Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Promo Pau-Ana Kepada Ibu Bapa (28/03/16)

 Hujung minggu 26-27 Mac 2016 ada dua program menarik. Pertama Seminar Homeopati di CUCMS, Cyberjaya. Kedua, Karnival Usahawan Musim di Kanchong, Banting di mana HBI mempunyai komitmen. Oleh kerana, Karnival Usahawan Muslim di Banting dibatalkan, akhirnya konsultan HBI mencuba memperkenalkan produk di Kolej MARA Banting selepas mendapati MPHM sendiri tidak terlibat secara langsung dalam seminar di Cyberjaya.

  Mengadakan pameran dan promosi untuk para ibu bapa yang menghantar pelajar untuk temuduga tajaan MARA lebih bermotifkan memperkenalkan produk HBI kepada masyarakat. Ia bukan untuk menghasilkan jualan yang tinggi.

  Lebih-lebih lagi, waktu ini konsultan sedang sibuk membuat editing terakhir buku Organon of Medicine Homeopati. Di waktu tiada orang berkunjung, beliau menumpukan perhatiannya terhadap laptop bagi tujuan menyempurnakan usaha mengedit deraf saringan Organon Perubatan Homeopati.

  Konsultan HBI yang berada sepanjang hari Sabtu di gerai pameran produk HBI memaklumkan bahawa "cuaca di Banting ini teramat panas". Meskipun suhunya tidak melebihi 36 darjah celsius, tetapi keadaan panas melampau itu merosakkan barang-barang daripada plastik dan tidak tahan panas.

  Beliau juga berkata, "Jika kita dibiarkan produk homeopati secara langsung terkena sinaran matahari pada hari itu, bahan atau tablet di dalam botol plastik boleh cair ataupun rosak."

  "Kerana itu saya tutup pameran agak awal, iaitu jam 4 petang. Bahkan pada hari ahad, selepas jam 9 pagi, kami sudah tutup. Ini penting supaya buku-buku dan produk homeopati lain tidak rosak."

  Beliau juga menyatakan "Amat penting untuk kita semua elakkan diri daripada berada lama di bawah cahaya matahari yang panas terik. Malahan lagi penting ialah kita menjaga jumlah cecair di dalam badan. Kalau boleh, kita minumlah sebanyak 3 liter sehari."

   Salam daripada kami, di HBI Homeopathy Consultant.

 

Penulis sesi ini: drhatta.com HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2016