012/April12/Biokimia.htm.

Mengapa nama Homeo-Pranatal popular dengan nama Set Mudah Bersalin?

  WaLlahua'lam. Mungkin juga justeru fungsi utamanya ialah memudahkan bersalin. Walhal pada hakikatnya, fungsi lain berkaitan kestabilan dan keanjalan rahim, keutuhan dan pembentukan tulang, menguatkan urat-urat, mencegah risiko sakit semasa hamil dan membantu masalah kulit serta aliran oksigen - adalah beberapa manfaat daripada set mudah bersalin biokimia homeopati ini.

  Set ini adalah berbeza daripada MB-ED, iaitu satu jenama yang pernah dipopularkan dengan iklan nama Dr(H) Mohamed Hatta Abu Bakar di dalam akhbar Harakah suatu masa dulu (sekitar tahun 2001), di mana nama MB-ED itu sebenarnya bermaksud "Mudah bersalin - Easy Delivery".

  Demikian juga, jenama yang sarat dengan pelbagai ubat atas nama SALINDAH, itupun kependekan kepada "BerSALIN MUDAH". Dan sebagaimana tuan puan semua tahu, itu adalah set popular yang dikomersialkan oleh Allahyarham Dr. Azizan Hj Ismail. Bahkan  banyak lagi rumusan lain set mudah bersalin yang dibuat oleh beberapa orang pengamal homeopati yang berpengalaman.

  Pada pandangan kami, semua rumusan pengamal homeopati ini bagus belaka sekiranya kandungan penawar asasnya lengkap. Mana-mana produk mudah bersalinpun, seandainya ia dibuat dengan jujur, untuk membantu para ibu, harga berpatutan, adalah baik dan anda disaran membelinya.

  Jika set Homeo-Pranatal tiada, bagaimana jika kami hendak membeli set Mudah Bersalin Biokimia lengkap?

  Sebenarnya, bukan set itu tiada. Jenama seperti Elasto1, Spasmo2, Foska3 dan Skinox4 yang terdapat di dalam Homeo-Pranatal masih ada. Tetapi ia hanya tidak boleh diperoleh dalam kotak seperti dahulu dan dalam bungkusan (packing) botol 200 tablet sebotol yang dulunya dijual RM20 bagi sebotol.

  Sekarang semua bahan remedi biokimia homeopati yang dipromosikan sebagai set mudah bersalin dahulu teah dibotolkan semula sebanyak 120 tablet dengan harga RM15 setiap botol. Botolnya sama dengan botol farmasi Active IQ dan Homeo-ABC.

  Jadi di sini kami cuma ingin menegaskan bahawa kandungan di dalam Homeo-Pranatal itu sudah direbrand secara berasingan. Maknanya, kalau pengguna bertanya ada tak lagi set mudah bersalin?

  Kami akan jawab "Ada". Tetapi tuan/puan harus membeli kesemua Elasto1, Spasmo2, Foska3 dan Skinox4 supaya tuan/puan boleh mendapat impak (atau pek) yang sama.

  Berapa banyakkah yang perlu dibeli?

  Kami menyarankan kepada para ibu yang ingin mengguna remedi biokimia homeopati mudah bersalin itu sekurang-kurangnya dua set. Sebabnya ialah supaya para ibu atau bakal ibu sempat mengambilnya untuk selama paling kurang selama dua bulan.

  Satu set sebanyak 4 botol (RM60.00 + RM8.00 belanja kurier/pos). Dua set, bermakna para ibu atau bakal ibu harus mendapatkannya sebanyak 8 botol. Lagipun, untuk dua set Elasto1, Spasmo2, Foska3 dan Skinox4, kami akan mengirimnya tanpa mengenakan caj kurier (Hanya RM120.00).

Testimoni Set Mudah Bersalin

  Meskipun kami tidak mengumpulkan testimoni, tetapi jumlah pengguna yang memberikan respons positif memang agak ramai. Di sini mari kita ambil dua contoh kes:

Kes 1:

  Seorang pengguna bernama Pn Zan dari Pasir Tumbuh, Kelantan telah mengguna set mudah bersalin itu untuk empat daripada lima orang anak-anaknya. Beliau tidak menggunanya untuk anak yang pertama kerana tidak tahu, sebaliknya beliau hanya mengambil akar-akar kayu yang dibuat oleh ibunya.

  Tetapi suatu ketika, selepas bersalin, beliau mendapati badannya sangat berat untuk bangun. Tubuhnya terasa tersangat lemah. Lalu beliau mengadu kepada suaminya, dan suaminya merujuk kes itu kepada konsultan HBI.

  Apa yang dibuat oleh konsultan, Mohamed Hatta HMD, ialah beliau hanya memberi Pn Zan preskripsi Elasto1 dan Spasmo2. Dalam tempoh tiga hari saja, beliau merasa sihat bertenaga, tubuh badannya terasa ringan dan boleh bergerak untuk membuat pelbagai kerja.

  Cerita ini dimaklumkan sendiri oleh suaminya.

Kes 2:

  Kes kedua melibatkan seorang guru sains di MRSM Kota Putra. Menurut guru ini, beliau hanya ingin mencuba terlebih dahulu kerana belum pernah guna lagi sebelumnya. Jika tidak salah, namanya Puan Noreha.

  Sebelum ini, untuk anak pertama, apabila beliau pergi membuat pemeriksaan doktor, beliau dikesan mempunyai kencing manis semasa mengandung @ hamil. Tetapi selepas beliau mengambil set Elasto1, Spasmo2, Foska3 dan Skinox4, beliau didapati sudah sihat dan tidak lagi dikesan diabetes (gula dalam darah). Maknanyanya beliau sudah bebas diabetes semasa hamil.

  Beliau juga sangat berpuas hati dengan tubuh badan yang sihat, tidak mendapat simptom krem betis, tiada keletihan yang keterlaluan dan mempunyai anak yang sihat.

  Beliau sempat membuat pesanan untuk anak-anak beliau yang berikutnya sebanyak tiga kali. Ertinya, setiap kali mengandung atau hamil, beliau akan menelefon HBI untuk mendapatkan Homeo-Pranatal : Elasto1, Spasmo2, Foska3 dan Skinox4.

Demikian contoh respons dua orang pengguna set mudah bersalin homeopati biokima HBI.

Saranan Order atau Pesanan 

  Bagi individu yang ingin membuat order online, pihak konsultan HBI menyarankan seperti berikut:

 i) Untuk kegunaan sebagai set Penawar Mudah Bersalin. Dapatkan sekurang-kurangnya dua set Elasto1, Spasmo2, Foska3 dan Skinox4. (2 set: RM120.00)

ii) Untuk kegunaan sebagai set rawatan lepas bersalin (postnatum). Dapatkan satu set Elasto1, Spasmo2, Foska3 dan Skinox4 sahaja.

Apakah Kelebihan Set Biokimia ini sebagai Penawar / Ubat Mudah Bersalin

- Kelebihan utama set ini ialah ia berupaya menambahkan mineral yang diperlukan oleh seorang ibu dalam tempoh mengalami perubahan semasa kehamilan.

- Ia membantu ibu mengekstrak pemakanan yang diambil secara lebih cekap dan membantu menggantikan mineral yang hilang akibat digunakan oleh bayi dalam kandungan juga.

- Ia merupakan pakej menjimatkan, kerana pakej hanya memasukkan bahan mineral biokimia homeopati yang perlu sahaja. Selalunya, banyak bahan-bahan yang tidak perlu yang dimasukkan dalam set mudah bersalin biasa yang semata-mata bertujuan perniagaan.

Jika pengguna mempunyai masalah lain, pesanan boleh dibuat mengikut kes. Umpamanya, kalau ibu mengalami kurang darah atau keradangan, boleh pesan Ferrum5, jika ingin mendapatkan ubat luka, boleh dapatkan Calendula ointment. Jika ibu mengalami keadaan memar dan kepenatan yang amat, kami syorkan dapatkan penawar Hifos ataupun Arnicare.

Apakah kegunaan setiap satu penawar set Mudah Bersalin (easy delivery - pranatal)?

Elasto 1   [RM15.00 120 tablet/pil]

Untuk membantu: Keenyalan saluran peranakan bagi memudahkan proses bersalin, mengelakkan tanda-tanda regang dan vena varikos. Penawar ini boleh diambil lebih kerap apabila tarikh dijangka bersalin semakin hampir.

Spasmo 2   [RM15.00 120 tablet/pil] 

Untuk membantu mengurangkan kekejangan otot dan masalah krem betis. Juga dapat mengurangkan keletihan yang kerap dialami oleh ibu dan bakal ibu. Paling baik jika Spasmo2 ini diambil bersama air suam, dan banyakkan minum air kosong.

Foska 3   [RM15.00 120 tablet/pil]

Bagi membantu menguatkan tulang dan pembentukan sel-sel baru. Berguna bagi wanita yang mengalami anemia serta ada masalah berkaitan dengan gigi semasa mengandung. Sangat baik untuk bayi yang dikandung juga.

Skinox 4   [RM15.00 120 tablet/pil] 

Baik dan berguna untuk kesihatan kulit. Ia turut membantu membawa oksigen ke sel-sel tubuh serta menolong ibu-ibu menghadapi masalah perubahan metabolik semasa mengandung.

Apakah kegunaan setiap satu penawar set Selepas Bersalin (postnatum)?

Elasto1 - diambil 2 tablet 2x (atau 3x) sehari (selama 40 hari) untuk mengemas kembali peranakan dan memperbaiki urat-urat.

Spasmo2 - untuk membantu mengelakkan simptom spasma, kejang otot serta membantu Elasto1, diambil 2 tablet 2x (atau 3x) sehari.

Foska3 - untuk mengurangkan masalah tulang rapuh dan gigi mudah reput. Mineral ini bukan sahaja membantu untuk masa tempoh 40 hari, bahkan penting di masa akan datang untuk mengelakkan osteoporosis dan sebarang masalah berhubung dengan tulang para ibu. Diambil 2 tablet 2x (atau 3x) sehari.

Skinox4 - untuk kesihatan umum, terutama kulit. Juga untuk membantu ferrum5, jika ferrum diambil oleh ibu-ibu yang anemia. Boleh ambil 2 tablet 2x (atau 3x) sehari.

  Kami berharap dengan penjelasan panjang ini, pelanggan HBI dan pelawat laman drhatta.com mendapat maklumat yang jelas mengenai Set Mudah Bersalin (Pranatal) dan Set Lepas Bersalin (Postnatum) Homeopati HBI.

  Kami amat berbesar hati dan gembira tiap kali dapat membantu para ibu dan bakal ibu yang memerlukan penjagaan demi kesihatan. Justeru, teruskanlah bersama set yang dirumus oleh konsultan kami yang boleh didapati melalui khidmat homeopati online. Insya Allah, manfaatnya ada dan banyak

  Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2016