Malaysia Homeopathy Cyber Library

       Promoting Homeopathy All Malaysia Over and Virtually.

 

Kembali

 

 

Info penting berkaitan produk terbaru HBI, "PAU-ANA". 2016.

PERASMIAN & SAMBUTAN PRODUK MAKANAN KESIHATAN "PAU-ANA"

(Format Mobile)

oleh:  Admin HBI & Konsultan.

 

PENGENALAN  

Selepas lebih kurang dua minggu produk pemakanan kesihatan rumusan istimewa Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD dipromo melalui FB Ads, persiapan dibuat bagi melancarkan produk yang sedang naik ini.

Pihak HBI Health & Homoeopathy Centre berterima kasih kepada pihak Kolej MARA Banting (KMB) yang menjalankan progam penempatan pelajar Luar Negara (International Baccalaureate) kerana telah bersetuju untuk membenarkan pelancaran produk Pau-Ana dilakukan di Kolej ini dengan kerjasama komiti Pembangunan Staf KMB.

MAJLIS PELANCARAN

Pada hari Jumaat, 13hb Mei 2016, pelancaran produk pemakanan kesihatan Pau-Ana telah diadakan, di mana majlis didahulukan dengan taklimat dan informasi khasiat Pau-Ana oleh Mohamed Hatta Abu Bakar. En Mohamed Hatta adalah perumus produk dan sekaligus bertindak sebagai Pengurus Syarikat yang bekerjasama dengan jawatankuasa Pembangunan Staf KMB untuk program Majlis Pelancaran berkenaan.

Penerangan En Mohamed Hatta berkaitan makanan kesihatan Pau-Ana menarik perhatian hadirin yang mendengar dengan penuh teliti dan setia. Oleh kerana penerangan itu hanya selama 40 minit, mereka dibenarkan bertanya secara spontan berkaitan apa-apa isu mengenai produk Pau-Ana dan juga diagnosis iris yang relevan dengan penggunaan produk Pau-Ana.

Majlis Pelancaran Produk Pemakanan Kesihatan Pau-Ana kemudiannya telah dirasmikan oleh En Zainal Rashid bin Isa, Timbalan Presiden Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM). PUIM adalah sebuah persatuan yang banyak memberi sumbangan dengan mengadakan kursus dan bimbingan bisnes online kepada usahawan Bumiputera yang menjalankan bisnes secara online.

Menurut En Zainal Rashid, “Pau-Ana adalah produk yang berpotensi tinggi dan banyak manfaatnya kepada pengguna. Saya telahpun mencubanya. Saya dapati ianya sangat berkesan kepada saya. Biasanya saya mengantuk bila membawa kereta. Tetapi hari ini, walaupun saya tidak cukup tidur, semalam memandu kereta ke Kuantan untuk mengambil keluarga, dan pagi ini balik, kemudian terus datang ke Kolej Mara ini, saya masih segar dan bertenaga. Saya tidak rasa risau kerana Pau-Ana ada dengan saya"

Sambung beliau, "Hari ini memang banyak sekali orang buat produk, khususnya produk ubat-ubat tradisional dan makanan kesihatan. Istilah pemakanan sunnah disalahguna. Kerana itu JAKIM tidak benarkan. Saya tahu banyak produk dibuat oleh syarikat yang semata-mata bagi tujuan bisnes. Kerana itu, apabila ada aduan daripada pengguna, mereka tidak dapat memberikan jawaban kepada permasalahan mereka."

"Tetapi produk rumusan Dr Hatta ini (saya panggil beliau doktor kerana saya yakin dengan produk beliau sejak menggunakan beberapa produk rumusan beliau sebelum ini), saya sangat yakin. Apa-apa masalah kita boleh rujuk beliau, dan beliau berupaya memberikan jawapan kepada kebanyakan masalah yang kita ajukan."

"Sebab itu kami membenarkan beliau mengguna logo PUIM. Tidak semua produk boleh mengguna logo PUIM. Jika kita membenarkan, amat besar risikonya kepada nama dan imej PUIM. Tapi untuk produk Pau-Ana ini, kami konfidens kerana pengamalnya tahu dan bertanggungjawab. Saya yakin, dan kitapun bersedia untuk membantu memasarkan produk ini".

"Bahkan saya juga telah berbincang dengan Dr tadi kalau beliau boleh buat satu lagi produk sebagai "premium product" yang mana kita boleh pasarkan kepada pengguna yang berbeza dengan harga RM140 ke atas."

PAU-ANA LARIS MACAM GORENG PISANG

Sebaik sahaja selesai majlis perasmian, sebahagian hadirin dijemput untuk mengambil gambar bersama-sama dengan En Zainal Rashid, Timbalan Pengarah HEP Kolej MARA Banting En Abu Sophian, Pengurus produk Dr Hatta dan susun-atur produk Pau-Ana yang tersergam di atas meja pentas.

Kemudian kesemua produk yang dipamerkan itu dibawa bersama dengan produk Pau-Ana di luar Dewan untuk dijual pada harga promosi. Sempena majlis perasmian itu, produk yang berharga RM63.00 itu telah dipromosi pada harga RM40 dan ia mesti dihabiskan hari itu juga.

Oleh kerana tawaran harga hanya untuk satu hari perasmian sahaja, hadirin berpusu-pusu keluar dan mengambil peluang keemasan dengan membeli produk Pau-Ana pada hari itu juga. Memang benar, seperti produk-produk popular yang lain di pasaran, sambutan para hadirin untuk Pau-Ana juga di luar dugaan dan produk habis terjual dalam waktu satu atau dua jam sahaja.

Kemudian tetamu jemputan telah dibawa ke bilik keraian untuk majlis jamuan makan. Para hadirin yang hadir program perasmian juga tidak ketinggalan dijamu dengan nasi kukus istimewa, tajaan HBI Health & Homoeopathy Centre.

INFORMASI BERGUNA DI MAJLIS PELANCARAN

1. Produk makanan kesihatan Pau-Ana telah viral di facebook terutamanya ialah apabila ada pelanggan yang merasa semakin sihat selepas mengambil sebotol Pau-Ana. Tetapi kelazimanna, mereka akan terus menggunakannya sebagai pemakanan tambahan. Lebih mengujakan ialah bila seorang pesakit strok juga telah berjaya untuk solat berdikari tanpa bantuan sejak mengambil Pau-Ana dan sudah beberapa kali solat Jumaat berjamaah di Masjid 

2. Mereka yang membuat diagnosi iridologi dan didapati mempunyai Scurf Rim, Sodium Ring dan Radii Solaris amat sesuai dengan produk Pau-Ana. Mereka itu ialah yang menghadapi masalah tekanan darah atau penebalan saluran darah kerana kalsium dan toksik, mempunyai darah kurang bersih serta masalah sistem perkumuhan kulit, dan termasuk juga yang bermasalah dengan sistem pencernaan seperti sembelit, kerap diarea, gastrik dan beberapa masalah gaster yang lain.

3. Hadirin juga dimaklumkan bahawa Pau-Ana telah dirumus dengan menggunakan ekstrak Guarana atau nama saintifiknya Paullinia Cupana Sorbilis. Pengurus Syarikat En Mohamed Hatta juga memaklumkan bahawa beliau sendiri telah mengguna ekstrak guarana ini sejak tahun 1990an lagi tetapi dalam bentuk kapsul dan terhad penggunaannya untuk membangkitkan tenaga fizikal sahaja disebabkan oleh faktor dos.

4. Pengurus HBI turut memaklumkan bahawa sebelum ini belum pernah ada syarikat yang mengguna ekstrak guarana ini untuk mengeluarkan produk dalam bentuk tablet kunyah (Skimmed Milk Chewable Tablet Mixed With Guarana, Isomaltulose & Colostrum). Apabila Pau-Ana dibuat dalam bentuk tablet kunyah, ia diadun bersama Gam Akasia, Susu Kambing, Omega 3, Madu dan Khurma untuk memberi kesan kesihatan yang lebih luas.

5. Pau-Ana yang ada hari ini adalah keluaran produksi pertama, tetapi seminggu yang lalu Pau-Ana sudahpun mendapat kelulusan Sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Justeru, jika logo halal hendak ditampal, ia akan ditampal diluar pembalut plastik.

PASARAN DAN PENGEDARAN

Produk Pau-Ana ini dipromosikan sebagai makanan kesihatan untuk "menjana stamina mental dan fizikal." Maklumat brosur adalah berpandukan maklumat dan bukti dalam kajian herba dan materia medika homeopati. Selain daripada itu, kesan kesihatan lain dimaklumkan berdasarkan informasi kajian bahan dan respons pengguna.

Mana-mana kedai, syarikat atau individu yang ingin menjadi pengedar boleh menghubungi syarikat HBI di talian  019-675 0544. Bagi mereka yang ingin membuat dropship atau menjadi agen melalui PUIM boleh hubungi En ZAINAL RASHID BIN ISA – PUTRAJAYA (016-221 4280). Agen yang dilantik menerusi PUIM akan mendapat bimbingan dan diberikan kursus bagaimana menjalankan bisnes produk secara online.

 Laman web maklumat berkaitan Pau-Ana ialah www.drhatta.com

 

Viral - PESAKIT STROK SOLAT BERDIRI

Gambar-gambar di bawah ini adalah yang sedang viral di FB dan foto inilah saja yang boleh menceritakan segalanya.

  

AGEN PAU-ANA

EN ZAINAL RASHID BIN ISA – PUTRAJAYA (016-221 4280); SALMAH HANIM HARES – GOMBAK (019-470 3820) ; OUTLET Kota Bharu, KELANTAN : MOHD FAIZ (018-295 7461) ;NOOR AINI OOI ABDULLAH - KAMUNTING, PERAK (013 514 5994) ; REDZUAN MOHD - KENINGAU, SABAH (013 850 7685) ; SOFIAN LIT – KOTA SAMARAHAN, SARAWAK (013-820 0824) ; STI HAYATI A RAZAK, PETRAJAYA (019-9422461) ;  NOOR AZURA – KUANTAN, PAHANG (016-986 5230)

Sungguhpun cerita ini benar, tetapi kita tidak nafikan bahawa semua kemajuan kesihatan dan kesembuhan itu bergantung atas kehendak ALLAH jua.

Sekian. Wa Llahu a’lam.    

Admin drhatta.com

HBI Health & Homoeopathy Centre
drhatta3@yahoo.com

 


Sumber:

Virtual copyright © HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE 2016