Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Dr Hatta Beri Penjelasan Tentang Active IQ (13/12/15)

 Dr Hatta muncul sekalai lagi dalam program Jelajah Varsiti anjuran Tabung Haji dengan kerjasama Berita Harian. Meskipun agak lewat, namun Dr Hatta tetap hadir.

  Ini merupakan program Jelajah Varsiti ke sepuluh dan terakhir. Ia berlangsung di Dewan Anuwar Mahmud, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pada 12 Disember 2015.

  Oleh kerana program bermula lewat, masa terlalu pendek untuk beliau memberi ceramah panjang seperti selalu. Selepas ceramah ringkas yang bermula jam 12.10 tengahari, beliau ke luar Dewan memantau lokasi kaunter produk.

  Kaunter-kaunter yang ada pada kali ini ialah kaunter Tabung Haji, kaunter Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) dan kaunter Penyelaras program Jelajah Varsiti, Pn Salmah Hanim Hares. Di kaunter penyelaras program terdapat produk formulasi Dr Hatta untuk HBI seperti Hifos, Homeo-ABC dan Active IQ.

  Apabila Dr Hatta singgah di meja PUIM, di sana duduk rakan seprogram iaitu Pak Wan Chik Hussain, seorang motivator dan usahawan. Ketika itu, Pak Wan Chik sedang membuka bicara berkaitan kefahaman masyarakat tentang amalan Umrah.

  Penerangan Pak Wan Chik agak berbeza dan mendalam berkaitan Umrah dan Haji. Katanya, ketika mula memakai ihram, kita hendaklah menganggap pemakaian ihram seolah-olah menguruskan orang mati. Kalau masa bertawaf, kaedahnya seperti kita mendirikan solat. Demikian pula bila kita bersaie.

  Menurut beliau, untuk diceritakan semuanya memakan masa lima jam, jadi beliau ringkaskan dalam masa setengah jam sahaja. Penerangan beliau itu turut dirakamkan oleh salah seorang sahabat yang khusyu' mendengar cerita beliau.

  Tetapi selepas itu, apabila pegawai Tabung Haji dan pelanggan beredar ke kaunter yang terdapat beberapa produk homeopati, ada pula yang ingin tahu apakah fungsi Active IQ dan Homeo-ABC.

  Di sana, untuk mengetahui lebih lanjut, pelanggan disaran supaya membaca fliers dan membuka laman konsultan HBI iaitu drhatta.com. Tetapi justeru Dr Hatta kebetulan berada di situ, mereka mengharapkan satu penjelasan yang lebih meyakinkan.

  Kata salah seorang daripada mereka, dia pernah melihat iklan seperti laman web itu dalam harakah daily. Iklan harakah daily itu telah dimuat naik beberapa waktu yang lalu. Tetapi kini sudah lama iklan itu tidak kelihatan.

  "Homeo-ABC ini sesuai untuk sebarang masalah atau penyakit yang baru. Demam, sakit perut, batuk-batuk atau selsema yang baru menjangkiti sesuai diberikan ABC. Asal saja masalah itu bersifat akut atau baru menjangkiti, ambillah ABC dua atau tiga dos, insyaAllah akan berkesan," demikian jelas Dr Hatta.

  Sambung beliau lagi, "Bahkan ada beberapa kes di mana seseorang itu menghadapi masalah kronik seperti lelah, boleh juga mengguna Homeo-ABC. Biasanya, masa serangan lelah, serangan itu berlaku dalam kondisi akut. Jadi, ketika itu Homeo-ABC boleh diambil. InsyaAllah, sudah terbukti ada kesan di mana pesakit asma yang mengguna Homeo-ABC ketika serangan lelah, dia akhirnya kurang bergantung kepada inhaler."

  Seorang daripada pelanggan yang sudah beberapa kali mengguna Homeo-ABC memberi testimoni bahawa anaknya amat serasi dengan Homeo-ABC dan masih menyimpannya untuk menjaga tahap kesihatan anak-anaknya. Dr Hatta memaklumkan bahawa anak-anak yang kerap merungut, merajuk, membaling barang, menangis boleh diberikan Homeo-ABC.

  Sementara kawan Dr Hatta, sdr Zainal Rashid Isa, Tim Presiden PUIM turut memaklumkan bahawa anak-anaknya menunjukkan perubahan positif yang ketara selepas mengambil Active IQ. Justeru beliau turut merancang untuk memasarkan Active IQ melalui online.

  Dr Hatta menegaskan, "Active IQ selalunya berkesan menukar attitude anak-anak. Yang malas biasanya akan berkurang malasnya. Yang degil dan bersikap negatif juga boleh menjadi semakin positif terhadap nasihat."

  "Anak-anak biasanya mudah bangun pagi bila dikejutkan. Dia juga menjadi semakin fokus."

  Dr Hatta memberi penjelasan sambil menunjukkan fliers yang mana terdapat testimoni pengguna. Menurut beliau, syarikat juga sudah bersetuju untuk rebrand dan meletakkan harga baru mulai tahun hadapan.

  Majlis penutup program Jelajah Varsiti ke 10 telah dilangsungkan pada jam 5.30 petang oleh wakil Pengarah Tabung Haji Negeri Selangor, Tn Hj Ghazali.

  Selepas ucapan perasmian, tiga kumpulan pelajar yang mempersembahkan rancangan perniagaan masing-masing telah menerima hadiah yang disampaikan oleh Tn Hj Ghazali.

  Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015