Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2014 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

 Dari Produk Artis Ke MIHAS 2015 (04/04/15)

Minggu ini kami sempat pusing-pusing ke beberapa event atau ekspo produk. Di samping semua pihak masih terpinga-pinga dengan harga di ambang pelaksanaan GST, rupanya usaha mempromosi produk tetap giat diteruskan oleh agensi-agensi kerajaan.

  Pada  hujung bulan lepas atau tepatnya 31 Mac, kami melihat beberapa produk artis dipromosikan di ruang legar bangunan MARA. Dengarnya mereka dijemput khusus sempena Majlis Pelancaran Countdown 50 Tahun MARA.

  Antara yang kelihatan di ruang pameran ialah produk yang dihasilkan oleh artis Ainina Ahmad B dan Gum Arabic al-Manna Datin Naz isteri kepada pelakon veteran Baharuddin Hj Omar yang dikenali ramai sebagai Anjang Aki.

  Umumnya produk yang dibawa oleh artis-artis ini biasa-biasa saja dan tidak banyak menarik pengunjung, sama ada kerana tempat atau kerana bertembung dengan program  Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE).

  Ekspo MIHAS atau Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) yang berlangsung dari 1 hingga 4 April 2015 cukup gah. Memang pengunjung yang datang teramat ramai.

  Berbeza dengan ekspo biasa, MIHAS menawarkan kepada pengunjung dan peserta suatu platform untuk membina jaringan (network), berurus niaga dan berbicara mengenai industri halal yang secara khusus merujuk kepada industri pemakanan dan minuman.

  Selain produk pemakanan, terdapat juga hasil dan jenama perubatan terutama yang beridentiti herba, sama ada berupa pemakanan kesihatan ataupun ubat bersumber halal. Produk perbankan turut dipasarkan di kaunter-kaunter khas.

  Kami juga turut berkunjung ke kaunter yang menawarkan khidmat laman web untuk pemasaran online. Umpamanya zilzar.com, laman e-commerce, menawarkan pusat/tapak pemasaran produk, perkhidmatan dan informasi yang bertatacara gaya hidup Islam.

  Ada hadiah istimewa pula diberikan kepada pengunjung yang mendaftar di pusat satu komuniti dan satu platform zilzar.com.

  Bagi anda yang sempat berkunjung dan mencuba produk di setiap kaunter, pasti anda akan keluar dari ruang atau dewan pameran/exhibition MIHAS kekenyangan kerana produk food-testing dan minuman percuma yang diberikan sepanjang perjalanan itu akan membuatkan anda tidak berasa lapar meskipun terpaksa berjalan jauh.

  Menjelang tahun ke dua belas, MIHAS dikatakan telah menjana jualan hampir ke angka 10 bilion ringgit. Ia juga berjaya menarik ribuan pembeli, pengunjung perniagaan dan delegasi luar.

  MIHAS juga disebutkan sebagai komponen utama  kepada Persidangan Halal Sedunia (World Halal Summit) yang turut merangkumi Konferens Halal Dunia ke-8, Konvensyen Persijilan Halal Antarabangsa JAKIM ke-6, Forum Pensijilan, Forum Cendekiawan, Foum Akademik dan Forum Bisnes.

  Daripada pemerhatian kami sewaktu berkunjung pada hari ketiga, kami mendapati inisiatif yang diusahakan oleh MATRADE ini cukup kuat dan berkesan ke arah promosi produk halal. Ia nampaknya bukan saja popular di kalangan orang awam, malah berjaya menarik pengunjung dan peserta peringkat antarabangsa sehingga mereka yang di luar negara ASEAN seperti South Afrika, Morocco Palestin, Iran, negara-negara semenanjung Arab, China, Taiwan dan Jepun turut menyertai MIHAS dengan bangganya.

  Laporan laman mihas.com.my, ada dinyatakan sebanyak 25 negara menyertai MIHAS pada kali ini.

  Dalam kata alu-aluan buku direktori MIHAS pula, Dato Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata "Kami berharap interaksi yang luas dan pelbagai semasa World Halal Summit akan terus membuka jalan dalam mempromosi Halal sebagai pilihan kepada produk dan servis yang sihat dan berkualiti tinggi di samping berlandaskan syariah."

  Sewaktu kami berkunjung ke sana, kami dapati agensi kerajaan seperti Bank Negara Malaysia, Usahawan di bawah agensi seperti MARA, ANGKASA, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan banyak lagi turut sama mengambil peluang daripada inisiatif MATRADE ini.

  Sewaktu pulang selepas berkunjung ke beberapa gerai usahawan dan pameran berjenama antarabangsa, kami dapati kami harus berkunjung sekali lagi keesokannya. Banyak lagi tempat yang menarik untuk kami tinjau dan bual bicara.

  Malang sekali rancangan kami untuk ke sana di hari akhir iaitu 4 April tergendala kerana urusan hari minggu yang tak selesai.

  Kami berharap anda semua berjaya mengambil kesempatan dan peluang daripada perencanaan pasaran halal yang bersifat global ini yang telah berlangsung dengan cemerlang di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur.

.  Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015