Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Dr Hatta : Perutusan Dari Mekah" (26/12/15)

 Hari ini kami menerima satu perutusan daripada Dr Hatta konsultan homeopati online HBI untuk di siarkan di laman ini sebelum beliau pulang dari Makkah  ke Malaysia.

  Antara kandungan penting yang dinyatakan ialah:

  "Ada waktu kita lupa untuk menjangka kemungkinan apa yang berlaku kerana kekurangan pengalaman.

  Saya selalu beranggapan Influenzinum, Arsenicum, Cocculus, dan beberapa penawar berhubungan dengan first aid mencukupi untuk tempoh mengerjakan umrah. Ramai juga yang telah mendapat manfaat hasil daripada bekalan penawar homeopati yang saya sediakan itu.

  Tetapi pengalaman mengerjakan umrah sendiri kali ini cukup bermakna. Apabila tiba-tiba selesai umrah yang wajib saya kerjakan, saya ditimpa kepenatan yang melampau. Beberapa remedi yang saya usahakan seperti Arnica 1M, Elasto, Ferrum dan lain-lain remedi banyak membantu tetapi tidak mencukupi.

  Pada hari ke empat seorang doktor perubatan bangsa Fatani dari Hospital berhampiran telah datang dan memberi injection untuk saya dan rakan sebilik. Katanya, kebanyakan gejala pesakit adalah sama, dengan batuk-batuk, pengeluaran kahak kental (kuning, hijau atau mungkin berdarah), walaupun sembuh dengan ambil ubat-ubat tetapi penyakit demam dan kesejukan datang kembali.

  Di sini, saya melihat kita kurang memberi perhatian kepada penawar Dulcamara yang amat cocok bagi menghadapi masalah kesihatan akibat perubahan cuaca. Penawar Dulcamara dan Rhodo boleh jadi antara penawar yang harus masuk ke dalam senarai first aid untuk ke tanah suci.

  Ubat biasa seperti citirizine dan clarinase juga tidak begitu berkesan dalam menghakis kahak yang tebal. Saya terlupa membawa Kali sulph, Natrum sulph dan mungkin Natrum phos bagi tujuan itu.

  Saya dapati kahak saya cepat hilang bersama darah yang hadir pada hari ketiga apabila saya mengguna Phosphorus 30. Saya bernasib baik kerana ada bekalan Phos 30.

  Jadi, kali ini saya akan sarankan kepada para sahabat yang akan berumrah atau berhaji ke tanah suci tidak lupa untuk melengkapkan penawar tambahan yang disebutkan tadi.

   Simptom flu, selsema atau demam akibat perubahan cuaca menunjukkan anda harus membawa bersama penawar Ducamara, Natrum mur, Natrum Sulph, Kali Sulph, Phosphorus, Ferrum phos.

  Gunakan ia apabila simptom bertepatan. Saya mendapati simptom yang dialami cepat bertukar apabila keadaan semakin teruk, khususnya bentuk kahak dan kekentalannya

  Juga, oleh kerana saya tidak membawa bekalan yang mencukupi dan juga kekadang sukar mendiagnos simptom, saya lihat Homeo-ABC sangat berguna sewaktu dalam perjalanan. Saya sendiri sentiasa mengambil Homeo-ABC baik ketika di Istanbul, Madinah dan di Makkah.

  Berbanding mengambil semata-mata Bellladonna atau Aconite, Homeo-ABC nampaknya lebih meluas liputan kegunaan dan keberkesanannya. Sedangkan untuk sakit batuk-batuk berkahak nampaknya tekak dan paru-paru kita mudah lega dengan pengambilan jus lemon. Satu rawatan alternatif yang cukup membantu, di samping membantu keberkesanan ABC.  Alhamdulillah, saya rasa bersyukur.

  Nanti, saya fikir wajary juga kita cari formula yang lebih baik lagi untuk mencegah ketidak-sihatan akibat perubahan atau pertukaran cuaca yang mendadak.

  Salam daripada saya, di Pondok Timaa El-Baraka Hotel, Makkah.

  Demikian sedikit catatan yang kami dapat kongsikan dengan anda bersama gambar-gambar yang Dr Hatta kirimkan. Kami mengharapkan Dr Hatta akan segera dapat bersama HBI mulai penghujung bulan Disember 2015..

Penulis rakaman lawatan ini: Admin online HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015