Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Piramid Makanan dan Pengambilan Kalori Sehari (07/12/15)

 Sewaktu pulang dari Segamat tempoh hari, kami berhenti di salah satu R&R dalam perjalanan balik ke Banting. Paling menarik perhatian konsultan kami ketika sedang mencari makanan untuk santapan malam ialah promo atau iklan bunting (Kementerian Kesihatan Malaysia) KKM berkaitan kalori makanan. Lalu terlintas di hati kami untuk berbicara sedikit tentang piramid makanan.

  Daripada beberapa blog dan laman Kementerian Kesihatan, kami cuba mencari beberapa gambar yang bersesuaian lalu memilih foto dari satu blog ini (http://safwanchan.blogspot.my/) mengenai piramid makanan.

APA PIRAMID MAKANAN

  Apakah yang dimaksudkan dengan 'piramid makanan'? Kita memang bukan berada di sekolah lagi, maka kita jarang atau tidak langsung mempedulikan tentang apa itu piramid makanan dan apakah pentingnya untuk kita.

  Secara mudah, piramid makanan merujuk kepada satu carta 4 aras yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari.

  Yang berada di aras paling bawah piramid makanan ialah Aras 1, kemudian dalam gerakan ke atas ialah Aras 2, Aras 3 dan di puncaknya ialah Aras 4.

MAKSUD TIAP ARAS PIRAMID MAKANAN

  Di Aras 1 yang mengandungi nasi, mee, roti, bijirin dan ubi-ubian - merupakan sumber utama karbohidrat yang membekalkan tenaga. Ia membekalkan antara 50% - 55% daripada jumlah tenaga harian. Ia juga merupakan sumber yang baik bagi mendapatkan vitamin, mineral dan serat.

  Kita digalakkan mengambil makanan yang berserat kerana manfaatnya dalam membantu pergerakan usus, menjaga kesihatan usus dan mencegah sembelit. Justeru pilihlah roti mil penuh, bijirin mil penuh dan beras perang.

  Pada Aras 2, ialah buah-buahan dan sayur-sayuran yang juga mengandungi serat, mineral dan vitami. Ia juga mengandungi fitokimia yang dikatakan membantu menguatkan ketahanan terhadap penyakit.

  Jika kita dapat mengamalkan memakan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, ia membantu kita mencegah penyakit kronik seperti kencing manis, jantung dan beberapa jenis penyakit kanser. Demikian yang selalu disebut-sebut oleh pengamal kesihatan dan dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

  Aras 3 Piramid Makanan pula terdiri daripada ikan, daging, ayam dan kekacang. Makanan ini menyediakan protein yang diperlukan oleh kita semua, di samping kaya dengan vitamin B, zat besi dan zink.

  Kekacang disarankan kerana ia tidak mengandungi kolesterol dan rendah kandungan lemak. Kacang juga adalah sumber serat yang baik. Bayangkan situasi anda bila makan banyak biskut kacang dan kuah sate pada hari raya, apakah agaknya yang berlaku?

  Kita juga digalakkan memakan ikan lebih kerap berbanding daging dan ayam. Kalau makan daging dan ayampun, pilihlah yang kurang lemak dan kolesterol. Elakkan daripada makan kulit ayam dan daging yang banyak lemak.

  Sebaris dengan makanan tersebut ialah susu dan hasil tenusu. Kita digalakkan mengambil susu, keju dan yogurt dalam kuantiti tertentu yang mengandungi protein, kalsium dan beberapa jenis vitamin.

  Di puncak piramid makanan ialah Aras 1. Ini terdiri daripada lemak, minyak, garam dan gula. Oleh kerana ia berada di puncak piramid makanan, kita digalakkan mengambil kumpulan makanan ini dalam kuantiti yang kecil sahaja.

   Inilah yang terselit dalam banyak makanan harian kita. Tetapi sebolehnya, kita disaran kurangkan mengambilnya kerana ia boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan juga beberapa jenis kanser.

SARANAN KALORI BAGI KUMPULAN PENGGUNA

  Dari segi pengambilan kalori sehari pula, berikut ialah apa yang disyorkan oleh KKM bagi kumpulan masyarakat atau pengguna tertentu:

Jumlah sajian yang disarankan berdasarkan keperluan kalori dari laman myhealth.gov.my/

Jadual 1: Bilangan sajian makanan mengikut keperluan kalori harian

Kumpulan Makanan 1500 kkal/hari  1 2000 kkal/hari  2 2500 kkal/hari  3
Bijirin 4 sajian 6 sajian 8 sajian
Buah-buahan 2 sajian 2 sajian 2 sajian
Sayur-sayuran 3 sajian 3 sajian 3 sajian
Daging/Ayam
Ikan
Kekacang
sajian
1 sajian
 sajian
1 sajian
1 sajian
1 sajian
2 sajian
1 sajian
1 sajian
Susu dan produk tenusu 1 sajian 2 sajian 3 sajian

1 Sesuai bagi wanita yang tidak aktif dan warga emas

2 Sesuai bagi kanak-kanak, remaja perempuan, wanita yang sederhana aktif dan lelaki yang tidak aktif

3 Sesuai bagi lelaki aktif, wanita yang sangat aktif, remaja lelaki dan wanita serta lelaki yang kurang berat badan

  Yang penting dalam jadual di atas ialah perhatikan jumlah kalori yang sepatutnya kita ambil setiap hari. Sementara itu, anda pula berada dalam kategori mana? Jika kita berada di dalam kumpulan 1 dan makanan kita sampai lebih 2,000 kkalori, tahulah kita berada di kedudukan mana.

ISU MAKANAN HARIAN

  Persoalan bagi kita hari ini ialah justeru kecenderungan kita memakan banyak makanan segera dan tanpa peduli kalori atau jumlah makanan yang diambil. Kalau kita berseminar atau menginap di hotel sahaja, bayangkan berapa banyakkah yang kita makan pada waktu sarapan, tengahari ataupun semasa makan malam.

  Lebih daripada itu, selalunya kita juga cenderung makan sampai lima atau enam kali sehari. Itupun dalam kuantiti yang berlebihan.

  Perhatikan saja menu kita apabila makan di restoran KFC dengan selonggok french fries dan tiga ketul ayam. Tidakkah kita sedar seketul ayam (120gm) sahaja mengandungi 270 kkalori. Dengan tiga ketul bermakna kita sudahpun mengambil 810 kkalori.

  Demikian juga bila kita ke restoran Thai dan tempah nasi goreng sepinggan penuh. Jika 2 senduk nasi goreng biasa mengandungi 300 kalori, kami fikir sebahagian besar daripada kita memang akan terlebih pengambilan kalori.

  Itu belum dicampur lagi dengan minuman. Segelas minuman sahaja, seperti kopi atau teh ais mengandungi 160 kalori.

  Justeru tidak hairanlah jika majoriti rakyat Malaysia mula obes atau gemuk, khususnya apabila gaji makin tinggi dan bila hadir khenduri makan menambah-nambah.

CONTOH MAKANAN HARIAN ANDA

  Jika kita tidak ambil makanan ringan dan tidak ada snek sampingan, di bawah ini satu contoh kiraan kkalori secara rambang dengan andaian anda makan  3 kali sahaja sehari:

 

JADUAL MAKAN SET MAKANAN KALORI
Pagi Nasi lemak dan teh teh 0 580
  tambah  1 karipap dan 1 kuih seri muka 320
Tengahari Nasi Ayam + teh tarik 580
Malam Nai goreng biasa + teh ais 460
  JUMLAH 1,940

  Agak-agak cukupkah makanan ini untuk anda makan sehari? Mungkin seorang yang cergas dan aktif, dia memerlukan lebih kkalori. Tapi bagaimanakah keadaan kita yang banyak santai, atau anak-anak kita yang hanya bermain gajet sahaja tanpa sebarang aktiviti fizikal?.

  Maaf ya. Ini hanya satu contoh kutipan sebagai andaian supaya kita dapat beringat dan berpada-pada. Untuk lebih tepat nilai kkalori bagi setiap set makanan, sila rujuk bahagian (pakar) pemakanan atau jabatan kesihatan Negeri dan KKM.

APA GUNA PIRAMID MAKANAN.

  Tuntasnya, memanglah agak susah bagi rakyat Malaysia mengawal pemakanan kerana budaya kita yang serba mewah. Tetapi piramid makanan yang disediakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia tetap penting sebagai tempat rujukan.

  Jika kita tinjau rakan-rakan kita yang sakit, masa itu adalah sedikit kesedaran. Tetapi kita kembali kepada budaya harian kita apabila kita pulang ke rumah,  masuk ke tempat kerja dan bersosial. Lainlah jika kita semua bergaul dengan pakar pemakanan atau staf KKM. Di sana kita mungkin akan beringat-ingat atau diingatkan.

   Walau apa sekalipun keputusan individu, maklumat kesihatan yang kami sampaikan di sini tetap mempunyai peranan. Sekurang-kurangnya buat pembaca berfikir dua kali apabila terlalu berseronok atau terlupa. Bila kita mula berfikir, ingatlah piramid makanan dan kkalori yang pantas buat anda

PENUTUP

  Mencegah daripada datang sakit tentunya lebih baik daripada berubat selepas sakit. Kerana itu, di masa kelapangan jengok-jengoklah orang sakit dan jengok-jengoklah piramid makanan. Kemudian banding-bandinglah kalori yang diambil.

  Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015