Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Bermula Iklan Harakah Jadi Pilihan (08/12/15)

 Harakah mungkin bukan akhbar pilihan terbaik untuk sesiapa membuat iklan bagi memasarkan produk kepada pengguna. Harakahdaily pun belum tentu. Tetapi semuanya bermula daripada akhbar Harakah. Akhbar harakah yang diterbitkan sekali atau dua kali seminggu pada tahun 2001.

  Ini bukan gimik. Ini bukan lakonan. Ini cerita sebenar bagaimana .produk cergas minda Active IQ dan bagaimana drhatta.com bermula selepas homeolibrary.com dilancarkan ke laman virtual.

  Mungkin juga status akhbar harakah pada waktu itu popular sebaik selepas krisis politik sejak tahun 1998. Sebuah akhbar yang dilancarkan kemudiannya sebagai akhbar digital harakahdaily.net serta pernah menduduki 50 ranking tebaik Alexa.

  Sebelum produk Active IQ, telah ada produk satu produk minda yang dikeluarkan di bawah sebuah syarikat di Kota Bharu, Kelantan yang terkapai-kapai, sukar untuk memasarkan dan sukar untuk mendaftarkan produk homeopatinya. Produk itu diberi jenama Hi-Q.

  Ketika itulah konsultan homeopati HBI telah dipinta untuk membantu mendaftar dengan mengisi borang pendaftaran dengan cermat dan betul.

IKLAN PERTAMA DALAM HARAKAH

  Dalam proses pendaftaran itu, konsultan HBI ditunjukkan beberapa iklan yang pernah dibuat di dalam akhbar harakah. Sungguhpun produk jenama Hi-Q dan MB-ED itu diiklankan dalam harakah setiap keluaran dengan "Dikilangkan oleh kilang bertaraf GMP", namun sambutan masih sangat kurang.

  Lantas konsultan HBI juga diminta supaya membenarkan namanya disiarkan di dalam iklan memandangkan beliau sudah dikenali kerana sudah menulis sebanyak tiga buah buku homeopati ketika itu. Konsultan HBI, Mohamed Hatta HMD, melihat ada contoh iklan dalam harakah dan ada juga fliers yang berwarna merah.

  Akhirnya satu design dibuat dan ditunjukkan kepada beliau. Dengan semangat beria-ia permintaan pengarah urusannya, akhirnya konsultan HBI memberikan persetujuan untuk diiklankan namanya di dalam akhbar harakhh.

  Dalam waktu yang teramat singkat, iklan sudah bermula di dalam akhbar Harakah dengan nama baru di bawah "Kecemerlangan Minda Hi-Q" dengan begitu besar sekali. Waktu itu tidak banyak iklan daripada syarikat lain yang berani membuat iklan sebesar itu untuk setiap keluaran akhbar harakah. Maklumlah, bayaran iklan dalam akhbar harakah, walaupun terhad edaran pengguna, namun agak mahal bagi syarikat biasa.

 Jika pelayar sekalian perhatikan di dalam contoh iklan Harakah di bawah, nama konsultan HBI, Dr (H) Mohamed Hatta Abu Bakar juga yang digunakan untuk promo produk homeopati Hi-Q. Lengkap dengan ijazah pula promonya bagi memberi impak kepada pembaca harakah.

  Lalu sebagaimana yang dijangka pengurusnya, Hi-Q mendapat pasaran yang meletup-letup. Enam bulan nama konsultan HBI terpampang dalam akhbar Harakah dengan iklan sekurang-kurangnya separuh muka surat, bagi tujuan memberi impak dan menguasai pasaran.

   Selain iklan dalam akhbar Harakah, fliers yang berwarna merah juga dicetak dengan menggunakan format yang sama sebagaimana dalam akhbar harakah. Fliers itu diberikan percuma kepada setiap pengguna dan pengedar.

  Perkara itu dan usaha syarikat memasukkan nama beliau di dalam akhbar Harakah memang tidak sia-sia. Senarai pengedar di dalam iklan harakah semakin ramai dan pengedaran untuk stokis juga bertambah. Akhirnya baris senarai pengedar beserta no telefon di dalam akhbar harakah semakin banyak dan tulisan di dalamnya terpaksa dikecilkan.

  Pendeknya, telefon di pejabat yang papan tanda kedai sebesarnya ditulis Dr (H) Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD bertalu-talu berdering untuk bertanyakan tentang produk homeopati Hi-Q.

  Mohamed Hatta HMD kerapkali berada di ofis syarikat itu pada hujung minggu di bangunan MGU. Kadang-kadang beliau sendiri mengangkat telefon dan menjawab soalan pengguna dan pengedar dari jauh. Beliau dapat melihat sendiri bagaimana pasaran produk berkenaan berkembang ke setiap pelusuk kawasan di Malaysia, semenanjung dan Sabah dan Sarawak sebaik sahaja nama beliau diselitkan dengan besar di dalam iklan akhbar Harakah..

IKLAN DALAM HARAKAH SELAMA SETENGAH TAHUN

  Iklan nama konsultan di dalam akhbar Harakah itu hanya selama enam bulan. Setiap minggu iklan naik dan terpampang di dada harakah. Tetapi enam bulanpun terpampang di dada Harakah sudah cukup kuat bagi membuatkan produk itu meletup dalam pasaran, dan seterusnya menjana pendapatan syarikat.

. Jenama homeopati Hi-Q telah menakluk hampir keseluruhan pasaran di Malaysia dan menjadi pesaing kuat kepada Examo CKM-500 yang dipopularkan oleh Dr. Azizan hj Ismail. Ia berlangsung justeru nama Dr (H) Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD telah memberi impak kepada sekalian pengedar dan pembaca Harakah.

  Sebagaimana cepat Hi-Q meletup, begitulah juga ia menuju kejatuhan. Iklan  yang agresif di dalam akhbar Harakah itu memang memberikan impak yang kuat terhadap permintaan produk Hi-Q. Permintaan terhadap Hi-Q hanya tidak berkekalan lama kerana satu isu utama. Isunya ialah imej iklan dalam fliers dan akhbar harakah tercalar.

  Bagaimana imej iklan dalam akhbar Harakah tercalar? Ini berlaku apabila Mohamed Hatta Abu Bakar HMD tidak lagi berada bersama-sama membantu iklan syarikat itu. Beliau tidak lagi membenarkan namanya digunapakai sebegitu rupa sehingga orang luar memandang syarikat itu miliknya. Sedangkan pada hakikatnya tidak begitu. Ia milik orang lain. Ia milik pengilang yang menggunakan namanya sahaja.

  Sebaik sahaja nama beliau terkeluar daripada iklan akhbar Harakah enam bulan kemudiannya, permintaan terhadap Hi-Q semakin merosot. Sedikit demi sedikit kemerosotan berlaku.

  Tetapi sebaliknya syarikat itu yakin bahawa nama Dr (H) Mohamed Hatta Abu Bakar HMD tidak ada kaitan dengan kemajuan pasaran produk homeopati itu.  Sesiapa atau nama siapapun boleh diletak di dalam iklan akhbar Harakah sebagai ganti dan ia pasti memberi impak yang sama. Begitulah fikir si pengurus itu pada peringkat awalnyya

  Lantas Konsultan HBI dicabar mengeluarkan produk baru jika benar nama beliau begitu umphh atau amat diperlukan. Jika nama DrH Mohamed Hatta betul-betul gah dalam jenama homeopati, sila buktikan?.

  Lalu nama beliau digantikan dengan nama lain di dalam iklan Harakah. Iklan dalam akhbar Harakah tetap sebesar dulu. Ianya dipromo lebih hebat lagi, cuma nama Dr(H) Mohamed Hatta Abu Bakar sahaja tak ada dalam iklan Harakah. Jelas sekali, nama itu tidak umph dan tidak menjadi. Kemudian nama doktor lain pula dibawa masuk. Pun tidak menjadi.

  Demikianlah sejarah produk Hi-Q yang sempat naik untuk setahun dua sahaja justeru kehilangan imej produk di dalam iklan akhbar harakah dan fliers promo produk. Nama konsultan HBI dalam akhbar Harakah akhirnya menjadi sejarah. Enam bulan dalam sejarah.

BRAND IMEJ

  Syarikat yang tidak mempunyai pengetahuan yang cukup berkaitan homeopati itu akhirnya gagal menaikkan semula jenama Hi-Q. Syarikat itu lupa sebab-musabab mengapa dia ambil nama konsultan HBI untuk memajukan produknya dahulu melalui iklan dalam akhbar Harakah. Apabila pasarannya meningkat, sumbangan konsultan dilupakan dan dinafikan. Demikianlah kehidupan dalam sejarah.

  Ya tuan/puan. Sesiapapun boleh membuat iklan di dalam akhbar Harakah. Di dalam akhbar lainpun boleh. Tetapi sesuatu produk itu mestilah mempunyai imej. Imej produk homeopati berada bersama pengamal dan pemilik ilmu yang berwibawa. Menciplak nama orang lain tidak akan memberikan kesan yang sama. Walaupun iklannya dalam Harakah sama besar, ataupun mungkin lebih besar, ia tidak sekali-kali sama.

  Imej brand produk homeopati Hi-Q naik ketika nama Dr (H) Mohamed Hatta Abu Bakar HMD dikedepankan pada tahun 2001. Nama itu dan imejnya yang tertera di dada akhbar melekat dalam minda pengguna. Apabila nama itu digantikan dengan nama lain yang tidak dikenali dalam amalan perubatan homeopati, secara automatik, pasaran produk tersebut merudum.

  Kami bawa mesej ini hanya selepas konsultan HBI menunjukkan iklan harakah berkenaan yang disimpannya selama bertahun-tahun dalam fail peribadi beliau. Selama ini rupanya beliau melupakan semua itu dan terukir hanya di dalam simpanan memori sahaja. Tulisan ini sekadar membawa fakta sejarah, tidak bertujuan mengungkit atau memperkecil sesiapa.

  Mesej penting di sini ialah dalam apa-apa bisnespun, imej dan brand memainkan peranan utama dalam memikat pelanggan ataupun supaya diterima pelanggan.

  Konsultan HBI menyahut cabaran syarikat itu dengan merumus dua formula produk homeopati baru, iaitu cergas minda Active IQ dan Homeo-ABC. Tetapi Syarikat baru ini, iaitu HBI Health & Homoeopathy Centre bukanlah syarikat berduit. Modalnya kecil. Wang yang ada hanyalah untuk tujuan menerbitkan buku-buku homeopati.

  Justeru, iklan Active IQ dan Homeo-ABC dibuat secara kecilan sahaja. Kendatipun begitu, HBI masih menggunakan media iklan akhbar harakah. Tetapi sungguhpun iklan gambarnya di dalam harakah sangat kecil, ia berjaya juga membawa naik produk Active IQ sedikit demi sedikit.

  Peningkatan itu berlaku kerana banyak faktor. Produk Active IQ buat pertama kalinya pada tahun 2002 dibuat dalam bentuk tablet warna kuning. Satu warna yang anggun yang kemudiannya ramai pengamal lain turut menirunya. Tabletnya pula manis tidak seperti produk sebelumnya.

  Ia juga dipromosi dengan tiga remedi biokimia popular yang pernah digunakan oleh konsultan sewaktu berada di Banting dan sedikit studi dibuat berkaitan keberkesanan tiga remedi tersebut. Kebetulan ketiga-tiga remedi itu tepat dengan kajian Dr. Azizan Ismail juga.

IMEJ DR HATTA BRAND PRODUK HBI

  Memang tepat sekali bahawa jenama Active IQ dan Homeo-ABC naik justeru nama pengamalnya. Nama itu meningkat naik lagi apabila semakin banyak buku-buku Mohamed Hatta Abu Bakar HMD diterbitkan dan apabila nama beliau digunakan oleh HBI untuk mempromosi homeopati di mata masyarakat di Malaysia.

  Mohamed Hatta HMD bukanlah hebat sangat. Ramai lagi nama-nama lain dalam perubatan homeopati yang lebih hebat. Tetapi nama beliau begitu melekat dengan produk-produk keluaran HBI sehingga pasaran terhadap Active IQ dan Homeo-ABC berterusan bertambah.

  Tetapi benar juga kata orang, jika kurang pelaburan dibuat kuranglah hasilnya. Kemajuan produk HBI adalah perlahan kerana pihak kami masih belum membuat pelaburan yang mencukupi buat memasarkan produk secara agresif. Untuk tujuan itu, kewangan tentulah merupakan faktor utama.

IKLAN DALAM HARAKAH TETAP PENTING

  Kami di HBI juga mempunyai perspektif bahawa pemasaran adalah aspek penting dalam perniagaan. Mungkin kami masih kurang memberi fokus kerana fokus dan matlamat utama kami sehingga ke hari ini ialah mempromosikan sistem perubatan homeopati untuk dikenali oleh lebih ramai lagi masyarakat di Malaysia.

  Dengan penerbitan buku-buku homeopati dan artikel bermutu di laman-laman web, kami berharap semakin ramai rakyat Malaysia yang celik serta mempunyai pengetahuan umum atau asas berkaitan amalan perubatan homeopati.

  Isunya ialah bagaimanakah orang ramai boleh mengenali laman web kami jika tiada dibuat sebarang pengiklanan? Sama ada iklan di buat di dalam harakah atau di akhbar lain, sekurang-kurangnya harus ada juga iklan.

DARI HARAKAH KEPADA HARAKAHDAILY

  Justeru, kami meneruskan juga usaha pengiklanan tanpa mengira ruang akhbar yang diambil itu besar ataupun kecil. Tetapi oleh kerana dunia sudah berubah, selepas tahun 2006 kami lebih gemar membuat iklan secara banner online untuk harakahdaily berbanding dengan iklan melalui iklaneka akhbar harakah.

  Pada waktu kami mulakan itu, memang harakahdaily tengah top, dan ia memberikan impak yang positif untuk mempromosi homeopati.

  Apakah laman homeolibary.com dan drhatta.com tidak mencukupi? Jawapan kami, memang tidak mencukupi. Ini adalah sebab masyarakat yang mengguna internet bukannya mencari maklumat tentang homeopati di dalam google, yahoo, msn, bing atau apa saja enjin pencari.

  Justeru, jalan terbaik ialah meneruskan iklan. Lalu kami telah meminta pihak yang bertanggungjawab di harakahdaily.net mereka-bentuk iklan bagi pihak HBI. Iklan-iklan di dalam harakah daily ini banyak juga membantu menarik pelawat ke laman HBI. Ini dapat dilihat dengan jelas apabila laman drhatta.com naik dalam ranking Alexa.

  Tanpa iklan di dalam akhbar elektronik harakah itu, drhatta.com ketinggalan jauh berbanding homeolibrary.com. Homeolibrary.com memang tinggi rankingnya kerana di dalamnya mengandungi lebih banyak maklumat dan ilmu berkaitan homeopati, selain daripada terdapat artikel dan buku-buku dalam bahasa Inggeris yang dimuatnaik di dalamnya.

  Oleh kerana fokus laman drhatta.com ialah kepada masyarakat Malaysia dengan medium utama dalam bahasa Malaysia, rankingnya berada di belakang homeolibrary.com sudah boleh dijangka. Ia tetap memerlukan promosi dalam bentuk iklan, walaupun sekadar iklan dalam akhbar harakah ataupun harakahdaily.

IKLAN DALAM HARAKAHDAILY PUN MESTI ADA DR HATTA.

  Satu senario dan hakikat pahit yang terpaksa kami terima ialah tanpa nama drhatta.com, tidak ramai pengunjung yang klik banner dalam harakahdaily ke laman drhatta.com.

  Ini terbukti benar kerana setiap kali kami membuat banner iklan untuk produk sahaja tanpa nama drhatta.com dan no telefon, pelanggan yang membuat panggilan ternyata kurang daripada sepatutnya.

  Apabila kami minta pihak iklaneka harakah daily menukar iklan banner tersebut dengan design baru drhatta.com, barulah nampak perbezaan. Kami menulis ini bukan lakonan atau semata-mata bertujuan promosi, tetapi adalah justeru memang banyak produk di dunia ini melekat atau terikat kepada brand.

  Kita boleh buat dan masukkan berapa banyakpun testimoni, tetapi tanpa brand impaknya tidak akan seberapa. Brand semua produk kami ialah drhatta.com. Dan untuk menarik lebih ramai pelanggan, nama drhatta.com harus dimasukkan ke dalam banner harakahdaily.net.

APA KELEBIHAN LAMAN DRHATTA.COM.

  Kenapa drhatta.com? Ya, kenapa tidak dibuat ActiveIQ.com? 

  Memang ada sebabnya. Itu boleh diperhatikan kepada sejauh mana banyaknya maklumat dan informasi berkaitan homeopati dan rawatan alternatif terdapat di dalam drhatta.com. Dan yang banyak menulisnya ialah sdr Mohamed Hatta HMD sendiri.

  Lagipun, beliau merupakan penulis paling prolifik buat waktu ini dengan jumlah buku yang ditulis berkaitan homeopati sudah mencapai angka sebelas buah semuanya. Beliau juga bersedia untuk melayan setiap kali ada pelanggan hendak membuat konsultasi online.

APAKAH ADA IKLAN BANNER LAIN SELAIN HARAKAHDAILY.

  Selain iklan dalam harakhdaily, ada juga kami usahakan iklan di dalam KL-today.com, tetapi oleh kerana jumlah pelawat yang berjaya ditarik tidak begitu ramai, maka kami tamatkan iklan itu selepas tempoh dua tahun. Hanya iklan dalam harakahdaily yang kami teruskan.

  Justeru kami merancang untuk lebih agresif sedikit selepas ini dengan meneruskan iklan di laman harakahdaily.net dan sinar harian juga kalau boleh. Iklan di dalam akhbar harakah seperti iklan Hi-Q dahulu sudah tidak bersesuaian lagi kerana zaman mungkin sudah berubah.

  Harakah pun tidak relevan lagi tanpa harakahdaily.net. Hanya mungkin dalam keadaan perpecahan di dalam Parti Islam SeMalaysia hari ini, nampaknya jumlah pelayar masuk ke laman harakah daily sudah berkurangan dan ranking harakahdaily.net pun sudah jatuh di dalam Alexa ranking.

  Tetapi oleh kerana bermulanya bisnes justeru iklan di dalam harakah dan dicabar. Lalu kami mengesyurkan kepada beliau agar meneruskan saja iklan di dalam harakah atau harakahdaily dan buktikan bahawa nama konsultan HBI mempunyai imej yang tinggi.

  Salam daripada kami di HBI.

  [Brief: This is a story about how HBI Homeopathic consultant was used as though a brand name to promote a product by the name Hi-Q thru harakah newspaper. Harakah was a political newspaper which was popular for supporters of PAS, one of the main political parties in Malaysia. Harakah still in existence, but now have less audiences. But harakahdaily.net has been a good e-paper and has many viewers. Harakahdaily advertisers told us that it has a 100,000 hits per day, but harakahdaily ranking now has fallen from a one time ranking of 45 in Malaysia Alexa ranking. Since the practitioner has joined HBI, his name was used to promote all products thru harakah daily, esp. homeopathy books. - HBI admin.]

 

Penulis sesi ini: drhatta Konsultan online HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015