Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2014 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

 Datuk Maznah Hamid Terima Menantu (20/04/15)

Sewaktu bertemu beliau pada awal bulan Mac yang lalu, memang kami berhasrat untuk membawa sedikit cerita tentang Datuk Maznah Hamid. Malangnya keadaan terlalu sibuk menyebabkan hasrat itu tidak tertunai.

  Pada hari tersebut, iaitu pada 3 Mac 2015, Datuk Maznah telah dijemput oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi menyertai satu forum sempena Sambutan Hari MARA ke 49 di Hotel Premiera. Oleh kerana program tersebut bersifat forum, tidak banyak yang sempat dikongsikan oleh ‘wanita besi’ ini justeu masa yang amat terhad.

  Kami hanya sempat mendengar sejarah jatuh bangun beliau dalam bentuk kesimpulan yang amat ringkas. Tetapi yang menarik perhatian kami semua ialah sifat beliau yang peramah, penyampaian yang bersahaja dan peribadi mudah untuk didekati.

  Di luar dewan, beliau menyediakan booth promosi dan produk beliau. Antara produk itu ialah petikan kata-kata motivasi yang merangsang minda.

  Beliau sendiri yang melayan tetamu bersama staf beliau. Ramai warga MARA yang hadir pada hari itu mengambil kesempatan untuk bergambar atau berselfie bersama tokoh usahawan tersohor di Malaysia ini.

  Seperti semasa di dalam forum, cara beliau bertutur kata menunjukkan bahawa beliau pandai berkomunikasi. Beliau telah melayan semua orang dengan ramah dan senyum, dan itu melambangkan peribadi beliau yang pemurah dan disenangi.

  Hari ini, kami sempat membawa kembali coretan ini kerana pada hari Jumaat lepas dengan tak semena-mena konsultan kami telah mendapat undangan menghadiri majlis perkahwinan anak beliau yang bernama Shahril Reza.

  Rupanya Shahril Reza bin Datuk Hj Shaheen Mirza Habib, anak lelaki beliau telah bertemu jodoh dengan Azyyati binti Abdul Aziz.

  Mulanya konsultan HBI merasa agak serba-salah sama ada untuk hadir atau tidak, tetapi selepas bertemu dengan Pn Rozi Saari atau yang dikenali sebagai Coach Rozi yang baru saja selesai berkongsi pengalaman sebagai usahawan berjaya dengan para pelajar IKM dan KPM di Hotel Citrus, beliau telah menetapkan fikiran untuk hadir, iaitu menyusul Coach Rozi yang turut sama dijemput.

  Kesempatan itu diambil dengan berkunjung ke majlis bersama dengan sahabat lama beliau iaitu saudara Alias Hj Muda yang juga seorang motivator potensi diri. Daripada keterangan Datuk Maznah sendiri ketika ucapan meraikan hadirin, seramai kira-kira 2,000 orang telah dijemput hadir ke majlis itu yang berlangsung di Dewan Perdana FELDA.

  Pada kami yang hadir, majlis itu boleh dikatakan ‘grand’ juga. Dan apabila kami mendengar ucapan beliau, kami merasakan bahawa beliau tidak perlu mengaku ‘humble’ kerana Datuk Maznah memang ‘humble’ orangnya.

  Jika kami tidak sempat menemui beliau, itu adalah kerana tugas dan tanggungjawab beliau yang menyebabkan beliau sibuk. Berusaha menemui beliau dalam suasana itu, bukanlah wajar. Kami memahami.

   Bagaimanapun kami turut berdoa untuk beliau, seperti yang dicatat oleh Datuk Maznah di dalam facebooknya pada 18 April, “Hari ini ada 2 perkara besar... 1) Menyambut ulangtahun kelahiran ku,  2) Menyambut menantu perempuan pertama ku..hmmm

Doakan semoga semuanya berjalan lancar. Semoga terus diberikan kekuatan untuk berjuang demi membangunkan ekonomi ummah!”

Terima kasih Datuk kerana menjemput konsultan kami.

.  Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

© HBI Health & Homoeopathy Centre 2015