Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Penjelasan Dr Hatta: Siapakah Konsultan drhatta.com Yang Menjadi Ikon Homeopati (12/12/15)

 Dalam beberapa siri Jelajah Varsiti anjuran Tabung Haji dengan kerjasama Berita Harian, kerapkali Dr Hatta memberitahu audiens pelajar bahawa ada tiga sahaja nama Dr Hatta yang popular dalam carian google di internet.

  Beliau selalunya merujuk kepada Dr Hatta Ramli dan Dr Hatta Shahrom, selain daripada dirinya. Tetapi yang dirujuk sebagai konsultan homeopati dalam laman drhatta.com ialah beliau sendiri.

  Di tiga daripada sepuluh lokasi, apabila Dr Hatta yang menjadi salah seorang penceramah Jelajah Varsiti ini bertanya kepada pelajar, pelajar menyahut nama Hatta Azad Khan.

   Nampaknya penjelasan Dr Hatta tidak tepat kerana ada lagi seorang Dr Hatta yang popular. Jadi sebenarnya ada empat Dr Hatta dalam carian google atau yahoo.

SIAPAKAH EMPAT ORANG DR HATTA?

  Kesemua nama dalam carian google itu rupanya adalah insan penting yang popular dalam masyarakat. Tetapi popularnya masing-masing itu adalah dalam dimensi atau ruang lingkup yang berbeza.

  Dr Hatta Azad Khan merupakan seorang sasterawan, pensyarah dan pengarah terkenal, khususnya sitkom drama Pi Mai Tang Tu. Beliau juga merupakan penulis drama yang sudah lama dikenali, sejak tahun 70an lagi.

  Dr Hatta Ramli pula terkenal sebagai seorang ahli politik yang lama bergiat dalam parti politik PAS dan merupakan ahli parlimen Kuala Krai, Kelantan. Berita beliau sangat banyak di dalam harakah daily, malaysianinsider, astro awani dan lain-lain laman khususnya berkaitan isu bai'ah kerana menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

   Jika Dr Mohd Hatta Ramli adalah seorang doktor perubatan, maka Dr Mohd Hatta Shahrom pula ialah seorang doktor dan pakar psikiatri yang juga Ketua Jabatan di Jabatan Psikiatri, UKM.

  Tetapi konsultan di belakang laman web HBI Health & Homoeopathy Centre, drhatta.com ialah Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. Beliau melibatkan diri di dalam homeopati sejak tahun 1991 ketika menjadi pelajar kepada Dr. teew Lian Eng di Akademi Homeopathy Terengganu.

KEKELIRUAN NAMA DR HATTA

  Umumnya tiada kekeliruan yang besar berkaitan nama Dr Hatta konsultan homeopati HBI. Tetapi pernah sekali atau dua kali, beliau dikelirukan dengan nama Dr. Hatta Ramli. Kekeliruan ini berpunca daripada sebab Dr Hatta Ramli begitu popular dalam PAS dan pernah memenangi pilihanraya di Kelantan.

   Kekeliruan itu memang munasabah kerana konsultan HBI yang selalu dipanggil oleh klien sebagai Dr Hatta juga berasal daripada Kelantan. Kadang-kadang klien yang menelefon beliau berkaitan homeopati tidak menyiasat terlebih dahulu berkaitan dua individu yang berbeza kepakaran ini.

  Justeru, keadaan itu terpaksa dijernihkan oleh Dr Hatta selaku konsultan HBI supaya tidak timbul kekeliruan di kemudian hari.

DR HATTA IKON HOMEOPATI

  Di laman maya, Dr Hatta boleh dianggap sebagai ikon homeopati kontemporari di Malaysia. Bukan sebab beliau lebih baik atau lebih pakar daripada orang lain, tetapi ini berlaku kerana beliau adalah tokoh yang paling banyak menulis dan membuat perkongsian ilmu dengan  masyarakat dan orang ramai.

  Beliau sendiri mengakui bahawa di dalam persatuan dan dalam seminar-seminar homeopati, sangat ramai yang berkebolehan dan berpengalaman. Malangnya banyak ilmu yang dimiliki itu hanya dikongsi di dalam komuniti homeopati. Mereka jarang bercakap mengenai ilmu perubatan homeopati dengan orang awam.

  "Orang awam dahagakan maklumat dan informasi. Jika tiada maklumat yang disampaikan, bagaimanakah mereka hendak mengenali homeopati dan mengenali pemimpin homeopati di Malaysia," terang Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD yang selalunya enggan ditulis dengan gelaran Dr (H).

DULU MASYARAKAT KENAL DR NIK OMAR

  Orang ramai amat mengenali Dr. Buhanuddin. Mereka juga mengenali arwah Dr. Nik Omar. Ini berlaku kerana Dr. Nik Omar selalu updatekan aktivitinya untuk laporan media. Walaupun tulisan dalam akhbar itu nampak seperti usaha iklan atau menonjolkan diri dan sistem perubatan homeopati, tetapi kaedah itu perlu dibuat demi membawa jenama homeopati ke media dan di tengah masyarakat.

  Sekarang setelah Dr. Nik Omar tiada lagi, nampaknya aktivti yang biasa dijalankan oleh Dr. Nik tidak lagi diteruskan. Persatuan Pengamal Perubatan Homeopathy Berdaftar Malaysia yang dipopularkan oleh beliau juga semakin menyepi. Melainkan carian google yang masih lagi boleh menjejaki laman web yang diusahakan oleh beliau atau pengikutnya sewaktu hidup beliau.

MASYARAKAT JUGA KENAL DR AZIZAN HJ ISMAIL

  Masyarakat juga kenal Dr Azizan Hj ismail. Ini terjadi kerana fenomena produk-produk yang diihasilkan oleh beliau melalui Sistem Era Edar Sdn Bhd. Beliau disebut sebagai pengamal homeopati pertama yang membina kilang bagi menghasilkan ubat-ubat homeopati.

  Dr Azizan juga boleh dianggap sebagai suatu legasi bagi masyarakat Malaysia kerana beliau gemar menulis dan memberikan motivasi kepada pengikut-pengikut dan pengedar-pengedar serta penuntut Kolej Homeopati Darul Aman.

  Pemergian Dr. Azizan Hj Ismail adalah satu kehilangan bukan sahaja bagi keluarga dan syarikat yang beliau asaskan, tetapi juga turut dirasakan oleh arus perdana masyarakat Malaysia.

SEJAUH MANA DRHATTA.COM AKAN BERTAHAN

  Laman dhatta.com sangat bergantung kepada tulisan dan buah fikiran Dr Hatta sendiri. Demikian juga dengan laman homeolibrary.com. Beliau juga membawa sesuatu yang akan hilang jika beliau tiada bersama HBI.

  Apabila beliau menyebutkan akan mendaftar syarikat baru atas nama beliau sendiri, keadaan itu boleh mengundang pelbagai kemungkinan. 

  Bagi kami, beliau harus meneruskan agenda mempromosi homeopati ke seluruh masyarakat Malaysia dan harus berada di belakang atau di hadapan laman drhatta.com yang dilayarkan khusus atas nama beliau.

  Apabila kami bertanya, beliau hanya menjelaskan bahawa beliau akan terus menulis dan ada beberapa buah buku lagi yang belum siap sepenuhnya.

  Dr Hatta atau Mohamed Hatta Abu Bakar HMD adalah ikon kepada dua web utama HBI. Kami berharap beliau dapat meluangkan masa sepenuhnya bersama kami di meja HBI. Lagipun beliau boleh memberikan sepenuh tumpuan kepada amalan perubatan homeopati mulai Januari 2016.

  Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin online HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015