Iklan Produk HBI:

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2014 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

 Rawatan Homeopati Untuk Simptom Denggi (25/04/15)

Semalam, ketika konsultan kami berada di Emperor Hotel, Melaka, tiba-tiba sesuatu berlaku. Waktu itu kira-kira jam 6.45 petang.

  Terasa sejuk menggigil seluruh tubuh. Hendak bangkit daripada duduk, rasa amat sukar, sendi-semdi dan tulang mengalami inflamasi dan bagaikan memar.

  Masya Allah, apakah aku mendapat demam atau bakal menghidap denggi? Sedangkan semua remedi terlupa dibawa bersama kecuali Nux Vomica dan Homeo-ABC. Bagaimanapun ABC tetap diambil sebagai alas justeru tiada lagi remedi lain di tangan.

  Denyutan nadi tidaklah kencang, namun keadaan seram sejuk dan badan serta dahi terasa sangat panas. Apakah yang harus dibuat? Dengan perasaan luluh dan berat mengangkat kaki untuk berjalan, usaha dibuat dengan berjalan ke kedai runcit bagi mendapatkan Panadol 500mg.

  Telan 2 biji, tetapi selepas dua jam nampaknya seperti tidak nampak perubahan ketara. Kata hatinya, "Tak mungkin aku akan masuk ke hospital di Melaka. Sedangkan keluarga berada jauh dari sini."

  Lalu beliau teringat kepada bekas pelajar onlinenya yang bermukim di Batu Berendam. Malangnya no telefon tidak disimpan. Lantas konsultan menelefon anaknya di rumah dan meminta google nama "klinik homeopati batu berendam".

  Alhamdulillah. Nombornya ada dalam talian. Lalu anaknya terus sms kepada konsultan. Apabila beliau membuat panggilan telefon, nasib menyebelahi konsultan. Saudara Haris, pengamal homeopati di Batu Berendam itu mengangkat dan sedia membantunya.

  Apabila sdr Haris menyatakan sudi menghantar remedi yang diminta ke Hotel Emperor, alangkah lega rasa hati konsultan.

  Antara senarai remedi yang diminta itu ialah Aesculus, Eupatorium perf, Symphytum, Arinica dan Calcarea phos. Selepas memaklumkan di mana Hotel Emperor, beliau segera memandu dan datang kerus ke bilik hotel 2102.

  Sdr Haris terkejut melihat konsultan terlantar di atas katil. Konsultan HBI segera mengorak senyum apabila melihat bekas murid dan pengamal homeopati Haris. Gembira hatinya terpampang pada air mukanya.

  Sdr Haris bertanya kalau-kalau konsultan ingin dihantar ke hospital. Namun konsultan HBI menyatakan "tidak perlu". Katanya, "pengalamannya menunjukkan bahawa remedi homeopati cukup berkuasa bagi menangani kes simptom seperti denggi"

  "Tidakkah kita ingin lihat pengesahan pihak hospital terlebih dahulu berkaitan jenis penyakit ini?" Dengan cukup yakin, konsultan menyatakan "insya Allah akan baik dengan penawar yang dibawa itu".

  Kata konsultan, risiko denggi memang tinggi kerana beberapa hari yang lalu, beliau tidur dengan membuka tingkap kerana rumah sewa beliau terlalu panas, tiada air-cond sedangkan selain bagi meredakan kepanasan, dengan membuka tingkap ia adalah baik kepada sistem pengudaraan di dalam rumah sewa sempit itu.

  Sungguhpun remedi Aesculus tiada, cukuplah remedi yang diminta itu buat memilih penawar yang paling tepat dan spesifik. Inilah zaman internet, dalam keadaan terdesak kita oleh membuat searching atau pencarian.

  Tetapi hasil pencarian itu hanya akan berhasil jika pengamal itu berjinak-jinak dengan internet. Sama ada dengan menggunakan blogspot, laman web atau facebook, insya Allah ianya berkesan dan membantu.

  Konsultan berbual panjang dengan Haris kerana selepas 15 minit, beliau merasa teramat lega. Itulah homeopati. Sekiranya tepat penawar yang diberi atau seraksi dengan simptom penyakit/pesakit, kesannya pasti positif.

  Dengan beransur lega simptom tubuh yang sakit dan menyukarkan bergerak itu, maka harapan sembuh bersinar terang. Sdr Haris meninggalkan konsultan tanpa sebarang bayaran diminta. Waktu itu sudah hampir jam 11.00 malam.

  "Syukur Alhamdulillah. Thank you. Terima kasih banyak sahabat dan muridku Harith", detik hati konsultan.

  Di sini janganlah kita konfuse, catatan kami hanya menyatakan keberjayaan homeopati menyembuh simptom-simptm denggi, bukan spesifik penyakit denggi.

  Ini adalah justeru homeopati merawat berdasarkan simptom keseluruhan pesakit bukan identifikasi penyakit dan penawar.

.  Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

rith. 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015