Iklan Produk HBI:

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2014 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

 GST Bermula Hari Ini, Ia Bukan April Fool (01/04/15)

Hari ini bermulalah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang begitu lama dibahas, dinilai, dikritik, dibidas, diberi pandangan dan diperdebatkan dari sudut positif dan negatifnya. Ia bukan April Fool,

  Isunya ialah berkaitan pendaftaran GST, kerana mereka yang mencapai jualan lebih RM500,000 mesti mendaftarkan syarikatnya. Kelebihannya pula ialah dengan berdaftarnya syarikat bolehlah mereka membuat tuntutan kembali enam peratus daripada kerajaan.

  Bagi peniaga kecil yang jualannya amat kecil sehingga untuk mencapai jualan RM200,000 pun sukar, tidak diwajibkan mendaftarkan syarikatnya dengan GST. Meskipun mereka tidak mendapat hak tuntutan kembali cukai GST enam peratus, mereka juga tidak perlu membeli atau merubah perisian komputernya, jika ada.

  Masalahnya, produk apapun yang kita jual pasti terlibat dengan kos barang keperluan yang telah meningkat harganya akibat GST.

  Bagi HBI sendiri, matamatnya lebih untuk kebajikan pelanggan dan bagi membiayai keperluan menerbit dan menyebarkan ilmu perubatan homeopati. Jualan tahunan untuk mencapai RM100,000 setahun pula tersangat payah.

  Kita harus ingat, bukan sekadar diskaun tinggi diberi kepada pengedar, bahkan kos kurierpun ditanggung oleh syarikat (melainkan yang membeli di bawah RM100.00). Ketika kos kurier meningkat 18% pada tahun 2014, syarikat masih memberi servis penghantaran percuma.

  Selepas pelaksanaan GST (Goods and Services Tax) mulai 1 April 2015, kita mendapati kos botol, tablet, pil, label, iklan fliers, pembungkusan dan lain-lain meningkat. Apakah tindakan HBI?

  Selepas berbincang dengan konsultan, kita masih akan memberi servis dan harga seperti biasa. Sebabnya tidak lain tetapi demi kebajikan pelanggan dan khidmat terbaik bagi pembeli penawar yang dijual seperti farmasi (dengan khidmat online mengenai rawatan dan kegunaan penawar masih diteruskan).

  Apa yang kami akan beri perhatian mulai hari ini ialah mengurangkan free gifts atau hadiah barangan percuma kepada pengedar atau pembeli. Itu saja.

  Justeru harga buku adalah seperti tercetak dan harga Active IQ, Homeo-ABC dan Hi-fos ditetapkan pada harga lama iaitu RM12.00. Diskaun bagi pengedar kekal sama. Perkhidmatan kurier percumapun diteruskan bagi pembelian dengan nilai lebih RM100.

  Sementara itu pula, kami ingin memberi komitmen untuk lebih kerap dan gigih memberi informasi secara online.

.  Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015