Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

Petua Minda Cergas atau Cerdas!  (23/01/16)

  Hari ini saya ingin bicara sedikit mengenai petua bagi menghasilkan minda cergas atau cerdas. Tajuk ini menarik perhatian saya kerana: pertamanya, ini adalah perkongsian dalam ilmu seperti nasihat Irfan Khairi jutawan internet, dan kedua kerana banyak laman web gemar memberi petua berkaitan banyak tajuk.

  Di antara laman yang menarik berkaitan petua mencerdaskan minda ini ialah dari laman http://www.hafizmohd.com/kesihatan/5-petua-asah-minda-aktif-cerdas/. Kerana itu, di sini saya berhasrat untuk membicara atau mengupas kembali berkaitan apa yang disebutkan sebagai petua kecergasan minda.

  Apakah Petua Minda Aktif dan Cerdas?

  Pertama: Membaca al-Quran. Ini satu saranan yang meyakinkan, terutama bagi kita orang Islam. Masalahnya ialah ramai antara kita yang tahu, tetapi berapa ramai yang amalkan? Jika demikian tidak hairanlah jika minda kita tidak cerdas-cerdas, maupun cergas.

  Justeru, mengapa kita tidak buat perubahan segera. Bagaimana? Dengan mengambil TINDAKAN. Tanpa tindakan selamanya minda kita tidak cergas atau cerdas. Sekurang-kurang tindakan ialah kita jadikan amalan membaca al-Qur'an bagi satu waktu sehari dengan paling tidak sepotong ayat. Selain aktiviti dan minda kita tambah cergas, tambah cerdas, kita juga beroleh pahala, insya Allah. Betul tak?

  Kedua: Sentiasa berfikiran positif. Dalam ertikata lain tiada apa yang berlaku dalam kehidupan yang harus memberi tanggapan negatif ataupun menjadikan kita pesimistik. Jika kita dapat menerima apa yang berlaku serta bersyukur, kita akan mudah menjadi seorang yang positif.

  Apabila kita mula memandang secara positif, selalunya banyak idea kreatif timbul. Dan ini pastinya mencergaskan minda anda. Minda yang cergas menjana lebih idea dan berkembang sehingga isu kecerdasan mungkin hadir secara tidak sedar.  

  Ketiga: Amalkan pemakanan yang sihat. Apabila kita memperkatakan tentang makanan, maka ia termasuklah fakta nutrisi, cara pengambilan seharian, bahan-bahan seperti vitamin, mineral, serat dan sebagainya.

  Jika anda ada membaca buku-buku berkaitan pemakanan dan minda seperti yang terdapat di dalam buku Tip-tip Motivasi dan Minda, anda boleh ketahui apakah makanan yang paling baik untuk minda dan apa pula makanan yang wajar anda atau anak-anak anda tinggalkan.

  Ada pendapat yang mengatakan isu-isu makanan tertentu boleh menentukan kecerdasan minda. Ini termasuklah makanan sunnah dan makanan yang terbukti secara saintifik baik untuk kecerdasan minda.

  Keempat: Ubat minda. Ubat atau pil minda merujuk kepada rumusan yang dibuat khas oleh seseorang atau syarikat tertentu sebagai satu formulasi bagi mencergaskan atau mencerdaskan minda.

  Umpamanya, ialah Active IQ, Examo dan beberapa lagi jenama sama ada ianya berupa herba, susu ataupun rumusan seperti perubatan homeopati. Sebahagian ubat atau pil minda ini bukan sahaja mempunyai target mencergaskan minda, tetapi juga mencergaskan fizikal dan emosi.

  Kelima: Kita harus initiate kecergasan minda dengan aktiviti-aktiviti minda yang bermanfaat. Contohnya dengan cara banyak membaca, mendengar, melihat/menonton, berbincang dan mengajar atau membantu orang lain dalam perkara-perkara berhubung dengan ilmu.

  Keenam: Banyakkan pergaulan dan bertukar fikiran dengan ilmuan atau mereka yang selalu berfikir serta melakukan aktiviti minda. Melalui pergaulan juga kita dapat belajar daripada pengalaman-pengalaman orang-orang yang berjaya. Kurangkan bergaul dengan orang-orang yang suka lepak, melakukan kerja sia-sia dan/atau yang gemar membazir waktu.

  Ketujuh: Jauhkan diri daripada environmen yang tidak sihat. Elakkan daripada berada di tempat yang terjejas dengan pencemaran asap terutamanya asap rokok dan jerebu. Asap rokok dan keadaan keliling yang terlalu kuat bau-bauan dan asap boleh menjejskan kualiti udara dan mampu menjejaskan sel otak kita untuk lebih cergas dan aktif!

  Ini hanya beberapa petua cergas atau cerdas minda, dan petua ini berguna hanya setelah kita berusaha mengamalkannya. Petua ini tidak akan berguna dan tinggal sebagai petua atau perhiasan jika kita tidak diamalkan.

.

  Jika anda atau anak-anak anda malas untuk mengamalkannya, mungkin inilah masanya anda perlu mencari jalan untuk mengamalkannya. Mungkin cara yang sesuai buat masa ini ialah dengan mencuba penawar atau ubat cergas minda Active IQ.

  Sehingga ke hari ini, sudah ramai yang memberikan testimoni bahawa paling tidak penawar cergas minda Active IQ berjaya merubah satu atau beberapa sikap anak-anak ke arah lebih perlakuan positif.

  Apabila seseorang itu mulai berubah ataupun menunjukkan kemajuan positif, maka itu merupakan petanda ubat minda berkesan, otaknya mulai berfikir dan aktif. Ketika itu ia hanya menunggu masa dan tindakan susulan ke arah kecemerlangan.

  Salam daripada saya, konsultan homeopati HBI.

 

Penulis sesi ini: drhatta.com HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2016