Malaysia Homeopathy Cyber Library

       Promoting Homeopathy All Malaysia Over and Virtually.

 

Kembali

 

 

PAU-ANA: TESTIMONI DAN PENJELASAN

(Format Mobile)

oleh:  Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

HARGA: RM63.00 SEBOTOL. Kurier RM2.00 (PROMOSI MENJELANG RAMADAN)

PENGEDAR DIPELUKAN, DISKAUN LUMAYAN.  TEL: 013-9802991 @ WASUP: 019-675 0544.

 

KANDUNGAN PAU-ANA

   Pau-Ana Hebat. Pau-Ana mengandungi ekstrak Paullinia Cupana Sorbilis (Guarana), Omega 3, susu kambing, Gam Akasia, ekstrak Khurma , serbuk madu dan lain-lain bahan yang setengahnya lazim terdapat dalam produk lain makanan sunnah. Bezanya, mereka tak pernah masukkan ekstrak guarana. Tetapi kami masukkan Paullinia sebagai bahan utama dalam rumusan yang tersebut di atas dalam dos yang POWER.

  Kalau baru-baru ini, kita promo Pau-Ana sebagai produk yang dikilangkan oleh pengilang GMP dan mempunyai logo PUIM, sekarang kami boleh tampal diluarnya logo HALAL pula sebab kami sudah memperoleh kelulusan HALAL Jakim. AlhamduliLlah, syukur.

PAU-ANA ADALAH PEMAKANAN KESIHATAN

  Sungguhpun, Pau-Ana bukan ubat, tetapi sebagai pemakanan kesihatan yang mempunyai adunan (gabungan) ramuan terbaik, ia memberi kesan tenaga dan kesan-kesan positif kesihatan di luar dugaan.

  Daripada beberapa kajian, bahan-bahan yang terkandung di dalam Pau-Ana bukan sahaja boleh memberikan energi dan khasiat awet muda, tetapi juga memberi kesan positif bagi masalah artritis, sistem pencernaan, mengantuk dan keletihan, menstabilkan tekanan darah, menyihat dan melembutkan kulit, dan pelbagai keperluan kesihatan yang lain.

  Untuk mengulas kebaikan pemakanan kesihatan Pau-Ana ini memerlukan catatan yang panjang sedangkan di sini kita hanya ingin memberi fokus kepada testimoni.

TESTIMONI PAU-ANA

  (i) Seorang ibu bernama Wan Hamilah yang sudah lebih dua puluh tahun menghidap penyakit darah tinggi, mengatakan keletihan dan kelemahannya di akhir-akhir ini terubat dengan Pau-Ana. "Sekarang Ma rasa banyak perubahan. Rasa lebih bertenaga sejak makan Pau-Ana. Boleh lah buat kerja rumah lebih sikit. Sebelum ni buat kerja sikit, kena rehat banyak."

  (ii) Suaminya, Cikgu Ibrahim yang mengalami strok lebih sepuluh tahun, tiba-tiba sakit dan sudah sekitar dua tahun tak dapat solat Jumaat di masjid, walaupun dengan kerusi. Selepas mengambil tablet kunyah tablet Pau-Ana  seminggu , keadaan beliau sudah berubah, lebih cergas dan boleh berjalan perlahan-lahan ke sana ke mari. Boleh kembali solat atas kerusi.

  Secara spontan beliau mengatakan, , "Selepas seminggu ambil Pau-Ana, sakit lemah saya menjadi semakin baik, rasa lebih bertenaga, sakit menyentak (tarik-tarik, fit) sudah hilang, badan juga semakin ringan".

  Selepas lebih sebulan beliau makan Pau-Ana, keadaan bertambah baik, lutut semakin kuat,  dan beliau lebih bertenaga untuk bergerak dan bangun sendiri untuk solat tanpa bantuan. Kesihatan beliaulah yang menjadi cerita viral dalam sebulan ini.

  (iii) Kesan bertenaga Pau-Ana ini diakui sendiri oleh guru Pendidikan Jasmani Kolej MARA Banting, Wan Hafizi yang mengatakan, "Pau-Ana sangat baik untuk orang yang bersukan." Malah katanya, dalam acara pertandingan sukan antara Kolej pada bulan September 2016 nanti beliau akan menyarankan semua pesertanya diberikan Pau-Ana.

  (iv) Kak Imah, pekerja di sebuah Koperasi di Bukit Changgang mengatakan beliau membeli dua botol Pau-Ana kerana inginkan semua ahli keluarganya guna Pau-Ana sebagai makanan kesihatan harian. Banyak faedahnya, kata beliau.

  Antara kata-kata yang diluahkan oleh Kak Imah ialah, "Alhamdulillah, kesihatan kami sekeluarga bertambah baik. Anggota keluarga menjadi tambah sihat dan cergas. Anak-anak pula tidak lagi lemah membuat kerja. Hendak bangun pagipun senang apabila dikejutkan."

  Demikian kata Kak Imah, orang kampung biasa. Namun secara tegas beliau mengatakan harga tidak menjadi masalah asal dapat membantu kita kekal sihat.

  (v) Ada beberapa testimoni yang menarik datang daripada dua orang wanita dan seorang lelaki berkaitan kesihatan kulit. Setengahnya memaklumkan kulitnya menjadi lembut dan licin, rasa sejuk, bahkan gatal-gatal kulit mula hilang.

  Puan Hamimah yang berasal dari Labohan Dagang mengatakan bahawa, "Saya perasan selepas mengambil Pau-Ana, kulit saya menjadi lebih lembut. Ia tidak lagi kering seperti dulu," katanya sambil memicit--micit kulit lengan kirinya.

  En Malik, seorang pemandu yang berasal daripada Beruas Perak (FBnya Hadi Beruas), pula menceritakan bahawa, "Dulu badan saya kering. Amat sukar untuk berpeluh. Tetapi sejak ambil Pau-Ana, badan saya jadi mudah berpeluh. Kulit saya pula dulu kasar dan mudah calar bila digesek, kini jadi lembut dan tidak lagi melekat tanda-tanda putih bila dicakar dengan kuku."

  (vi) Sementara itu ada beberapa orang pelajar daripada umur 12 tahun hingga 21 tahun yang turut mengguna Pau-Ana. Kesemua mereka menerima kesan positif yang sungguh memuaskan ibu bapanya, daripada segi kecergasan mental dan fizikalnya.

  Tetapi bagi saudari pelajar Tahun 2 IB, Amalin yang sedang menduduki Exam International Baccalaureate pada Mei 2016, beliau mengatakan Pau--Ana membantu beliau untuk "stay-up" dan studi beberapa jam di sebelah malam. Tanpa Pau-Ana, keadaannya adalah berbeza, mudah mengantuk.

HASIL KAJIAN TENTANG BEBERAPA RAMUAN

  Sememangnya ekstrak guarana popular diambilguna bagi tujuan (i) meningkatkan prestasi atlit (stamina), (ii) sebagai stimulan (perangsang) dan untuk (iii) melawan atau mengurangkan keletihan mental dan fizikal. Selalunya ia dibuat dalam bentuk kapsul sebagai ubat herba.

  Tetapi ada juga yang menggunakan bahan Paullinia sorbilis ini untuk merangsang (iv) Prestasi atau kehendak seksual, (v) Meningkatkan aliran Urin dan sebagai (vi) Astringen atau penyegar. Bagi masyarakat Amazon, guarana ialah (vii) Awet-Muda, kerana di sana agak ramai yang bertahan usianya hingga kepada 100 tahun kesan daripada mengambil guarana.

  Keistimewaan Pau-Ana ialah, bahan Paullinia sorbilis (ekstrak guarana) sudah diadun dalam bentuk pemakanan kesihatan bersama Gam Akasia, Omega 3, Susu Kambing, Madu dan sebagainya. Ia bukan sekali-kali ubat, tetapi kesan positifnya lebih baik dan utuh terhadap kesihatan kerana kesan tambahan bahan-bahan yang disebutkan.

  a) OMEGA 3

  Contoh: kajian terhadap Omega 3 menunjukkan ia (i) membantu mengurangkan inflamasi dan mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, kanser dan artritis. (ii) Ia juga membantu fungsi kognitif (ingatan/memori dan prestasi minda) dan perubahan sikap.

  Selain itu, Omega 3 (iii) baik untuk saraf dan penglihatan. (iv) Dapat mengelakkan keletihan, lemah ingatan, kulit kering, masalah jantung, perubahan mood atau depresi dan kitaran darah yang lemah.

  Laman University of Maryland itu juga menyebut bahawa Omega 3 (v) boleh membantu kawal kolesterol, simptom darah tinggi, berpenyakit jantung, diabetes, artritis reumatoid, osteoporosis (dgn cara meningkatkan kalsium), mengurangkan masalah sakit haid dan mencegah atau melambatkan perkembangan beberapa jenis kanser.   

  b) GAM AKASIA & ENERGI "PAU-ANA"
  Antara kandungan PAU-ANA juga ialah Acacia Gum. Dalam beberapa artikel berkaitan Gam Akasia ini, ada disebutkan bahawa Akasia (i) membantu membekal fiber(Serat). (ii) Ia bantu Penghadaman dan Sembelit. Sistem pencernaan orang yang mengambilnya akan berjalan lancar, mengurangkan masalah usus dan (iii) turut Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung dan diabetes.

  Tulisan itu juga mengatakan Gam Akasia (iv) Mengurangkan kadar Kolesterol. (v) Baik untuk sakit Kerongkong. (vi) Juga membantu masalah Obesiti dengan mengurangkan berat badan. Cuba lihat website Healthline & laman vitaminkita.

    c) TAMBAHAN EKSTRAK MADU
  Dalam "PAU-ANA", ada beberapa mg MADU. Ini penting kerana MADU membantu (i) membekal Tenaga Tambahan dan menguatkan kesan Energi [Stamina] Pau-Ana; (ii) Mampu meningkatkan Daya ingatan, (iii) mengurangkan masalah Alergi & Kelemumur.

    MADU juga adalah (iv) Sumber Nutrisi dan baik utk memerangi bakteria. (v) dalam sesetengah keadaan ia boleh Mengawal masalah Tidur. (vi) Baik untuk kesuburan suami isteri (vii) Kurangi Risiko Serangan jantung dan alzheimer (viii) Mencegah sakit Kuning, dan (ix) Menyihatkan Kulit.
Beberapa laman seperti medicaldaily ada menyebut sebahagian besar manfaat madu ini jika cukup 'mg'nya

   Itu baru Omega 3, Gam Akasia dan Madu. Tetapi Pau-Ana juga ada mengandungi Susu Kambing, Khurma dan Susu Skim. Ini semua merupakan MENU PENTING "PAU-ANA" selain ekstrak Guarana atau Paullinia Cup Sorbilis.

  Tidak hairanlah KESAN "PAU-ANA" BEGITU HEBAT. DAPATKAN "PAU-ANA -PENJANA STAMINA MINDA DAN FIZIKAL". Itulah AWET MUDA yang membantu sistem pertahanan badan. 

  WaLlahu a'lam. 

   

HBI Health & Homoeopathy Centre
drhatta3@yahoo.com

 


Sumber:

Virtual copyright HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE 2016