Malaysia Homeopathy Cyber Library

       Promoting Homeopathy All Malaysia Over and Virtually.

 

Kembali

 

 

Info penting: Tarikh eNTERWIP PWTC -

30 Sep - 2 Okt 2016.

PAU-ANA KE PWTC DAN TERUS MENYUMBANG

(Format Mobile)

 

oleh:  Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

 

PRODUK "PAU-ANA"   

PAU-ANA kini sudah berusia 7 bulan. Bagi masyarakat bisnes, usia ini masih terlalu muda. Bagaimanapun, kami mengucapkan syukur dan alhamdulillah kerana sambutan terhadap produk ini amat memuaskan. Pau-Ana sekarang sudahpun mempunyai peminatnya yang tersendiri.

  Apa yang menarik ialah sebahagian daripada peminat yang melanggan Pau-Ana cenderung mengulang-beli dan menjadi pengguna tegar. Maknanya, apabila pertama kali mencuba sebotol, mereka sudah nampak kesan positifnya yang mengagumkan. Lalu mereka membeli lagi.

  Satu perkara lagi ialah, sebahagian daripada pengguna yang mendapatkan bekalan PAU-ANA, mereka membeli untuk kegunaan keluarga, Bukan pembeli seorang yang menggunanya, bahkan semua ahli atau anggota keluarga, iaitu isteri, suami dan anak-anak. Sesetengahnya membeli PAU-ANA untuk orang tuanya yang memerlukan lebih tenaga dan untuk kesihatan jangka panjang..

  Satu kenyataan lagi ialah, mungkin orang yang berwang atau bekerja makan gaji dari golongan sederhana dan berada cenderung berjimat dan menunggu promosi. Hakikatnya, mereka yang sudah tahu impaknya, walaupun mereka orang kampung, yang bekerja sendiri, pesara, pendapatan lebih kurang sahaja, namun mereka adalah pengguna konsisten kerana mereka tahu bahawa mereka membayar nilai yang sepadan dengan manfaat kesihatan yang mereka terima.

PERTAMA KALI DIPERKENALKAN

  Ketika diperkenalkan, kami fokus PAU-ANA kepada keberkesanan utama daripada sumber Paullinia Cupana Sorbils (ekstrak guarana) mengikut perubatan homeopati. Antara yang disebutkan di dalam Materia Medika karangan Dr. William Boericke ialah PAU-ANA boleh *Merangsang aktiviti intelek (Intellectual excitement), *Mengurangkan rasa mengantuk dan *Mengurangkan sakit kepala, terutama yang disebabkan berlebihan minum teh, nescafe, kopi atau alkohol.

  Selain itu, Dr J. H. Clarke di dalam Materia Medikanya menyebutkan bahawa Paullinia c sorbilis ini boleh memberikan ketenangan dan mengendurkan ketegangan. Yakni baik untuk individu yang murung, dukacita dan kurang semangat.

  Dalam perubatan herba pula, ada kajian di Barat menyatakan bahawa bahan ekstrak guarana ini juga boleh memberikan kesan rangsangan minda dan kesan dalam aspek kognitif jika diberikan dalam dos yang betul. Tetapi ianya lebih kerap dipromosikan sebagai bahan yang boleh membekalkan tenaga dan kecergasan fizikal, mengurangkan rasa mengantuk dan memanjangkan jangka hayat

.

  Atas sebab sumbangan besar PAU-ANA kepada aspek kecergasan fizikal dan minda, maka ramai juga pelanggan yang membeli untuk anak-anak atau untuk orang dewasa yang sedang belajar. Kami turut menggalakkan, walaupun ia akan bertanding dengan panawar farmasi kami yang popular iaitu Active IQ dan EXAMO ataupun pelbagai produk yang bermacam lagi.

  Ini dilakukan kerana Pau-Ana adalah produk keluaran kilang GMP dan sudah memperoleh kelulusan HALAL Jakim. Ruang lingkup kegunaan Pau-Ana pun lebih besar, mempunyai impak lebih cepat dan boleh masuk pasaran awam tanpa masalah. Hanya buat waktu ini kami masih memberi tumpuan kepada pasaran secara online.

FOKUS FLIERS DAN KESAN SEBENAR "PAU-ANA"

  Oleh kerana fliers yang diedarkan adalah tertumpu kepada kesan ekstrak Guarana (Paullinia sorbillis) terhadap energi @ tenaga sahaja, sekarang fliers itu sepatutnya menekankan (highlight) juga kesan positifnya terhadap sistem imun tubuh dan kesan baiknya terhadap sakit dan sengal sendi, sakit urat atau pinggang, kelembutan kulit, berupaya membaiki masalah pencernaan seperti sembelit dan sakit kulit, masalah anemia dan kolesterol, dan beberapa kebaikan lagi.

  Kesan ini memang diduga juga ketika membuat rumusan dan testing tetapi tidak kami tekankan di dalam fliers. Kesan ini timbul kerana kami memasukkan kuantiti dos bahan (mg) yang ketara bagi memberi impak yang dikehendaki. Kesemua bahan yang kami gunakan itu ada impaknya yang tersendiri, dan dalam sesetengah simptom, efek bahan-bahannya secara kombinasi telah meninggalkan kesan baik yang amat digemari pengguna.

  Kesan sebenar memang menunjukkan ruang lingkup kegunaan PAU-ANA yang banyak. Hal ini adalah justeru hasil daripada campuran penggunaan bahan Gam Akasia, Omega 3, Susu Kambing, Madu dan Khurma dalam kuantiti yang tepat. Tetapi impak tenaga daripada bahan seperti susu kambing, madu dan khurma untuk membantu ekstrak guarana adalah sangat besar. Kerana itu "Pau-Ana" berenergi dan dipromo sebagai Tablet Kunyah yang "Menjana Stamina Mental dan Fizikal".

  Disebabkan itu juga, jumlah LIKES yang kami peroleh sangat cepat meningkat walaupun iklan bagi mendapatkan LIKEs sudah lama dihentikan. Kini LIKES Pau-Ana sudah hampir tujuh ribu dalam keadaan kami tidak lagi mengiklankan dalam FB Ads.

KESAN "PAU-ANA" SECARA KESELURUHAN 

  Berikut ialah impak positif PAU-ANA secara keseluruhan yang bakal kami masukkan ke dalam fliers yang dalam proses disiapkan. Ia bukan sahaja dikutip daripada penjelasan bagi setiap individu bahan produk, tetapi juga berdasarkan tesimoni pengguna selama 7 bulan ini:

-- Peningkatan tenaga 'mental & fizikal' dan sistem imun serta nutrisi. (Kesan Gabungan 7 bahan utama Pau-Ana). 
-- Membantu imun terhadap penyakit akut & berjangkit spt selsema, demam & batuk.
-- Meningkatkan tenaga dan mengurangkan kelesuan (ekstrak Guarana, dibantu dgn Madu, Susu kambing & Khurma)
-- Tambah fiber, menambahbaik sistem pencernaan & masalah gastrousus, termasuk selesaikan isu sembelit. (Gabungan Madu, Gam Akasia, Khurma & Susu Kambing)
-- Mengurangkan risiko masalah jantung, darah tinggi dan kolesterol (Omega 3, Gam akasia, Madu, Khurma) : 
cegah aterosklerosis, strok/angin ahmar, sakit jantung (Susu kambing), kurangkan risiko jantung & diabetes (Gam Akasia), kawal tekanan & membantu sirkulasi darah (Omega 3 & Susu kambing), jantung & sakit kronik (Omega3), kurangkan risiko strok (Khurma) 
-- mengurangkan kolesterol (Omega 3, Gam akasia, Madu)
-- Stamina seksual (Madu, Guarana & khurma)
-- Tambah kecergasan minda (alertness) (Ekstrak guarana, susu kambing & khurma), ingatan (Madu), bantu fungsi kognitif & sikap (Omega 3)
-- Bantu masalah obesiti (Ekstrak Guarana, Gam akasia, Susu skim)
-- Cantik & lembutkan kulit (Omega 3, Madu)
-- Kekuatan tulang, pertumbuhan kanak2 (susu kambing & khurma)
-- Baik utk artritis, rheumatoid art, osteoartritis & masalah sendi (Omega 3, susu kambing, khurma)
-- Bantu Anemia & nutrisi (guarana, khurma)
-- Bantu kesihatan mata, saraf & penglihatan (Omega 3, Susu kambing)
-- Membantu masalah sakit tekak/kerongkong, kurangkan bengkak & keradangan (Gam akasia, Madu)
-- Kesan baik terhadap sakit kepala dan mgkin migran & tinitus juga (ekstrak Guarana, Madu) 

Seperti yang digembar-gemburkan secara benar, beberapa kesan itu mungkin nampak seperti sengaja dibesar-besarkan. Tetapi jika tuan puan pembaca sekalian berjumpa dengan orang yang memberi testimoni, sememangkan kesan yang disebutkan itu berlaku. Contohnya ialah testimoni pesakit strok ini.

 

PRODUK "PAU-ANA" KE PWTC 

  Fliers baru ini, insyaAllah akan disempurnakan menjelang pameran kami dalam booth Konvemsyen Usahawan Online 2016 di Putra World Trade Centre (PWTC). Kami komited untuk memberikan yang terbaik dalam program 3 hari dari 30 Sep hingga 2 Oktober 2016 itu.

  Kami mengucaplan berbanyak terima kasih kepada Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) kerana memberi ruang kepada kami untuk membawa produk ini lebih jauh kepada penguna. Kami berharap dengan cara ini, manfaat Pau-Ana akan sampai kepada lebih ramai masyarakat yang memerlukan.

  Untuk tujuan promosi ke PWTC, sekarang kami sudah memulai dengan membuat tawaran jualanyang menarik: Antaranya ialah:

**HARGA MERDEKA PAU-ANA UTK BANTU ORG ISLAM YG DHOIF**

1 Botol RM60 (Jimat RM3.00) ; 2 Botol RM110 (Jimat RM26.00) ; 3 Botol RM140 (Jimat RM49.00) ; Tawaran Online ini Tamat 16 September 2016. Juga diBuka di booth eNTERWIP, PWTC 30 Sep - 2 Okt 2016.
Pengedar@ Pengguna: Hubungi 019-6750544, 013-9802991

  Jadi di sini, kami juga turut menjemput anda sekalain berkunjung ke booth kami di PWTC. Ofer Pau-Ana untuk selama tiga hari itu pasti menarik anda semua untuk membeli ataupu menjadi pengedar. 

BANTU MASYARAKAT ORANG ISLAM DI KG SUAI NONG, VIETNAM

  Dalam tawaran yang kami keluarkan sepanjang bulan September dan sehingga promosi PWTC, walaupun keuntungan pihak Syarikat HBI sudah dikurangkan, namun hasil pengurangan itu baru manfaat untuk pengguna.

  Sukacita dimaklumkan bahawa kami juga sudah bekerjasama dalam projek bantuan Pembinaan Telaga dan Pembangunan Masjid di Kampung Suio Nung tersebut. Bantuan yang disampaikan ini juga adalah hasil daripada jualan Pau-Ana, selain kami turut membantu mendapatkan kutipan derma bagi pihak Jawatankuasa Projek yang dipelopori oeh Surau An-Nur (KMB), Bukit Changgang.

  Juga dalam rangka usaha dan projek ini, Pau-Ana juga turut dibawa ke Vietnam dan dicuba serta digunakan juga oleh sebahagian kecil orang-orang di sana. Kerana itulah, kami juga memiliki video testimoni daripada orang-orang Vietnam yang menggunakan produk ini.

  Jadi anda tidak harus terkejut jika ada orang asing turut mengguna PAU-ANA. Itupun memang hakikat daripada usaha kami melebarkan penggunaan Pau-Ana.

AGEN PAU-ANA

   Sekali lagi, satu perkara penting harus diingat. Pau-Ana bukan ubat, tetapi ia telah diluluskan sebagai pemakanan kesihatan dan telah dikeluarkan oleh kilang GMP. Ia juga mempunyai logo PUIM (Persatuan Usahawan Internet Malaysia). Logo HALAL juga sudah diperoleh walaupun sekarang masih belum dimasukkan di dalam label kerana masih menggunakan stiker lama. 

  Untuk mendapatkan produk Pau-Ana di Kota Bharu, boleh hubungi sdr Faiz di talian: 018-295 7461. Setakat ini, agen yang mempunyai stok ialahL

EN ZAINAL RASHID BIN ISA – PUTRAJAYA (RS: 016-221 4280); SALMAH HANIM HARES – BANGI (RS: 019-470 3820) ; OUTLET Kota Bharu, KELANTAN : MOHD FAIZ (018-295 7461) ;NOOR AINI OOI ABDULLAH - KAMUNTING, PERAK (013 514 5994) ; REDZUAN MOHD - KENINGAU, SABAH (013 850 7685) ; SOFIAN LIT – KOTA SAMARAHAN, SARAWAK (013-820 0824) ; STI HAYATI A RAZAK, PETRAJAYA (019-9422461) ;  NOOR AZURA – KUANTAN, PAHANG (016-986 5230)

  Di kawasan lain, atau mereka yang ingin menjadi pengedar/agen boleh hubungi : 019-675 0544.

  Untuk info lanjut tentang PAU-ANA, sila kembali ke laman utama dan klik post-post sebelum ini.

  Sebelum kami tutup artikel ini, ingin kami suarakan bahawa walaupun target jualan sudah hampir dipenuhi, tetapi produk ini harus disebarluaskan kepada lebih ramai orang supaya manfaatnya dapat dikongsi bersama. Pada masa yang sama, kami juga terus berkongsi hasil jualan dengan mereka yang memerlukan dengan seberapa segera yang mungkin.

  Oleh kerna manfaat itu lebih penting daripada jualan akibat kesan iklan, maka kami tidak membuat iklan gembar-gembur supaya semua masyarakat mencuba. Seperti kebanyakan produk, memang strategi itu berjaya mengaut untung. Namun hakikatnya, apabila pengguna mencuba sekali, lepas itu produk itu ditinggalkan sehingga akhirnya peniaga akan membuat produk baru dengan jenama lain pula.

 

Sekian. Wa Llahu a’lam.

   

HBI Health & Homoeopathy Centre
drhatta3@yahoo.com

 


Sumber:

Virtual copyright © HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE 2016