Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Ubat Homeopati: Isu Penawar Homeopati (03/01/16)

 Homeo-ABC itu adalah rumusan ubat homeopati atau penawar homeopati. Mengapa di sesetengah laman web, ada pengamal mengguna istilah ubat homeopati dan dalam keadaan yang lain ia disebut sebagai penawar homeopati?

PERBEZAAN ISTILAH UBAT DAN PENAWAR  

  Dalam Kamus Istilah Perubatan Homeopati, "Drug" kami identifikasikan dengan istilah Melayu sebagai "dadah" atau "ubat". Ia disebut sebagai bahan ubat atau agen kimia yang memberi kesan pada semua benda hidup sama ada dalam keadaan sihat atau sakit. Di sini, tidak ada istilah penawar untuk "drug".

  Apakah ubat homeopati itu satu "drug"? Justeru ramai pengamal homeopati khususnya muslim tidak menganggap ianya 'drug', mereka lebih gemar mengguna istilah "penawar homeopati" berbanding "ubat homeopati".

  Tidak seperti beberapa kamus yang lain, kami cuba mencerakinkan antara 'ubat homeopati' dengan 'penawar homeopati'. Ini adalah kerana dalam bahasa Inggerispun, bukan di semua tempat memakai istilah drug. Ada istilah lain seperti "remedy" dan "medicine".

  Untuk istilah "remedy", Kamus Istilah Perubatan Homeopati memberikan istilah bahasa Malaysia sebagai 'remedi' atau 'ubat'. Dalam pengertian ini, tidak ada istilah 'dadah' seperti istilah untuk "drug" tadi. Kamus ini cuba menjelaskan "penawar homeopati" atau "ubat homeopati" adalah berbeza dengan ubat modern atau ubat herba yang mungkin mengandungi bahan toksik atau dadah.

  Walaupun ubat homeopati mungkin berasal daripada bahan yang mungkin digunakan juga dalam sistem rawatan yang lain, tetapi kerana kebanyakan ubat berpotensi homeopati sudah melalui proses dinamisasi yang mengurangkan atau menghilangkan bahan aktif (bahan asal), maka kita mengambil keputusan ia lebih bersifat penawar dan bukan ubat dadah.

  Justeru, bukan dalam bahasa Malaysia sahaja, bahkan dalam banyak buku berbahasa Inggeris mereka lebih selesa mengguna "homeopathic remedy" ataupun "homoeopathic medicine", berbanding istilah "homeopathic drug".

ISTILAH HOMEOPATHIC MEDICINE

 Ini istilah yang ramai orang gemar guna. Iagipun nampak lebih akademik. Dalam pengertian "medicine", ia merujuk kepada sebarang bahan yang digunakan untuk mencegah atau merawat penyakit serta terbukti berkesan. Ia juga merujuk kepada makna 'perubatan'.

  Perubatan (medicine) dalam pengertian ini ialah satu disiplin ilmu. PRPM DBP menyebutnya sebagai 'satu seni, atau sains dalam pencegahan dan penyembuhan penyakit'.

  Dalam kamus Istilah Perubatan Homeopati, medicine boleh bermaksud dadah, ubat, remedi atau penawar.  Homeopathic medicine memberi makna 'perubatan homeopati' atau 'ubat homeopati', bergantung kepada konteks penggunaan.

  Medicinal substance ialah bahan ubat atau bahan penawar. Ia merujuk kepda bahan yang digunakan sebagai ubat. Medical practitioner boleh jadi pengamal perubatan atau doktor.

APA ITU DRUG PICTURE?

  Dalam buku-buku homeopati, kita kerap juga melihat perkataan "Drug Picture". Selalunya kami tidak terjemahkan dia sebagai 'gambaran dadah' tetapi secara bebas para pengamal akan menggunakan istilah 'gambaran penawar', 'gambaran remedi' atau 'gambaran ubat'.

  Yang pasti, Drug Picture bukan 'gambaran dadah'.

  Demikian juga kalau ada mungkin terjumpa papan tanda seperti "Homeopathy Drug Store",dari segi penggunan di kalangan kami, kami istilahkannya sebagai "Stor Ubat Homeopati" bukan 'dadah'.  Kita ada 'ubat homeopati', kita tidak ada 'dadah homeopati'. Istilah itu sangat tidak tepat digunakan untuk ubat, cairan (dilution) ataupn tinktur homeopati

BENARKAH DI DAlAM UBAT HOMEOPATI TIADA BAHAN AKTIF DADAH?

  Ini benar sekali jika pertanyaan merujuk kepada penawar berpotensi homeopati, Bahan aktif ada dalam bahan ubat yang bersifat kasar atau dos material. Arsenicum atau Belladonna adalah bahan aktif merbahaya dalam bentuk kasar (crude dose).

  Kerajaan Malaysia juga tidak membenarkan mana-mana pembekal ubat homeopati mengimport Arsenicum Q atau ubat homeopati Arsenicum dalam bentuk titikan ibu (mother tincture).

APAKAH TAHAP SELAMAT UBAT BERPOTENSI?

  Di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia ataupun Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), tidak ada pegawai yang benar benar tahu mengenai ubat homeopati secara jelas. Pengetahuan mengenai ubat-ubat homeopati tentu ada di kalangan pengamal homeopati atau Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM) sebagai organisasi payung.

  Isunya ialah bagaimana ubat-ubat homeopati yang selamat dan biasa digunakan kini sukar didapati?

  Contoh: Penawar Arsenicum potensi 3c adalah potensi yang sangat popular di India, Pakistan dan Malaysia, juga di kalangan pengamal yang gemar mengguna potensi rendah. Ia sangat berkesan bagi menangani kes-kes keracunan makanan (food poisoning). Ia juga cepat kesannya bagi sesetengah kes selsema, walaupun ramai pengamal cenderung mengguna potensi 6c ke atas.

  Sudah lebih separuh abad Arsenicum 3c atau Graphites 3x digunakan. Kini, kami dimaklumkan oleh pengimport ubat homeopati bahawa KKM tidak membenarkan lagi. Alasannya tidak ada. Racun berjadual?? Sedangkan Arsenicum 3c bermaksud nisbah kandungan bahan asal ialah 1/1,000,000.

  Sebenarnya penawar berpotensi homeopati sudah selamat digunakan kalau ianya berada dalam potensi 3c atau 3x ke atas. Pada tahap itu, bahan asal sudahpun sangat sukar dikesan di dalam makmal sebagai bahan aktif. Kalau ia sudah melepas 6c atau 12x, kita difahamkan tidak ada lagi bahan aktif asal di dalam ubat homeopati tersebut.

BUKTI TIDAK ADA BAHAN AKTIF DALAM UBAT HOMEOPATI BERPOTENSI

  Jika sudah tidak ada lagi bahan aktif di dalam ubat homeopati, bagaimanakah ia memberi kesan terhadap penyakit yang hendak dirawat?

  Inilah yang sebenarnya terjadi dalam proses pembuatan ubat-ubat homeopati. Dalam proses dinamisasi, pencairan menyebabkan bahan asal dan kesan dadah/toksisknya berjaya dikurangkan dalam setiap siri bancuhan, sedangkan kuasa ubatnya semakin meningkat kerana aktiviti gongcang-hendak (succussion) dalam proses dinamisasi yang sama.

  Istilah lain yang ilmu perubatan homeopati gunakan ialah "potentisation". Isu inilah yang sukar pakar homeopati kemukakan bukti dan sukar kaum materialistik perubatan Barat menerimanya. Tetapi inilah penemuan genius Dr. Samuel Hahnemann selaku pengasas perubatan homeopati.

  Bagi kami Dr. Samuel Hahnemann sama geniusnya dengan Albert Einstein. Bagaimanakah sekalian ahli sains boleh menerima formula E=MC2.? Sebagaimana formula itu timbul sebagai ilham bagi Einstein demikianlah juga kaedah potentisation dan formula peningkatan potensi ubat-ubat homeopati yang boleh meningkatkan kuasa ubat dan pada waktu yang sama mengurangkan kesan dadah/toksik ubat hadir sebagai idea genius Hahnemann.

  Sebagai bukti awam, cukuplah kita katakan tiada bahan aktif dalam ubat homeopati berpotensi boleh diterima kerana:

1. Bahan asalnya tiada lagi dikesan dalam ubat-ubat homeopati berpotensi dalam ujian makmal.

2. KKM juga pernah mengeluarkan kenyataan akhbar lebih sepuluh tahun dahulu yang mengecualikan ubat-ubat homeopati didaftarkan, walaupun perkara itu ditarik balik kemudian.

3. Pengamal perubatan homeopati sendiri ditentang hebat oleh pengamal perubatan Barat dan pengkaji sains Barat yang menuduh ubat homeopati hanyalah "placebo". Apa makna plasebo? Ubat kosong atau ubat yang tiada mudarat, ataupun ubat yang diberikan untuk memberi kesan psikologi kepada pesakit, tanpa kesan fisiologi.

  JIKA UBAT HOMEOPATI HANYA PLASEBO, BAGAIMANA KESAN UBAT HOMEOPATI BERBEZA?

  JIKA SEMUANYA PLASEBO, APA GUNA PENGAMAL PERUBATAN HOMEOPATI MENYIMPAN STOK UBAT-UBAT DI FARMASINYA BERATUS BOTOL DENGAN PELBAGAI NAMA REMEDI?

  MENGAPA PULA HARUS ADA KILANG HOMEOPATI MEMBUAT PELBAGAI JENIS UBAT HOMEOPATI DARIPADA PELBAGAI SUMBER JIKA SEMUANYA SAMA (HANYA PLASEBO)?

  LAGIPUN BUKANNYA SENANG UNTUK MENDAPAT SUMBER UBAT ITU? DARIPADA ULAR, LEBAH, SERANGGA CANTHARIS, SOTONG, TUMBUHAN BELLADONNA, ACONITUM NAPELLUS, CHINA OFFICINALIS, THUJA, SIFILIS, DAN SEBAGAINYA - MENGAPA HARUS SUSAHKAN DIRI? AMBIL SAJALAH GULA TEBU DAN BERIKAN KEPADA SEMUA ORANG DAN SEMUA PESAKIT UNTUK SEMUA PENYAKIT/

  Demikianlah tuan puan, jika kita berdebat dengan orang yang tidak hendak menerima kebenaran, atau telah ditanam penolakan sebelum mendengar keterangan, sampai bilapun tidak akan selesai. Mereka lah yang sebenarnya tidak saintifik kerana enggan menerima kebenaran atau kenyataan, semata-mata dengan alasan ia tidak evidence-based.

PUNCA PENOLAKAN KAUM PERUBATAN MATERIALISTIK BARAT

  Tuan/puan pelayar laman homeopati drhatta.com sekalian, inilah punca penolakan orang-orang Barat terhadap agamapun. Alasannya ialah ia tidak evidence-based. Tiada bukti. Tuhan tidak nyata, tidak nampak, tidak ada bukti, tidak ada fosil, semuanya tahyul, rekaan manusia, budaya dan macam-macam lagi.

  Ubat homeopati sendiri berfungsi untuk memperkuatkan tenaga hayat (vital force) supaya tubuh manusia menjadi kuat dan mempertahankan dirinya daripada ancaman penyakit? Kewujudan tenaga hayat dan roh itu sendiri disangkal oleh kaum materialistik Barat. Jadi usahkan hendak berdebat tentang ubat homeopati, konsep kelemahan tenaga hayat itu sendiri, mereka tidak dapat menerimanya.

  Kaum materialisitk perubatan Barat boleh menerima konsep virus, bakteria, kuman kerana semua makhluk halus itu boleh dilihat melalui mikroskop. Tetapi bolehkah roh dan tenaga hayat dilihat melalui mikroskop?

  Mereka boleh menerima hakikat mati justeru jantung tidak lagi berdenyut. Tetapi sampai bilakah mereka boleh menerima hakikat bahawa kematian itu berlaku apabila roh sudah terpisah daripada jasad??

  Kita tidak perlu berbahas pasal homeopati atau ubat homeopati dengan kaum materialistik Barat. Tidak perlupun menunjukkan bukti evidence-based mengikut konsep kefahaman mereka. Dr. Samuel Hahnemann pun penat sampai mati cuba menerangkan, tak ada seorangpun doktor perubatan materialistik Barat yang mendengarkan.

  Jika mereka boleh menerima hakikat evidens, uji-bukti (provings) penawar/ubat homeopati itu sendiripun adalah suatu yang evidence-based.

  Jadi kesimpulannya,... berdebat dengan kaum materialistik Barat dan pengikut mereka, buat habiskan air liur saja.

?

  Salam daripada kami dan drhatta di HBI.

 

Penulis sesi ini: drhatta HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2016