Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

Dari Qu Puteh ke AJL: Usahawan Bijak, Bertanggungjawab & Positif!  (27/01/16)

  Ketika menyaksikan program Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 30 semalam, kita melihat tokoh usahawan Qu Puteh, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman kelihatan tenang dan fokus kepada program yang sedang berlangsung dan tidak melihat apa yang berlaku dua hari sebelumnya mempengaruhi motif dan tujuan beliau menaja AJL30.

  Sebagaimana yang kita semua tahu, penemuan merkuri di dalam produk utama keluaran syarikat kosmetik Vida Beauty Sdn Bhd yang menjadi tajuk utama berita arus perdana tiga hari yang lalu menggemparkan dunia kosmetik yang mana ketika ini semua mata atau perhatian tertumpu kepada "Qu Puteh Qu Puteh, biarlah puteh".

  Dilaporkan oleh akhbar bahawa bahawa Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata,

  "Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), KKM menerima laporan kesan advers daripada pengguna yang mengalami tinnitus (ringing in the ears) dan keguguran rambut setelah menggunakan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block (NOT151106645K) selama lebih kurang 3 bulan."

  "Pengguna pulih daripada kesan yang dialami apabila berhenti menggunakan produk-produk tersebut."

  Justeru katanya lagi, "Oleh itu, produk kosmetik Qu Puteh Whitening Pro 9 tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia."

  Mungkin ramai yang menjangka dengan penemuan dan siaran besar-besaran mengenai kesan sampingan dua produk itu akan memberi kesan buruk kepada syarikat. Bukan sahaja kedua produk utama itu yang bakal menerima kesan negatif kejatuhan jualan yang teruk, bahkan ia boleh berjangkit kepada sebahagian besar produk keluaran syarikat berkenaan.

  Usahawan yang biasa-biasa boleh jatuh terduduk dan kalau kehilangan fokus, kejadian itu akan memberi kesan emosi dan kesan terhadap segala perancangan yang telah disusun begitu rapi bagi menguasai dunia kosmetik Malaysia.

  Pengumuman Datuk Seri Vida untuk mengembalikan wang pelanggan bagi pelanggan yang sudah membeli Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block adalah langkah yang tepat bagi mengembalikan imejnya pada masa di mana beliau juga sedang menaja AJL30.

  Jelas beliau, “Bayaran balik penuh tidak ada masalah. Mereka boleh datang ke kaunter kami. Datang kepada pengedar atau pejabat Vida Beauty pun tidak apa,”

  Hasmiza menarik balik dua produk itu di pasaran selepas Kementerian Kesihatan di Malaysia dan Brunei mendapati ia mengandungi merkuri selepas ujian mendapati krim pemutih ini mengandungi paras merkuri atau raksa yang tinggi.

  Di samping itu, beliau berpesan “Diharapkan pengguna semua tidak risau menggunakan produk Qu Puteh kerana yang lain melepasi piawaian (keselamatan) yang ditetapkan,” katanya.

  Jutawan kosmetik Datuk Vida dilaporkan berkata setakat ini belum ada pengguna yang mengadu menerima kesan sampingan daripada produk Qu Puteh. Namun beiau tidak mahu mengulas pertanyaan berkaitan kemungkinan produk beliau disabotaj.

  Apabila beliau melihat semua ini sebagai cabaran, itulah mencerminkan beliau tegar dan dapat menghadapi keadaan yang kritikal ini. Oleh kerana peristiwa ini berlaku sewaktu Vida Beauty sedang menaja AJL30, kita juga dapati beliau telah bertindak dengan cepat menukar semua corak dan bentuk iklan pada malam AJL tersebut.

  Nyata kepada penonton bahawa tindakan pantas itu telah membantu saat kegawatan di mana beliau juga tidak menunjukkan rasa kaget.

  Demikian juga berkaitan dengan penajaaan pasukan bola sepak Kelantan di mana stadium Sultan Mohamed ke IV sedang dicat warna pink, semuanya berjalan lancar dan beliau menegaskan bahawa keputusan penajaan tidak berganjak meskipun terdapat tekanan akibat kejadian tersebut.

  Malahan beliaun menyampaikan pesanan sensasi kepada peminat dan bakal penonton bola sepak dengan saranan "Jangan makan kuaci dalam stadium", demi menjaga kebersihan stadium serta memupuk disiplin penonton yang tinggi.

  Salam daripada Admin HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

© HBI Health & Homoeopathy Centre 2016