Malaysia Homeopathy Cyber Library

       Promoting Homeopathy All Malaysia Over and Virtually.

 

Kembali

 

 

Info penting berkaitan produk terbaru HBI, "PAU-ANA". 2016.

SALAM IDUL FITRI: PAU-ANA MELEPASI TARGET LIKES

(Format Mobile)

 

oleh:  Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

 

PENGENALAN PRODUK "PAU-ANA"   [Pesanan @ watsap: 019-6750544 P]

PAU-ANA baru saja berusia 4 bulan. Alhamdulillah, sambutan terhadap produk ini memuaskan kerana dalam usia yang begini muda Pau-Ana sudahpun mempunyai peminatnya yang tersendiri.

  Sebahagian peminat yang melanggan Pau-Ana nampaknya cenderung menjadi pengguna tegar atau membelinya buat kali kedua dan ketiga. Jelasnya, Pau-Ana berkesan bagi pengguna yang mengharapkan suatu perubahan dalam tahap kesihatan.

  Oleh kerana fliers yang diedarkan adalah tertumpu kepada kesan ekstrak Guarana (Paullinia sorbillis) terhadap energi @ tenaga sahaja, sekarang fliers itu sepatutnya highlight juga kesannya terhadap sakit dan sengal sendi, sakit urat atau pinggang, kelembutan kulit, berupaya membaiki masalah pencernaan seperti sembelit dan sakit kulit, masalah anemia dan kolesterol, dan beberapa kebaikan lagi.

  Kerana kesannya yang positif itulah, barangkali ia menarik orang ramai memberi LIKEs yang begitu cepat dan ketara kepada Page Makanan Kesihatan Pau-Ana di facebook. Tetapi, tentulah ia juga menunjukkan support pengguna kepada Pau-Ana yang berjaya membawa seorang pesakit strok untuk bangun solat berdiri seperti yang diiklankan.

  Namun sukacita kami maklumkan bahawa kami hanya target 3,000 likes sahaja menjelang idul fitri, tetapi tanpa diduga LIKES Pau-Ana meningkat sehingga lebih 5,000 pada waktu ini. Tidakkah ini mengagumkan?

PELANCARAN PRODUK "PAU-ANA" 

Pelancaran produk Pau-Ana telah berlangsung pada 13 Mei 2016 di Kolej MARA Banting, sebuah kolej tersohor dalam program International Baccalaureate. Pelancaran ini berlangsung pada hari terakhir Program Pembangunan Staf Kolej MARA Banting.

  Majlis pelancaran produk itu telah dirasmikan oleh En Zainal Rashid bin Isa, Timbalan Presiden Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM). PUIM adalah sebuah persatuan yang banyak memberi sumbangan dengan mengadakan kursus dan bimbingan kepada usahawan Bumiputera.

  Menurut En Zainal Rashid, “Ini adalah produk yang berpotensi tinggi dan banyak manfaatnya kepada pengguna. Ia dipasarkan secara online, dan saya memberi sepenuh sokongan kepada produk ini kerana saya yakin dengan pengamal homeopati, Hp Mohamed Hatta, yang menemui formula baru ini.”

APA KATA PERUMUS PRODUK "PAU-ANA" 

Produk Pau-Ana ini dikeluarkan oleh HBI Health & Homoeopathy Centre atas inisiatif Pengurusnya yang juga pengamal perubatan homeopati iaitu Hp Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.”

   Menurut Hp Mohamed Hatta, produk Pau-Ana dirumus dengan menggunakan ekstrak Guarana atau nama saintifiknya Paullinia Cupana Sorbilis. Sebelum ini belum pernah lagi ada syarikat yang mengguna ekstrak guarana ini untuk mengeluarkan produk dalam bentuk tablet kunyah (Skimmed Milk Chewable Tablet Mixed With Guarana, Isomaltulose & Colostrum).

  Menurut pengasasnya, Pau-Ana diadun bersama Gam Akasia, Susu Kambing, Omega 3, Madu dan Khurma untuk memberi kesan kesihatan yang lebih luas. Ia dilancarkan sebaik sahaja mendapat kelulusan Sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti dalam surat JAKIM bertarikh 4 mei 2016..

  Menurut Hp Mohamed Hatta, “Pau-Ana dipromosikan sebagai makanan kesihatan untuk menjana stamina mental dan fizikal. Ini adalah berpandukan maklumat dan bukti dalam kajian herba dan materia medika homeopati terhadap guarana sahaja .

  Bagaimanapun, selain daripada kesan tenaga, kecergasan dan kesihatan umum, sebenarnya banyak kesan kesihatan lain akan diperoleh apabila Pau-Ana ini diambil sebagai salah satu daripada pemakanan kesihatan harian. Mereka yang berhasrat ingin menjadi agen/pengedar boleh menghubungi 019-675 0544. Laman web maklumat berkaitan Pau-Ana ialah www.drhatta.com. 

BENARKAH PESAKIT STROK SOLAT BERDIRI

   Ada beberapa orang pesakit strok menunjukkan perubahan ketara kerana mereka merasa ringan untuk bergerak dan rasa bertenaga selepas mengambil Pau-Ana. Tetapi kami mengambil seorang sahaja sebagai idola iklan untuk bakal pengguna Pau-Ana, iaitu Cikgu Ibrahim.

  Perubahan terhadap cikgu Ibrahim ini benar seperti yang diceritakan oleh beliau sebelum ini, juga dalam video yang dirakamkan. Maklumat itu kita peroleh daripada anaknya sendiri. Untuk membuktikan perubahan ayahnya, anak yang bernama Faiz telah menghantar beberapa keping gambar yang menunjukkan bahawa ayahnya sudah boleh solat berdiri selepas memakan Pau-Ana.

   Betul ke boleh Solat berdiri? Mungkin tak ramai yang percaya seorang pesakit strok boleh kembali pulih tenaga dan kekuatannya. Tetapi itulah hakikatnya. Dan itulah juga yang menjadi punca Pau-Ana paling laris di Kota Bharu, terutama Wakaf Bharu.  Gambar-gambar di bawah ini tentulah sudah menceritakan segalanya dengan jelas.

   Selepas itu, sdr Faiz ini juga telah menghantar keadaan cikgu Him yang bukan sahaja sudah boleh berjalan dan turun sendiri ke laman rumah sambil duduk dan berehat, tetapi beliau juga telah turun melaksanakan aktiviti seperti orang lain.

   [Perhatikan gambar-gambar yang dihantar oleh sdr Faiz dari Kg Cenderung Batu, Wakaf Bharu. Cikgu Him atau Cikgu Ibrahim sudah membuat kerja seperti biasa seperti beriadah, menanam, menjirus dan membersih sampah-sampah di sekitar laman.]

KHABAR GEMBIRA HARUS DIKONGSI

   Jika berita ini benar, apa yang harus dibuat?. Khabar gembira seperti ini tentulah harus dikongsi bersama. Orang lain juga ingin mendapat perubahan kesihatan seperti yang beliau alami. Maka, itulah sebab kami promo video beliau dan menceritakan dalam laman ini, supaya orang lainpun boleh mendapat manfaat daripada penggunaan Pau-Ana.

  Memang benar bahawa berikutan perubahan positif cikgu Ibrahim, dan kemudian kehadiran semula Cikgu Him ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, senario itu telah menjadi berita viral di Kampung Chenderung Batu.

   Sebab itulah ramai jiran-jiran, ahli keluarga serta sahabat handai yang datang berkunjung ke rumah Cikgu Him. Mereka juga semakin bersemangat untuk mencuba Pau-Ana. Mengikut sdr Faiz, beliau sudah menjual lebih daripada 100 botol setakat ini.

AGEN PAU-ANA

   Satu perkara penting harus diingat. Pau-Ana bukan ubat, tetapi ia telah diluluskan sebagai pemakanan kesihatan dan telah dikeluarkan oleh kilang GMP. Ia juga mempunyai logo PUIM (Persatuan Usahawan Internet Malaysia). Logo HALAL hanya akan mula dimasukkan dalam produksi kedua, kerana ia tidak sempat dimasukkan dalam keluaran pertama.

  Untuk mendapatkan produk Pau-Ana di Kota Bharu, boleh hubungi sdr Faiz di talian: 018-295 7461. Setakat ini, agen yang mempunyai stok ialahL

EN ZAINAL RASHID BIN ISA – PUTRAJAYA (RS: 016-221 4280); SALMAH HANIM HARES – BANGI (RS: 019-470 3820) ; OUTLET Kota Bharu, KELANTAN : MOHD FAIZ (018-295 7461) ;NOOR AINI OOI ABDULLAH - KAMUNTING, PERAK (013 514 5994) ; REDZUAN MOHD - KENINGAU, SABAH (013 850 7685) ; SOFIAN LIT – KOTA SAMARAHAN, SARAWAK (013-820 0824) ; STI HAYATI A RAZAK, PETRAJAYA (019-9422461) ;  NOOR AZURA – KUANTAN, PAHANG (016-986 5230)

  Di kawasan lain, atau mereka yang ingin menjadi pengedar/agen boleh hubungi : 019-675 0544.

  Untuk info lanjut tentang PAU-ANA, sila kembali ke laman utama dan klik post-post sebelum ini.

Sekian. Wa Llahu a’lam.

   

HBI Health & Homoeopathy Centre
drhatta3@yahoo.com

 


Sumber:

Virtual copyright © HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE 2016