Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Ketua Pengarah MARA, Dr Hatta Di Majlis Apresiasi Perkhidmatan MARA(10/12/15)

 Hari ini merupakan satu lagi hari bersejarah buat Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD, konsultan laman drhatta.com. Di kalangan sesetengah teman sekerja di dalam MARA, beliau kerap dipanggil dengan gelaran Dr Hatta.

  Ramai tetamu daripada luar MARA yang datang berurusan dengan beliau terpanggil untuk memanggil Dr Hatta juga, meskipun beliau memberi penjelasan bahawa selalunya rakan-rakannya memanggilnya begitu hanyalah kerana sedikit ilmu yang dimilikinya dalam perubatan homeopati.

  Demikian jugalah yang dinyatakan oleh En Abd Walid, rakan beliau yang juga Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan. Kata beliau, apa salahnya dengan panggilan itu, kerana kamu mempunyai kepakaran dalam bidang itu, boleh merawat orang.

  Justeru, sepanjang beliau bertugas di BPU, beliau kerap diidentifikasikan sebagai Dr Hatta. Dan sebagaimana penghormatan buat Dr Hatta sebagai pengamal homeopati, rakannya En Walid juga dihormati sebagai seorang kaunselor bertauliah. 

MAJLIS APRESIASI PERKHIDMATAN MARA

  Majlis Apresiasi Perkhidmatan pada 9hb Disember 2015 diadakan oleh Datuk Ketua Pengarah MARA bersama-sama dengan kehadiran Ahli Pengurusan MARA untuk meraikan anggota MARA yang bersara pada bulan November dan Disember 2015.

  Majlis berkenaan dimulakan dengan ucapan oleh Datuk Ibrahim bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA. Selain perkembangan dalam pentadbiran dan pengurusan MARA, Datuk Ketua Pengarah juga telah meminta supaya perkhidmatan kaunseling kaunselor-kaunselor MARA dikembangkan kepada warga MARA yang telah bersara.

  Menurut Ketua Pengarah MARA, meskipun mereka ini sudah bersara, mereka tetap membawa nama MARA apabila mereka menjadi ahli Persatuan Pesara MARA.

  Selesai ucapan Datuk Ketua Pengarah, selepas bacaan doa selamat, setiap pesara dijemput untuk menyampaikan ucapan terakhir mereka sebelum bersara.

  Ramai pesara yang menyampaikan ucapan terima kasih kepada MARA atas penghargaan, penyediaan kemudahan dan keprihatinan yang diberikan oleh MARA kepada anggota kerja MARA. Sebahagiannya juga berterima kasih kerana anak-anak merekapun sempat mendapat penajaan daripada MARA.

. Jika ramai pesara menyatakan perancangan biasa mereka menikmati persaraan, tetapi sdr Mohamed Hatta HMD turut memaklumkan bahawa sebaik sahaja lepas bersara, beliau telah merancang untuk membuka sebuah farmasi homeopati di Kota Bharu, iaitu mulai bulan Januari 2016. Di samping itu, katanya beliau juga akan menyediakan perkhidmatan homeopati online.

 Bagi sebahagian besar ahli pengurusan, mereka baru sedar bahawa rupa-rupanya orang yang digelar oleh sebahagian rakannya sebagai Dr Hatta sebenarnya adalah seorang pengamal perubatan homeopati.

  Dengan penerangan ringkas Dr Hatta itu, beberapa orang bakal dan pesara bertanya pelbagai perkara berkaitan homeopati dan perancangan beiau ketika majlis  jamuan petang selepas tamat program..

MAJLIS PENYAMPAIAN CENDERAHATI DAN SERAHAN BUKU HOMEOPATI DRHATTA

  Sebaik sahaja selesai ucapan oleh semua pesara dan bakal pesara MARA, Datuk Ketua Pengarah MARA dijemput untuk menyampaikan cenderahati kepada semua anggota kerja atau kakitangan MARA.

  Dr Hatta adalah penerima cenderahati yang terakhir sekali. Ini dirancang oleh Bahagian Sumber Manusia MARA sendiri bagi tujuan menyempurnakan hasrat beliau untuk menyampaikan sumbangan buku-buku homeopati Dr Hatta kepada Perpustakaan MARA melalui Datuk Ibrahim bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA..

  Apabila tiba giliran Dr Hatta menerima cenderahati, acara terus disambung dengan penyampaian balas sumbangan daripada Dr Hatta kepada MARA. Hadirin dan Datuk Ketua Pengarah agak terkejut juga apabila beliau menerima sejumlah sebelas buah buku-buku homeopati hasil tulisan Dr Hatta.

  Dr Hatta memaklumkan kepada Datuk Ketua Pengarah bahawa buku warna hijau yang bertajuk "Materia Medika Terapeutik Teew" itu merupakan buku tulisan beliau yang terbaru. Cetakan 2015.

  Datuk Ketua Pengarah MARA  juga memberitahu dia tidak pernah membaca buku-buku berkaitan homeopati dan beliau juga tidak tahu bahawa Dr Hatta juga sebenarnnya adalah seorang penulis buku homeopati.

MARA ADA PANEL PUSAT RAWATAN HOMEOPATI

  Sungguhpun tidak banyak yang MARA tahu mengenai stafnya yang mempunyai kelulusan atau ilmu amalan perubatan homeopati tetapi barisan pengurusan MARA memang maklum bahawa agak ramai staf atau anggota kerjanya yang membuat rawatan homeopati atau mengambil ubat-ubat homeopati.

  Justeru, beberapa tahun yang lalu ahli pengurusan MARA telah bersetuju untuk melantik beberapa pusat rawatan homeopati sebagai panel MARA. Antara pusat-pusat homeopati yang telah menjadi panel MARA itu termasuklah Pusat Perubatan Homeopathy Zuhairni di Kg. Baru dan Pusat Homeopathy Hassan di Bangi.

PAKAR DALAM DUA BIDANG DAN CEMERLANG DALAM KEDUA KERJAYA

  Menurut sdr Mohamed Hatta HMD atau Dr Hatta, "Saya sengaja tidak memaklumkan kepada kedua-dua pihak berkaitan dua kehidupan yang saya lalui melainkan oang-orang yang rapat dengan saya sahaja. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan prasangka. Masih ramai ahli masyarakat kita tidak boleh menerima hakikat multi-tasking dalam membuat kerja yang mana kedua-duanya boleh dibuat dengan baik."

  Di dalam bidang pendidikan (sebelum beliau menyertai Bah Pembangunan Usahawan), beliau berkhidmat dengan cukup cemerlang dalam aktiviti pengajaran dan pengurusan. Beliau berjaya membawa sebuah MRSM di Melaka ke arah kecemerlangan dalam PMR selama tiga tahun berturut-turut. Beliau juga adalah penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak dua kali, di samping lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dengan tiket cemerlang sebanyak dua kali juga.

  Sambung beliau lagi, "Oleh kerana saya telah berpuas hati dengan apa yang saya sumbangkan kepada majikan saya, meskipun saya tidak sempat mencukupkan 30 tahun bekerja dengan MARA, itu tidak menjadi masalah. Saya telah berusaha melakukan yang terbaik dalam kerjaya ini."

  "Tidak perlulah sesiapa berkecil hati sekarang kerana saya sudah melakukan usaha mengikut kemampuan saya tanpa dijejaskan oleh pekerjaan kedua yang merupakan minat saya."

  Demikian juga dalam bidang homeopati, beliau berjaya meletakkan nama sebagai pengamal paling proliifik dengan menulis sebanyak 10 buah buku dalam tempoh 17 tahun. Ini merupakan rekod yang tiada pengamal lain pernah melakukannya. Beliau juga membantu menjadi penulis sambilan untuk homeolibrrary.com dan drhatta.com.

  Dalam bidang ini hanya mereka yang terlibat dalam homeopati dan pelanggan HBI yang mengenali beliau - sementara mereka ini pula tidak mengetahui bahawa pada masa sama beliau mempunyai komitmen lain dengan organisasi MARA. Di dalam mana-mana seminar homeopati, beliau tidak pernah mengaitkan dirinya dengan MARA bagi tujuan untuk mencapai sebarang kepentingan."

  Kata Dr Hatta, "Hanya dalam satu buku kecil saya menggabungkan pengetahuan saya dalam kedua bidang untuk memberikan impak yang berbeza. Buku itu ialah "Tip-Tip Motivasi dan Minda. Berkaitan pembicaraan mengenai minda, saya telah memasukkan elemen sumbangan atau perspektif homeopati berhubung bagaimana untk memajukan minda kita."

  Dr Hatta juga menambah, "Dalam karya sasterapun, ramai kakitangan kerajaan yang bergiat aktif. Begitu jua dalam sukan, drama dan lakonan. Saya percaya jika mereka boleh cemerlang dalam kedua-dua bidang, apa salahnya organisasi memberikan galakan".

  Dengan pendedahan ini, dan dengan persaraan ini, beliau mengharapkan semua kerja yang dipisah dua sebelum ini, boleh cantumkan semula dan menjadi sebahagian daripada latar belakang biografi Dr Hatta.

DI MANA PANGGILAN DR HATTA BERMULA?

  Menurut Mohamed Hatta HMD, beliau tidak pernah meminta sesiapa memanggilnya Dr Hatta. Tetapi apabila klien HBI telefon maka mereka akan memanggilnya doktor. Di kalangan kawan-kawan, apabila mereka tahu beliau mengamal homeopati, mereka mulai memanggilnya doktor.

  Katanya, beliau tidak mempunyai kad peribadi selain kad MARA. Di dalam kad MARA tidakpun ditulis perkataan "Dr." Bahkan menurut beliau, beliau sendiri tidak pernah menulis title Dr pun di depan namanya sebagai penulis buku homeopati.

  Jelas beliau lagi, "Beberapa kali usahawan atau pemilik pusat rawatan alternatif datang berkunjung ke Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) MARA untuk urusan bisnes. Sebahagiannya mengenal beliau walaupun beliau tidak kenal mereka. Mereka akan segera bertanya "Ini Dr Hatta ke?"  dan kemudian terus memanggilnya "Dr Hatta" dan kemudian mengajaknya bergambar bersama".

  "Salahkah itu?" tanya orang yang popular dengan gelaran Dr Hatta itu.

APAKAH ADA ORANG KELIRU DENGAN DR HATTA RAMLI?

  Betulkah ada orang keliru nama beliau dengan Dr Hatta Ramli?

  Dr Hatta menerangkan, "Kebanyakannya mengenali beliau sebagai pengamal homeopati. Mereka tidak keliru. Tetapi mereka mungkin memanggil title itu kerana mereka menghormatinya".

  Tetapi beliau ada juga menyatakan bahawa, selepas pilihanraya suatu waktu dahulu memang ada seorang pemanggil telefon yang keliru. Orang itu menelefon dan kemudian mengatakan, "Tahniah Dr Hatta kerana menang pilihanraya. Tapi oleh kerana Dr sudah menang, boleh tak Dr berikan kursus homeopati percuma?"

  Orang yang satu ini memang keliru. Yang lain "saya fikir tak pernah keliru. Mereka memang mengenali saya".

  Selain itu, tentulah juga ramai yang mengenali beliau dengan panggilan Dr Hatta kerana beliau banyak membantu klien HBI melalui konsultasi homeopati online. Demikian juga, Dr Hatta dikenali sebagai perumus formula Acive IQ, Hi-fos dan Homeo-ABC yang dipasarkan secara farmasi oleh HBI.

PENJELASAN SHAMSUDDIN KADIR

  Konsultan HBI yang tidak pernah meminta sesiapa memanggilnya doktor menceritakan:

  "Dahulu saya pernah menjemput En. Shamsuddin Kadir, seorang penulis buku kewangan, untuk satu undangan ceramah di Kolej MARA Banting. Beliau ada mendengar sahabatnya memanggil saya "Dr", lalu Shamsuddin Kadirpun memanggilnya Dr juga".

  "Saya cuba memberi penjelasan bahawa certificate homeopati saya dari luar negara memang mencatat Doctorate in Homoeopathic Medicine, tetapi pengamal homeopati di Malaysa tidak diizinkan memakai gelaran doktor"'.

  Kami bertanya apakah respons Shamsuddin Kadir selepas itu?

  Dr Hatta menjelaskan, "Beliau berkata saya panggil "Dr" itu sebagai menghormati kepakaran atau certificate yang tuan peroleh. Kita seharusnya memanggil seseorang dengan title yang bersesuaian atau dihormati".

  Demikian pandangan Shamsuddin Abdul Kadir, penulis buku "Makan Gaji Tetapi Kaya" dan beberapa buku lain.

SAMBUTAN KAKITANGAN BPU

  Menurut beliau, kakitangan BPU semuanya rapat dengan beliau. Mereka juga merasa sedikit kehilangan justeru akhir-akhir ini ramai yang mulai mengenali beliau dan selalu meminta pandangan beliau mengenai kesihatan dan kaedah rawatan homeopati.

  Semua nampak ceria apabila Dr Hatta yang mereka kenali memaklumkan bahawa ada waktu-waktu beliau turun ke Kuala Lumpur nanti, insyaAllah beliau akan singgah.

APAKAH DR HATTA AKAN MENULIIS LAGI?

  Untuk pertanyaan itu, beliau mengatakan "sudah pasti saya akan terus menulis". Tetapi beliau sendiri memberitahu bahawa beliau akan mendaftar syarikat beliau sendiri mulai pada 2hb Januari 2016 nanti.

  Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015