Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

Sakit Kepala: Ubat Homeopati Boleh Rawat (Kenapa Tak Cuba Homeo-ABC!) (27/01/16)

  Hampir setiap orang pernah mengalami insiden sakit kepala dalam sejarah hidupnya. Tetapi tidak semua yang mendapat sakit kepala secara berulang.

  Ada orang dapat merawat sakit kepala dengan mudah. Mungkin dengan ambil aspirin, panadol ataupun mengambil minuman tertentu dia kembali sihat seperti sediakala.

  Apabila seseorang itu pergi untuk mendapatkan rawatan doktor, sakit kepala dianggap satu gejala yang memerlukan penerokaan yang lebih jauh. Ini adalah kerana seandainya doktor itu dapat mengenalpasti dengan lebih tepat, ubat yang betul mungkin boleh membantu.

KLASIFIKASI SAKIT KEPALA

  Di dalam beberapa laman web, terdapat senarai lima jenis klasifikasi sakit kepala yang biasa dialami seperti: (i) Sakit kepala akibat tensi (Tension headache) - Apabila terjadi sakit kepala disebabkan tensi, otot pada bahagian kepala akan menegang yang kemudian mengirimkan perasaan sakit tersebut menuju otak. Sakit kepala justeru ketegangan ini boleh juga membuat penggunaa menghadapi masalah penglihatan.

(ii) Sakit kepala resdung (Sinus headache) - Sakit kepala ini berlaku karena sinus mengalami keradangan dan mungkin juga kerana ada jangkitan. Pesakit yang menderita sakit kepala resdung boleh mengalami simptom lain seperti demam, selsema, sakit telinga dan seumpamanya.

(iii) Sakit kepala kelompok (Cluster headache) - Ini adalah jenis sakit kepala yang tidak dirasakan kebanyakan pesakit. Laporan selalunya menunjukkan bahawa keadaan yang dihadapi oleh penghidap sakit kepala ini agak teruk. Umumnya penghidap mengadu mengalami sakit di salah satu bahagian kepala seperti sebelah kiri, kanan, belakang atau depan. Ada maklumat mengatakan akit kepala jenis ini  disebabkan oleh amalan pengambilan alkohol atau minuman berkafein.

(iv) Sakit kepala migran (Migraine headache) - Sakit kepala yang dikenali sebagai migran merupakan jenis sakit kepala yang cukup dikenali ramai. Ada pendapat mengatakan migran disebabkan adanya perubahan pada aliran darah yang menuju korteks serebal. Penyebab rasa sakit pula diakibatkan oleh dorongan otak karena adanya pembuluh darah yang mengalami pembengkakan. Punca terjadi migrain lazimnya dipengaruhi keadaan stres, kurang tidur dan juga berkemungkinan justeru diet yang buruk.

(v) Sakit kepala lantunan (Rebound headache) - Sakit kepala ini dikatakan berpunca daripada pegambilan ubat-ubat pereda atau penghilang rasa sakit yang diguna secara berlebihan. Jenis sakit kepala ini cenderung berulang dan kadang kala keadaan pesakit menjadi lebih parah apabila sakit kepala ini diubati. (http://www.health.com/health/gallery/0,,20484672,00.html)

HOMEOPATI DAN SAKIT KEPALA

  Sistem perubatan homeopati melihat isu sakit kepala ini secara menyeluruhi. Yakni ia adalah sebahagian daripada simptom-simptom yang zahir kerana kelemahan tenaga hayat.

  Bagi pesakit yang mengalami sakit kepala secara kadang-kadang dan tidak teruk, selalunya kami mengusulkan supaya mereka mengambil saja rumusan Homeo-ABC. Di dalam rumusan itu, terdapat banyak simptom yang selalu dialami oleh pesakit, apa lagi jika sakit kepala yang dialami masih baru.

  Tetapi ada juga pesakit yang sudah bertahun-tahun sakit kepala dan gagal diubat dengan ubat-ubat biasa sembuh hanya dengan Homeo-ABC. Ini termasuk En Malik yang apabila konsultan kami bertemu dengannya, beliau memberitahu bahawa masalah sakit kepalanya sudah lama dan sukar diselesaikan.

  Apabila En. Malik (pernah dimasukkan dalam testimoni) disaran mengambil Homeo-ABC, beliau telah mencuba dengan separuh rasa yakin. Namun nasibnya baik kerana selepas hampir sebulan mengamalkan Homeo-ABC, akhirnya sakit kepala beliau pergi dan tak datang lagi.

RAWATAN HOLISTIK SAKIT KEPALA

  Anak konsultan HBI juga pernah mengalami sakit kepala yang teruk. Apabila sakit kepala itu datang, dia akan menangis, kepalanya menjadi merah, sakit kepala rasa berdenyut-denyut kuat. Akibat tidak tahan, seluruh kepalanya ditutup dengan bantal.

  Berulang kali sakit kepala ini datang dan akhirnya ia dirawat secara menyeluruh atau holistik oleh konsultan. Penawar yang digunakan ialah Atropa Belladonna. Penawar itu menjadi bekalan beliau untuk pergi belajar di asrama. Alhamdulillah sekarang, anak konsultan hampir bebas daripada masalah sakit kepala yang teruk itu.

  Sebenarnya sakit kepala tidak terbatas kepada lima jenis kategori seperti yang disebut di atas. Teramat banyak simptom sakit kepala dan puncanya dalam senarai repertori homeopati, termasuk juga senarai repertori dalam Materia Medica with Repertory oleh Dr. W. Boericke.

  Dalam pengalaman konsultan, pernah ada seorang bapa yang tinggal di Banting membawa seoang anak berumur 14 tahun yang tinggal di asrama untuk mendapatkan rawatan yang betul. Meskipun bapanya sendiri telah membekalkan pelbagai remedi / ubat homeopati, tetapi anaknya tidak sembuh-sembuh juga.

  Hanya selepas anaknya mendapat rawatan secara holistik atau constitutional prescribing, barulah dia dapat disembuhkan. Nasib remaja itu sangat baik kerana dalam tempoh tidak sampai sebulan, dia telah sembuh.

PUNCA SAKIT KEPALA

  Masya Allah tuan/puan, dimensi kajian berkaitan sakit kepala dalam homeopati sangat luas. Simptom yang disenaraikan dengan modaliti, karakter sakit, lokasi dan punca-puncanya amat terperinci sehingga kadang-kadang itulah yang menyebabkan buku repertori atau materia medika sentiasa berada di sebelah pengamalnya.

  Sebagai contoh, dalam senarai repertori Dr. Oscar E. Boericke, remedi yang berbeza disarankan bagi remedi yang berpunca daripada berada di tempat tinggi, mandi, arak, makan manisan, kopi, sembelit, gangguan emosi, ketegangan mata, kerana puasa, kerana gastrik, gunting rambut, pendarahan, buasair dan influenza.

  Itu hanya sebahagian kecil daripada simptom yang teramat banyak disenaraikan oleh Oscar E. Boericke, tidak ada yang sedemikian dalam sistem rawatan lain. Hanya ilmu dan kemahiran pengamal homeopati yang menjadi penentu bagi menemukan remedi homeopati terbaik untuk pesakit.

ANDA BOLEH CUBA HOMEO-ABC

  Justeru banyaknya simptom dan banyaknya kemungkinan penawar homeopati, kami sudah gabungkan penawar homeopati terbaik dalam Homeo-ABC dengan beberapa simptom yang disesuaikan dengan majoriti pesakit untuk sakit-sakit yang tidak serius atau akut. Justeru, kami sarankan cubalah dahulu Homeo-ABC.

  Tetapi, oleh kerana ianya diberikan secara farmasi walaupun ia mungkin dijual oleh pengedar kecil kami, kami sarankan anda membuat konsultasi atau pertanyaan. Anda boleh menelefon atau sms konsultan kami bila-bila masa bagi tujuan tersebut.

  Semoga anda semua dalam keadaan sihat dan berbahagia.

  Salam daripada drhatta dan Admin HBI.

 

Penulis sesi ini: drhatta & Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2016