Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Testimoni Program Terancang Pengguna Cergas Minda Active IQ Homeopati  (15/01/16)

 Sebelum ini saya telah bawakan cerita bahawa ada seorang daripada pelanggan HBI telah nekad membeli sebanyak 80 botol penawar cergas minda Active IQ dan 20 botol Hifos untuk anak-anaknya sahaja.

BAPA YANG KOMITED TERHADAP PROGRAM KECEMERLANGAN

  Saya belum pernah berjumpa dengan seorang yang begitu komited terhadap usaha untuk merangka satu program perubahan, mencergaskan minda dan membangunkan prestasi serta pencapaian anak-anaknya sehingga sanggup membuat perancangan yang begtu besar.

  Oleh kerana beliau bekerja di bahagian Farmasi Hospital sebuah kerajaan, kami berada dalam keadaaan serba salah. Benarkah beliau berkehendak begitu banyak tetapi bukan tujuan untuk bisnes atau menjadi agen? Walaupun setelah wang sudah dimasukkan ke dalam akaun bank, kami masih was-was.

  Apabila kami berhubungan selepas itu, memang kami dimaklumkan bahawa beliau yang dikenali sebagai AG hanya memberikan penawar cergas minda itu kepada anak-anaknya. Dalam satu sms, beliau ada memaklumkan akan memberikan testimoni apabila mendapati jelas ada perubahan atau kemajuan.

  Sememangnya inilah komitmen terbesar daripada seorang ayah terhadap satu produk cergas minda yang pernah saya jumpa. Hanya berdasarkan pembacaan beliau di laman drhatta.com dan iklan, beliau telah membuat satu komitmen dan tindakan yang belum pernah orang lain buat. Bahkan belum pernah ada tindakan seperti ini pernah dibuat oleh sebuah sekolah atau PIBG.

  Betul sekali kita ada menerima pesanan daripada institusi yang terlibat dengan pendidikan, tetapi biasanya untuk bekalan sekali atau dua kali sahaja setahun. Tetapi seorang bapa ini telah membuat perancangan, program dan bekalan yang berterusan serta ingin melihat impaknya.

  Apakah anda sanggup? Tentu sekali agak sukar untuk memberikan komitmen seperti itu. Tetapi di bawah ini saya ingin kongsikan sms terbaru (latest) beliau terhadap perubahan dan perkembangan anak-anaknya.

TESTIMONI SEORANG BAPA

  Testimoni ini merupakan yang terbaru. Itupun saya pinta sewaktu saya membuat artikel yang bertarikh 13 Januari 2016. Jadinya masih fresh and kontemporari.

  Kata saudara AG,

  "Maaf tuan sibuk mlm ni..... memang anak-anak saya yg makan ubat ini ada menunjukkan sikap dn peubahan yg lebih baik. Bagi kak ciknya, dia sudah mula bleh brtolak ansur dgn adik dn kakaknya. Kalau dulu sikapnya pemarah dn suka berkhayal dgn dunia sendiri. Sekarang sudah mula menelaah pelajarn sekolah dn keputusan SMA baru2 ini sudah menunjukkn peningkatan yg baik."

  "Manakala bg Angah, SPM baru-baru ini dia lebih nampak yakin dn lebih fokus. Kesungguhan belajar juga terserlah berbanding dahulu cepat mengalah dn putus asa terutama subjek susah spt add math".

  "Bagi adik 2 yg lain juga menunjukkn peningkatan yg baik. Anak yang kedua dapat naik kelas 1 dn yang bongsu sudah menunjukkn minat terhadap pelajaran dan cepat menghfal surah2 alquran yg diajar".

  "Saya sgt berpuas hati dgn produk ini. Akan pastikn bekalan ubat sentiasa ada, mohon doktor dpt bekalkn ubat dgr harga dahulu...ttksh."

  Demikian bunyi sms yang panjang yang dihantar kepada saya dua hari yang lalu. Wlaupun masing-masing menunjukkan perubahan yang berbeza, tetapi perubahan itu sungguh positif ke arah peralihan tingkah laku yang menuju kecemerlangan.

PERTANYAAN PENGGUNA YANG HAIRAN

  Memang ada beberapa orang gemar bertanya kepada saya bagaimana boleh terjadi demikian, hormon mana yang berubah, saraf mana yang terjentik?

  Apa yang hendak saya jawab selain mengatakan begitulah tindakan penawar cergas minda. Simptom mana yang ada pada diri seseorang, dan kebetulan masalah atau simptomnya matching dengan simptom yang tersenarai pada ubat, maka berlakulah perubahan.

  Ada di antara tiga penawar itu mempunyai simptom membantu orang yang pelupa, ada yang membantu mengurangkan sikap malasnya, ada yang membantu orang panas baran lalu mengurangkan sifat amarahnya. Demikian pula yang suka menyendiri, ada penawar yang membantu memberi galakan dia bercakap dan bergaul lantas mencergaskan diri serta mindanya.

  Pelik? Hebat?. Itulah penangan tiga mineral biokimia homeopati yang digabungkan secara kaedah yang betul akhirnya membawa kepada perubahan diri yang positif dan penghujungnya ialah kecemerlangan.

  Cuma dalam kes yang kami kisahkan kali ini ialah bagaimana seorang ayah yang begitu tinggi hasrat untuk membawakan perubahan dalam diri anak-anaknya telah menempah Active IQ dalam jumlah yang orang lain tidak buat (bahkan mungkin ada yang menganggapnya kurang munasabah).

  Syukur alhamdulillah, hasrat dan niatnya sudah menunjukkan bibit kejayaan seperti orang lain yang membeli sebotol demi sebotol ataupun setengahnya sebanyak sepuluh botol sekaigus sahaja.

  Sekali lagi, seperti yang pernah kami sebut tedahulu, kalau kami boleh pinjam julukan istilah homeopati kepada penawar Kalium phosphoricum, yang dimasyhurkan sebagai "brain tonic" atau tonik otak, maka bolehlah juga penawar cergas minda IQ ini disebut sebagai tonik otak, atau baja bagi otak dan minda.

  Harapan kami ialah supaya cerita sebegini memberi lebih banyak semangat kepada rakan-rakan yang lain agar mempunyai cita-cita, perancangan serta rela membuat pengorbanan bagi menjayakan kecemerlangan anak-anak. Tidak semestinya dengan membeli penawar cergas minda Active IQ sahaja, tetapi juga mungkin untuk sebarang projek yang baik dan berkesan.

  Hanya orang yang berani membuat perubahan dan bertindak akan berhasil melihat realiti impiannya. WaLlahu a'lam. 

  Salam daripada saya, konsultan homeopati HBI.

 

Penulis sesi ini: drhatta.com HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2016