Malaysia Homeopathy Cyber Library

       Promoting Homeopathy All Malaysia Over and Virtually.

 

Kembali

 

 

Info penting: PAU-ANA adalah produk Power drhatta.com

PAU-ANA DAN HOMEOPATI ADALAH PRODUK POWER DRHATTA.COM

(04 Okt 2016 - Format Mobile)

oleh:  HUZAINI IBRAHIM

PENGENALAN

  Apabila Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) menerima tempahan Lot daripada HBI  Health & Homoeopathy Centre untuk booth di eNTERWIP 2.0 yang baru berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC) pada 1 dan 2 Oktober 2016, mereka tidak menggunakan nama syarikat HBI Health & Homoeopathy Centre atau HBI Homeopathy Consultant. Mengapa??

Ini pastinya berkaitan dengan pemasaran dan keyakinan pengguna. Siapakah yang kenal HBI? Meskipun keluaran produk adalah atas nama HBI, buku-buku diterbitkan juga atas nama HBI Health & Homoeopathy Centre, namun tanpa drhatta.com, di manakah jaminan bahawa pelanggan akan yakin dan beli?

Inilah rupa jenama dan kehebatan produk HBI yang mesti disedari oleh pengurusan HBI dan pengurus laman web syarikat drhatta.com.

FAKTOR PEMILIHAN PRODUK OLEH PENGGUNA   

     Mereka yang terlibat dengan pemasaran produk pasti mengetahui bahawa satu-satu produk itu dibeli kerana beberapa faktor. Di antaranya ialah: keberkesanan pengiklanan, pembungkusan, kualiti, peragaan, jenama, mudah diakses pengguna, servis selepas jualan, ketelusan dan beberapa faktor yang lain termasuk pemilihan duta produk.

    Produk keluaran ahli perniagaan ternama kebanyakannya bergantung besar kepada pengiklanan, khususnya iklan di TV dan media arus perdana. Produk Pamoga Vida Beauty, D'Herbs, Jus Tok Guru dan Jus Nusantara Almas Beauty and Health amat banyak bergantung kepada pengiklanan. Jutaan ringgit dihabiskan untuk iklan selain daripasa penampilan dan kualiti produk.

    Produk tudung Neelofar pula banyak bergantung kepada keramaian peminat dan populariti artis Neelofar sendiri. Selain promosi yang dirancakkan, popularitinya bukan sahaja membantu kemajuan dan perluasan pemasaran produk tudungnya, bahkan produk-produk lain termasuk perfume yang dilancarkan.

ASAS PEMILIHAN PRODUK DRHATADOTCOM   

   Sejak HBI mengeluarkan produk hasil buah tangan Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD, iaitu berupa buku-buku berkaitan homeopati, HBI menjangka tidak akan melibatkan diri dalam pengeluaran produk lain selain daripada buku-buku dan konsultasi rawatan. Tetapi selepas Active IQ dan Homeo-ABC dilancarkan pada tahun 2001, kami sudah melihat trend sambutan terhadap produk keluaran HBI.

   Rupa-rupanya produk kami tidak boleh lari daripada nama drhatta. Dengan kewangan yang terhad kami tidak boleh melibatkan diri dalam pengiklanan besar-besaran. Kami juga mempunyai modal yang terhad untuk memasarkan hasil keluaran ke kedai-kedai seperti amalan produk tradisional. Yang menyelamatkan kami di dalam pasaran ialah nama drhatta sendiri sebagai perumus produk.

   Dengan jenama drhattadotcom, produk ini sentiasa ada pelanggan, ada rangkaian pengedar (walaupun terhad), ada pengikut yang tegar sampai lebih sepuluh tahun masih tetap bersama dan mengguna, dan ada juga kelebihan testimoni apabila produk seperti Active IQ dan Homeo-ABC sudah mencapai usia lebih 15 tahun.

   Jenama drhattadotcom pula popular hanya justeru pengasasnya ialah seorang penulis dan pengamal homeopati paling  prolifik di Malaysia kerana telah berjaya menghasilkan 11 (sebelas) buah buku-buku berkaitan homeopati, selain daripada rencana-rencana yang kerap menjadi tatapan dan rujukan pembaca, khususnya melalui media internet.

   Produk kami adalah jenama viral di kalangan peminat dan pengikut homeopati meskipun tidak begitu ramai di kalangan orang ramai.

eNTERWIP 20 DI PWTC ADALAH ANJAKAN DALAM PEMASARAN PRODUK  

   Dengan semangat ingin terus maju, kami cuba membawa imej baru dalam pemasaran produk untuk eNTERWIP 2.0 di PWTC. Meskipun nama drhattadotcom digunakan pada backdrop booth, tetapi kami cuba membuat perubahan besar daripada beberapa aspek:

Pertama: kami mengambil lokasi paling strategik dengan tempahan lot lebih besar di bahagian hadapan kawasan pameran.

Kedua: Kami turut cuba menggunakan duta produk dengan membawa kedepan seorang selebriti iaitu Imam Muda Taufek .

Ketiga: Kami menggunakan tenaga pekerja yang ramai bagi melayan pelanggan yang datang bertanya dan melanggan, di samping ada juga pekerja yang keluar menyampaikan fliers ke kawasan lebih jauh.

Keempat: Kami mengguna iklan di dalam FB Ads secara lebih agresif dengan melancarkan lebih daripada 6 iklan berbentuk video dan artikel untuk menarik lebih ramai pengunjung, dan

Kelima: Kami mengubahsuai kaedah packaging dan peragaan dengan menggunakan kaedah "ferrero rocher". Di mana satu produk boleh ditambahbaik dengan pelbagai jenis dan bentuk pembungkusan. Dengan cara ini, kami dapati penampilan dan peragaan produk keluaran kami menjadi lebih meriah.

 

JGN LUPA PESAN PRODUK eNTERWIP 2.0. PWTC  - TAWARAN HARGA PENGHABISAN STOK.  

** 019-6750544

APAKAH KAEDAH BARU INI BERKESAN  

   Jawapannya, memang berkesan, tetapi peratusannya tidak terlalu signifikan buat waktu ini. Tanpa jenama drhattadotcom, produk ini tidak akan terbang jauh. Bagaimanapun, kita juga sedang menunggu sistem "dropship" yang bakal dibangunkan oleh PUIM menerusi pendaftaran semasa Konvensyen Usahawan Online @ eNTERWIP 2.0.

   Kami percaya melalui sistem pemasaran internet dan kaedah "dropship", produk kami khususnya PAU-ANA sebagai produk utama akan dapat dipromo dan diviralkan dengan lebih berkesan. Produk ini harus diperluaskan kegunaannya kerana manfaat PAU-ANA yang signifikan apabila kita merujuk kepada banyak testimoni daripada pengguna.

   Adalah sangat rugi, sekiranya produk yang begitu banyak manfaat tersimpan dan tidak sampai kepada pengguna yang ramai. Demikian kata-kata yang pernah diluahkan oleh Naib Presiden PUIM, En Zainal Rashid bin Isa kepada perumus produk, drhatta.

   Jadi, produk HBI, terutama PAU-ANA wajar dipromosikan lagi demi kepentingan dan manfaat pengguna, sama ada sebagai produk bertenaga, membantu mengurangkan masalah kesihatan, produk yang baik untuk minda dan tubuh badan ataupun sebagai bahan awet muda.

KESIMPULAN   

   Selepas eNTERWIP 2.0, kami di bahagian pengurusan HBI amat yakin bahawa produk-produk homeopati keluaran kami khususnya produk bercirikan herba PAU-ANA mempunyai potensi yang sangat besar. Ianya berkemampuan untuk menjana sumbangan yang lebih besar berbanding produk kesihatan di pasaran yang dikeluarkan oleh pengilang-pengilang besar yang lain.

   Kami juga menyimpulkan bahawa dari sudut jangka panjang, penyertaan Syarikat ke dalam Konvensyen Usahawan Online untuk mempamerkan produk keluaran drhatta adalah berjaya.

   Kami percaya bahawa kami tidak boleh menongkah arus secara sendirian. Tetapi dengan kerjasama rakan strategik seperti PUIM dan rakan-rakan yang lain, insya Allah, produk ini akan terus muncul sebagai produk terbaik di Malaysia.

Sekian. Wa Llahu a’lam.

   

HBI Health & Homoeopathy Centre
drhatta3@yahoo.com

 


Sumber:

Virtual copyright © HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE 2016