Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Semua Bantu Promo Pau-Ana (10/03/16)

 Semua teruja dan memberi komitmen untuk memajukan produk baru keluaran HBI, iaitu Pau-Ana. Selepas baru dua minggu diperkenalkan melalui FB (https://www.facebook.com/mohamedhatta.dihomhmd), ramai sudah yang memberi respons dan menelefon HBI.

  Tidak lupa memberikan posing gaya model produk ialah Imam Muda Taufek yang merupakan personaliti TV1/TV2 yang keluar siaran tiap hujung minggu.

  Beliau telah menguji-cuba produk yang rasanya manis-manis pahit ini ketika program Solat Gerhana Matahari dan Solat Hajat pada 9hb September 2016 di Surau An-Nur Kolej MARA Banting. Nampak sekali bahawa beliau turut sama ingin seronok mempastikan produk ini berjaya menembusi pasaran tempatan.

  Pada waktu ini, pihak HBI juga telah membuat promosi sempena perayaan/sambutan 50 tahun Majlis Amanah Rakyat (MARA). Sempena perayaan ini, harga staf daripada Ibu Pejabat MARA ialah sebanyak RM55.00 dan dihantar melalui kenderaan staf Kolej MARA Banting. Sementara penghantaran ke semua destinasi pusat MARA ialah sebanyak RM63.00, harga produk tanpa caj kurier.

  Supaya manfaat ini dikongsi bersama oleh sekalian pengguna, klien dari jauh juga boleh memesan Pau-Ana pada harga RM63.00, dan ianya dihantar secara percuma tanpa caj kurier.

  Satu majlis akan diadakan di Kota Bharu sempena pembukaan Outlet HBI di Panji (berhadapan Kujid Business Centre) dengan menjemput sahabat dan peminat Pau-Ana untuk sama-sama bersolat hajat dan mencuba secara percuma tablet Pau-Ana. Pada masa itu juga, mereka boleh mendapatkan Pau-Ana pada harga istimewa.

KANDUNGAN "PAU-ANA"

  Kandungan utama "Pau-Ana" yang dipromosi serta menarik perhatian rakan-rakan konsultan HBI ialah: PAULLINIA C SORBILIS (ekstrak Guarana), SUSU KAMBING, GINSENG, KHURMA, MADU, OMEGA 3, GAM AKASIA. Semua gabungan bahan yang digunakan itu biasa dipromosi oleh banyak produk lain.

  Yang paling berbeza ialah, produk lain tiada Paullinia sorbilis. Kerana itu, dalam pamflet promosi, kami tidak utarakan kelebihan Gam Arab, Susu kambing dan lain-lain kerana bagi kami itu semua sama dengan produk lain. Jadi dalam mesej pamflet kami, kami promosikan produk atas kelebihan bahan Paullinia c Sorbilis seperti berikut:

1.  Merangsang aktiviti intelek.

2.  Membekalkan tenaga dan kecergasan.

3.  Mengurangkan rasa mengantuk.

4.  Mengurangkan sakit kepala, terutama yang disebabkan berlebihan minum teh, nescafe, kopi atau alkohol.

5.  Mengurangkan tekanan mental dan fizikal.

6.  Memberi ketenangan dan mengendurkan ketegangan.

7.  Membantu memanjangkan jangka hayat (longevity).

  Semua produk "Pau-Ana" dibotolkan dengan kandungan sebanyak 60 tablet 1000mg. Ia sesuai diambil oleh mereka yang berusia 12 tahun ke atas. Orang dewasa digalakkan mengambilnya sebanyak 2-4 biji sehari untuk mendapatkan Stamina Minda dan Fizikal yang lebih baik. Ia seeloknya dikunyah hingga terasa manis-manis pahitnya.

  Sehingga hari ini, semakin ramai yang menempah secara individu tetapi jumlah pengedar kami buat masa ini belum mencukupi. Justeru, kami menyarankan supaya sesiapa yang berminat mencari pendapatan sampingan membeli daripada kami dengan diskaun untuk 10 - 50 botol pada harga istimewa. Ia boleh dijual pada harga pasaran RM63.00 dengan memperoleh keuntungan lumayan.

  Fliers Pau-Ana juga akan diedarkan ke beberapa lokasi pengedar Active IQ sedia ada supaya perkembangan jualan Pau-Ana meningkat dengan cepat.

   Salam daripada kami, di HBI Homeopathy Consultant.

 

Penulis sesi ini: drhatta.com HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2016