Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Produk Homeopati Atas Jenama HBI atau drhatta.com (30/12/15)

 Mulai tahun 2016, semua produk homeopati keluaran HBI akan dipromo menerusi laman web dan fliers atas dua brand utama, iaitu HBI dan juga drhatta.

  Pihak kami mengambil keputusan menggunakan foto Dr Hatta untuk memberi brand imej produk homeopati secara keseluruhan sebagaimana foto Dr Azizan Ismail bagi semua produk homeopati keluaran EraEdar.

  Jika EraEdar menghasilkan produk untuk pasaran umum melalui kaedah MLM, kami hanya menghasilkan produk untuk kegunaan farmasi di mana khidmat nasihat penggunaan ubat homeopati akan dikendalikan secara online atau menerusi mana-mana outlet yang akan dibuka dalam sedikit masa lagi.

TOKOH HOMEOPATI POPULAR MALAYSIA

  Dalam carian maya, terdapat beberapa tokoh popular dalam perubatan homeopati di Malaysia. Antaranya ialah Dr Nik Omar (arwah), Dr Azizan Ismail (arwah), Dr Zuhairni dan beberapa lagi yang jarang-jarang timbul dalam carian google.

  Selain itu, mungkin juga Presiden Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM), presiden-presiden persatuan perubatan homeopati yang lain di Malaysia serta beberapa tokoh yang banyak menyumbang kepada perkembangan pembangunan homeopati di Malaysia, termasuk Dr Suriyakhatun Osman.

  Tokoh-tokoh homeopati ini termasuklah Dr Hatta kerana popularitinya dalam penulisan dan perkongsian ilmu perubatan homeopati serta pandangan-pandangan beliau menerusi maya.

  Ini bukanlah penilaian yang tepat dan menyeluruh, tetapi adalah semata-mata dilihat daripada berapa banyak nama-nama tokoh-tokoh ini timbul dalam carian enjin pencari.

DRHATTA DAN HOMEOPATI

  Bagi HBI Health & Homeopathy Centre , Dr Hatta memiliki brand tersendiri. Brand DrHatta adalah hampir sama seperti Dr Azizan melalui penciptaan Examo dan lain-lain produk homeopati EraEdar ataupun Dr Hatta Ramli dengan brand PAS dan isu-isu kontroversi.

  Kami kaitkan juga di sini dengan Dr Hatta Ramli kerana carian google untuk nama Dr Hatta, walaupun ianya bermaksud untuk mendapatkan maklumat Dr Hatta bidang homeopati, tetapi senarai Dr Hatta Ramli dan isu-isu beliau dengan PAS tetap berada di muka surat pertama carian enjin pencari.

  Mengapa drhatta? Saban waktu dan tiap kali seseorang yang terlibat dalam amalan perubatan homeopati, peminat ataupun pengguna produk HBI, mereka pasti akan mengenali Dr Hatta homeopati. Ini berlaku, kerana sehingga ke hari ini belum ada pengamal homeopati di Malaysia menghasilkan sejumlah buku-buku homeopati sebanyak beliau. Kerana itu juga kita akan promosikan beliau sebagai "The Most Prolific Homeopath in Malaysia".

  Justeru, tidak hairanlah sesiapa yang pernah berjumpa beliau akan segera mengenali dan menegur beliau, termasuk agen-agen dan pengamal homeopati Sistem EraEdar.

  Sumbangan dan idea pengkaryaan homeopati Dr Hatta sangat luas sehingga boleh masuk ke dalam beberapa kategori penulisan seperti perkamusan istilah perubatan homeopati, pengenalan sistem perubatan homeopati, simptom-simptom penyakit, rawatan first-aid, materia medika, dan lain-lain kategori.

  Bahkan usaha beliau mengkhazanahkan tulisan-tulisan tokoh homeopati terdahulu juga memberikan impak yang positif.

  Perkongsian ilmu dan pengetahuan homeopati beliau turut juga meliputi hasil terjemahan dan olah-semula artikel/karya asal seperti yang boleh disaksikan melalui laman www.homeolibrary.com dan www.drhatta.com

BRAND DRHATTA

  Brand drhatta bukanlah brand baru dalam perubatan homeopati. Seperti yang pernah kami maklumkan terdahulu bahawa ketika beliau baru saja selesai menulis tiga buah buku dahulupun sudah ada syarikat/kilang yang mengambil beliau sebagai penasihat atau konsultan homeopati, lebih khusus lagi mereka bertujuan mengguna nama drhatta "Mohamed Hatta Abu Bakar,HMD". Ini boleh dibaca dalam artikel "Bermula Iklan Harakah Jadi Pilihan", http://www.drhatta.com/New2015/DIS15/IklanHarakah.htm.

  Di kalangan peminat homeopati di Malaysia, pemilihan tulisan beliau dalam "homeopathe international" juga memberi suatu pembeza di antara pengamal biasa dan luar biasa. Tulisan beliau yang dimasukkan ke dalam web antarabangsa peranchis itu telah memberi impak yang besar kepada talian informasi mengenai ilmu perubatan homeopati dalam bahasa Melayu serantau atau pilihan bahasa dunia. Contoh: http://homeoint.org/articles/malay/malaysia.htm http://www.homeoint.org/articles/malay/diagnosis.htm, dll yang boleh dicari menerusi carian enjin pencari.

  Brand drhatta merupakan brand keluaran bermutu dan mempunyai nilai ilmu. Iaitu ilmu yang dicari-cari dalam mendalami perubatan homeopati. Majoriti peminat yang membeli dan membaca buku-buku beliau merasakan sesuatu ilmu baru diperoleh daripada setiap keluaran.

  Sesetengah penulis mungkin gemar mengulang apa yang sudah pernah disuarakan. Mohamed Hatta HMD bukan saja mengulang, tetapi menambah bahan/informasi lain, bentuk lain, aaupun membuka dimensi lain dalam pengetahuan homeopati.

  Apa beza antara buku "Penyakit Kanak-Kanak dan Rawatan Homeopati" dengan buku "Rawatan Asas Homeopati"? Apa beza antara "Penawar Homeopati Pilihan" dengan "Perubatan Homoeopati"? Apa beza "Kamus Istilah Perubatan Homeopati" dengan "Falsafah Perubatan Homeopati"? Apa beza buku "Simptom-simptom Penyakit" dengan buku "Materia Medika Terapeutik"?.

  Semuanya berbeza kan? Itu menunjukkan kualiti dan persembahan yang bermutu dan sentiasa baru dalam pengkaryaan buku-buku homeopati yang dilakukan oleh Dr Hatta. Sungguhpun ada terbitan daripada penulis atau pengamal, ianya tidak sama dan saluran penerbitan buku-buku homeopati syarikat/individu berkenaan terencat hanya untuk sebuah atau dua buah buku homeopati sahaja.

IMPAK BRAND DRHATTA.

  Sekalipun kami tidak pernah formalkan brand drhatta, tetapi nama itu cukup untuk memberikan cerminan keyakinan kepada pengguna terhadap produk-produk keluaran HBI.

  Siapakah yang ingin mengambil atau membeli produk homeopat HBI seperti Active IQ dan Homeo-ABC untuk diedar jika tidak ada pengenalan siapa perumus formula? Siapa sanggup meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap iklan fliers jika di dalam fliers tersebut tiada nama "Mohamed HattaAbu Baar, HMD.

  Dr Hatta sudah lama di alam virtual. Dr Hatta homeopati sinonim dengan penguasaan ilmu dan penyebaran homeopati menerusi internet. Dr Hatta adalah satu nama yang mempunyai cetakan nama tersendiri dalam arena perjuangan penyebaran ilmu perubatan homeopati.

  Tanpa menafikan sumbangan-sumbangan ramai lagi pihak lain, khususnya mereka yang berada di dalam majlis atau persatuan homeopati, namun dalam isu homeopati di internet atau informasi homeopati online, brand drhatta tidak dapat dipisahkan.

RUMSAN ISU BRAND DRHATTA

  Dr Hatta adalah pengamal dan brand sekaligus. Brand DrHatta bukan brand dr hatta ramli. Brand Dr Hatta juga adalah simbol keberkesanan Active IQ dan Homeo-ABC serta jenama produk homeopati lain keluaran HBI.

  Kami buat posting ini sebelum kita menaikkan lagi ranking drhatta.com yang ketingglan jauh berbanding homeolibrary.com. Pencapaian homeolibrary.com tiada tandingan daripada mana-mana web homeopati di Malaysia sehingga ke waktu ini.

  Bahkan kehadiran homeolibrary.com itupun sebenanya cerminan brand Dr Hatta. Kejayaan "Homeopathy Librrary" atau www.homeolibrary.com  berada di ranking teratas di antara web homeopati di Malaysia adalah brand image kepada Dr Hatta. Ia memperkemaskan keduduan Dr Hatta sebagai brand untuk kejayaan produk homeopati online HBI.

 Salam daripada kami dan Selamat Menyambut Tahun 2016.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015