Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Jelajah Varsiti 9: Pertemuan Dua Konsultan Online (06/12/15)

 Jelajah Varsiti (JV) anjuran bersama Tabung Haji dan Berita Harian pada 5hb Disember 2015 di UiTM Segamat telah memasuki siri ke 9. Sebelum siri JV ini berakhir, laman kami ingin mengupas sedikit mengenai bisnes online, tetapi fokus ini khusus kepda perkhidmatan online, bukan jualan produk online.

  Apa yang kami maksudkan di sini ialah dua perkhidmatan online yang masih baru di Malaysia. Pertama ialah Kaunseling Online dan yang kedua pula Konsultasi Homeopati online.

KAUNSELING ONLINE

  Pembicaraan ini penting kerana jarang-jarang atau hampir tidak kedengaran ada kaunselor di Malaysia ingin fokus kepada perkhidmatan kaunseling online. Bahkan ada yang berpendapat ia mungkin tidak munasabah atau mustahil. Mutakhir ini saja, kalau kita search atau buat carian google, semakin ramai sudah para kaunselor yang menjalankan kaunseling online di Malaysia.

  Di antara mereka yang sedar sejak daripada awal tentang perlunya kaunseling online itu ialah sdr Zainal Rashid bin Isa. Bahkan apa yang telah diusahakan oleh sdra Zainal Rashid bin Isa itu sudahpun bermula sejak tahun 2010.

TERAWAL DALAM KAUNSELING ONLINE

  Apa yang dibuat oleh kaunselor Zainal Rashid merupakan suatu fenomena baru kerana umumnya para kaunselor berpendapat sesi itu harus dibuat di dalam bilik dan yang harus ada hanyalah kaunselor dan klien. Lainlah cerita kalau ia kaunseling kelompok.

  Penerokaan sdr Zainal Rashid berjaya kerana beliau ialah pioneer dalam mengusahakan kaedah kaunseling online di Malaysia. Kejayaan itu juga mungkin disebabkan kepakaran beliau dalam internet atau urusan online. Al-maklum, beliau merupakan Timbalan Presiden Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM).

  Menurut beliau di dalam slot ceramah beliau berkaitan Bisnes Online di UiTM Segamat, "Sambutannya baik dan saya boleh mendapat bayaran sehingga lima ribu sebulan dengan mudah melalui kaunseling online".

  Tambah beliau lagi, yang penting ialah mereka yang sanggup membayar bagi mendapat bantuan khidmat kaunseling itu berjaya menyelesaikan kes atau masalah yang mereka hadapi selepas klien melalui sesi kaunseling online bersama beliau.

  Secara purata, beliau boleh menjalankan lebih kurang dua sesi kaunseling online setiap hari, jelas sdr Zainal Rashid dengan penuh yakin. Itupun tidak termasuk hari minggu kerana beliaupun perlu ada masa rehat.

HOMEOPATI ONLINE

  Jika beliau terbaris di antara pelopor dan berjaya, bagaimana pula dengan rakan se Jelajah Varsitinya iaitu sdr Mohamed Hatta Abu Bakar HMD?

  Sdr Mohamed Hatta HMD, adalah konsultan homeopati  HBI yang telah mengusahakan konsultasi online sebelum ada lagi (agaknya..?) mana-mana pengamal homeopati membuat konsultasi online. Beliau membantu membina laman web ilmu untuk HBI dan melayan panggilan sejak 2003, yang mana pada waktu itu laman-laman homeopati di Malaysia masih lagi bertatih.

  Bezanya hanyalah, kedangkalan konsultan HBI dan sikapnya yang ingin membantu menyebabkan perkara itu dianggap sebagai sambilan dan tidak ada caj dikenakan walapun ada klien yang menelefon beliau sampai setengah jam.

  Bezanya juga, konsultasi homeopati online yang dibuat oleh konsultan HBI hanyalah melalui telefon, emel dan online message. Kaunseling online yang dilakukan oleh sdr Zainal Rashid tentulah lebih kedepan kerana beliau sendiri pakar dalam medan intenet dan online.

PIONEER DALAM HOMEOPATI ONLINE
  Walau apa perbandingan sekalipun, kami para admin di sini berpandangan konsultan HBI, Mohamed Hatta HMD juga pioneer dalam konsultasi homeopati online. Ini juga mungkin dilakukan kerana beliau tersangat meminati untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan serta pengalaman beliau dalam perubatan homeopati.

  Pertemuan dua tokoh online dalam bidang masing-masing ini tentulah menarik kerana masing masing boleh berkongsi banyak perkara. Sdr Zainal Rashid telah memberi keyakinan dan kepercayaannya terhadap produk Active IQ rumusan konsultan HBI, Mohamed Hatta HMD.

  Sementara konsultan HBI pula, yang kagum dengan pencapaian sdr Zainal Rashid, telah mengambil keputusan untuk menyertai dan menjadi ahli PUIM meskipun beliau sudah lama membantu HBI menguruskan bisnes homeopati online tanpa masalah.

  Kami dari meja HBI berharap perkembangan ini terus positif ke arah lebih banyak lagi membantu klien homeopati yang tinggal jauh dan belum mengenali kami.

  Sungguhpun konsultan HBI juga pernah beberapa kali menghadiri kursus kaunseling termasuk mengikuti program SOIF coaching. Namun setakat ini beliau masih mahu memberi fokus kepada homeopati berbanding kaunseling online.

PERBANDINGAN KAUNSELING ONLINE DAN HOMEOPATI ONLINE

  Di akhir penulisan artikel ini, apabila kami membuat carian google dan perbandingan, nampaknya seakan kaunseling online lebih ke depan jika dilihat dari segi jumlah kaunselor yang membuat iklan untuk e-kaunseling atau kaunseling online berbanding homeopati.

  Dalam iklan homeopati online pula, tumpuan tidak diberikan untuk mengadakan konsultasi, sebaliknya fokus diberikan kepada produk. Ini bezanya antara pengamal homeopati maya dan kaunselor maya hari ini.

  Kendatipun, jika pengamal homeopati itu prihatin, mereka juga harus fokus kepada konsultasi bagi tujuan membantu klien kerana konsultasi yang menyeluruh akan membantu pemilihan produk yang lebih tepat. Lagipun, jika konsultasi itu berkesan, separuh daripada masalah pesakit sudah dapat diringankan.

CAJ DALAM HOMEOPATI DAN KAUNSELING ONLINE

  Sedikit saranan ingin dibuat kalau amalan homeopati boleh ambil contoh daripada amalan kaunseling online. Yakni, jika persatuan homeopati juga boleh menyarankan jumlah bersesuaian untuk caj konsultasi dalam homeopati online. Setakat ini caj konsultasi sekitar RM20-RM50 terdapat dalam konsultasi di klinik tetapi belum ada aturan berkaitan caj konsultasi bagi konsultasi homeopati online.

 

  Majlis penutup program Jelajah Varsiti di UiTM Segamat telah dirasmikan oleh Tn Hj Mohd Nasir Yusof, Pengarah Tabung Haji Negeri Johor kira-kira jam 5.00 petang. Turut hadir ialah Koordinator Pembangunan Usahawan Pelajar, Puan Roha Mohamad Noah dan Penolong Pengarang Pendidikan Berita Harian, Puan Shuhada Choo Abdullah. 

  Kami tidak membuat banyak laporan berkenaan program Jelajah Varsiti di UiTM Segamat ini kerana laporan tidak jauh beza daripada sebelumnya. Sebaliknya, kami merasa lebih bermanfaat kami bicarakan mengenai isu homeopati online dan kaunseling online, kerana secara tiba-tiba topik ini berbangkit ketika slot ceramah sdr Zainal Rashid Isa.

  Salam daripada kami di HBI. Semoga homeopati online dan kaunseling online melangkah lebih maju ke hadapan di Malaysa dan nusantara.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015