Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Homeotherapeutics: Pengendalian Kes Homeopati (01/12/15)

  Pada 29hb Nov 2015, saya sempat hadir kuliah CPD mengenai pengendalian kes di bawah tajuk "HomeoTherapeutics" yang disampaikan oleh Dr. Suriyakhatun Osman.

  Program itu berlangsung di Bilik Seminar Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM) di Dagang Business Center, Ampang. Ituah program pertama dan akhir yang saya sempat hadir untuk tahun 2015.

  Kehadiran ini kebetulan pula dengan tahun pelancaran buku keluaran kami untuk tahun 2015 yang bertajuk "Materia Medika Terapeutik Teew". Buku ini nampaknya cepat sekali laris diburu pembeli daripada kalangan pengamal dan peminat homeopati.

  Menarik dan seronok apabila dapat hadir dalam program sebegini ialah bukan saja ia membantu menambah pengetahuan sedia ada pengamal, tetapi kita juga dapat saling bertanya khabar dan bertukar cerita.

  Tapi kembali kepada tajuk kita tadi, apakah sebenarnya maksud "homeo-therapeutics" itu dalam amalan perubatan homeopati?

  Secara mudah pengertian "homeo-therapeutics" ialah satu kaedah atau tatacara usaha untuk mengembalikan atau menjaga kesihatan melalui preskripsian agen terapeutik (penawar) mengikut prinsip saintifik dalam amalan perubatan homeopati.

  Agen terapeutik yang dimaksudkan ini merujuk kepada semua ubat atau penawar yang telah dibuat mengikut spesifikasi farmakopia homeopati. Sebahagian daripada agen itu mungkin bersumberkan tumbuh-tumbuhan, mineral, haiwan atau lain-lain, tetapi kaedah mengilangnya haruslah seperti yang termaktub di dalam farmakopia.

  Apakah pula prinsip utama dalam amalan perubatan homeopati?

  Prinsip asas seperti yang digariskan oleh Dr. Samuel Hahnemann ialah "Similia Similibus Curentur". Prinsip yang ditemui dan dipopularkan Hahnemann ini bermaksud "Serupa dengan Yang Serupa Menyembuhkan" dan merupakan satu undang-undang fitrah di mana dalam amalan kita, kita namakan dia sebagai "Undang-undang Seraksi".

  Bagi kita semua para pengamal yang yakin dengannya, kami terima sebagai suatu prinsip yang mempunyai nilai saintifik, sekalipun ia ditolak oleh perubatan Barat yang mengamalkan prinsip alopati.

  Jika dalam perubatan Barat, apa saja tanda dan simptom yang keluar mereka berusaha mensupreskan supaya kelihatan sembuh pada mata kasar. Tetapi dalam amalan perubatan homeopati, simptom dan tanda-tanda itu adalah petunjuk kepada pemilihan penawar yang seraksi.

  Undang-undang "Law of Similars" menyatakan bahawa bahan yang boleh menghasilkan simptom-simptom tertentu apabila diambil oleh individu yang sihat, berkemungkinan besar boleh membantu menyembuhkan atau mengurangkan gangguan patologi yang serupa yang dialami pesakit.

  Bagaimanakah pengamal mendiagnos dan membuat preskripsi?

  Sekarang, mungkin kita mempunyai pelbagai kaedah diagnosis. Kebanyakan diagnosis yang menggunakan alat hanya mampu membuat jangkaan atau tafsiran kepada perubahan patologi, anatomi atau sistem tubuh.

  Dalam perubatan homeopati, diagnosis harus dilengkapkan lagi dengan konsultasi. Maksudnya, haruslah ada temu-bual dan tanya-jawab di antara pengamal dan pesakit. Maklumat langsung daripada pesakit dan juga kaum kerabatnya sangat penting bagi pengamal menilai keseluruhan simptom pesakit bagi tujuan menemukan penawar yang tepat.

  Jika ada pengamal yang tidak membuat konsultasi, maka beliau telah lari jauh daripada prinsip yang diasaskan oleh Dr. Samuel Hahnemann.

  Dalam persoalan preskripsi, sungguhpun pada asasnya satu penawar sahaja harus dberikan kepada pesakit, tetapi adalah ditidak bersalahan jika pengamal memberi penawar pelengkap bagi tujuan merangkumi keseluruhan simptom yang dikhabarkan pesakit, asalkan ianya tidak bertentangan antara satu penawar dengan yang lain.

  Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: drhatta.com konsultan HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015