Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Ubat Penyakit Tiga Serangkai (30/12/15)

 Penyakit tiga serangkai adalah nama yang sinonim dengan masalah kesihatan bagi warga tua atau berusia empat puluh tahun ke atas.

  Bagaimanapun permulaan bagi penyakit tiga serangkai boleh bermula sejak daripada awal lagi. Ini berlaku apabila salah satu daripada tiga rangkai penyakit itu mula diidapi.

  Umpamanya,ada dua orang rakan konsultan yang sangat dikenali baru-baru ini memaklumkan bahawa mereka sudah ada tanda-tanda penyakit yang dimaksudkan itu.

  Seorang lelaki yang berusia 38 tahun tidak dapat datang bermesyuarat bersama konsultan kerana katanya beliau terpaksa membuat rawatan bagi penyakit kencing manis yang serius. Ada doktor sudah menyarankan kepadanya untuk membuat amputasi. Tetapi beliau berdegil untuk tidak meneruskan dan sedang berusaha untuk mendapat rawatan alternatif lain.

  Seorang lagi adalah seorang staf badan berkanun yang belum sampai umur 30 tahun. Katanya, beliau didapati mempunyai tekanan darah yang tinggi, baik sistolik maupun diastolik. Doktor telah memberi ubat darah tinggi, tetapi beliau mengatakan bahawa masih terlalu awal untuk beliau mengambil ubat darah tinggi. Beliau risau, kalau diambil ubat darah tinggi tersebut nanti beliau akan bergantung selama-lamanya.

   Itulah senario penyakit hari ini. Mula-mula datang satu penyakit sahaja dahulu, contohnya sakit darah tinggi atau penyakit jantung. Lama-kelamaan penyakit berikutnya menyusul. Apabila lengkap tiga penyakit, maka orang ramai menyebutnya sebagai penyakit tiga serangkai.

  Apakah penyakit tiga atau 3 serangkai itu? Setahu kami, ia merujuk kepada tiga jenis penyakit yang hadir serentak kepada seorang individu, iaitu tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit kencing manis.

(i) Darah tinggi (Hipertensi - tiga serangkai)

  Hipertensi atau atau tekanan darah tinggi merujuk kepada suatu keadaan penyakit yang menyebabkan tekanan darah melebihi tekanan normal. Pesakit yang mempunyai lebih daripada tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90mmHG semasa keadaan rehat dijangka mempunyai penyakit darah tinggi.

  Tekanan darah penting kerana ia menyalurkan darah kepada otot dan organ-organ penting terutama otak, jantung dan buah pinggang. Tetapi bila tekanannya terlalu tinggi, lama-kelamaan keadaan itu boleh merosakkan organ-organ penting, bahkan pembuluh darah itu sendiri.

  Biasanya pada peringkat awal tiada gejala yang jelas. Justeru, individu mungkin berisiko bila keadaan itu tidak diketahui dan tak dapat dirawat daripada awal, di mana boleh jadi timbul komplikasi secara tiba-tiba seperti serangan jantung, kegagalan jantung, strok dan kerosakan buah pinggang.

  Paras kolesterol yang tidak terkawal boleh menyebabkan pembuluh darah menjadi keras akibat penebalan kolesterol (arteriosklerosis). Selain itu, hipertensi atau tekanan darah tinggi berlaku disebabkan faktor penyumbang seperti pertambahan berat badan, tahap stres, pengambilan bahan tertentu secara berlebihan, kencing manis dan aktiviti merokok.

  Pesakit hipertensi yang dapat mengawal dirinya dengan cara perubahan gaya hidup seperti melakukan senaman, kurang pengambilan garam, dapat mengawal kolesterol dan makanan tertentu yang boleh meningkatkan tekanan darah, tidak merokok dan tiada keturunan keluarga menghidap penyakit darah tinggi akan berjaya mengawal tekanan darahnya.

  Sekiranya seseorang itu tidak berjaya mengawal dan merubah cara hidupnya,dia akan tetap bergantung pada ubat-ubat modern bagi mengawal tekanan darahnya. Pendeknya dia tidak lagi boleh hidup tanpa ubat yang membantu mengawal tekanan darahnya.

(ii) Penyakit jantung. (tiga serangkai)

  Penyakit jantung adalah antara penyakit kardiovaskular yang menjadi penyebab utama kematian di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Menurut laman web moh.gov.my/press_releases/214 dalam kenyataan akhbar "Jantung Sihat Bermula Di Rumah", pada tahun 2010, 25.4% (11,812) , penyebab utama kematian di Malaysia adalah akibat penyakit kardiovaskular (penyakit jantung dan strok). Penyakit kardiovaskular juga dikatakan menjadi penyebab kematian pra-matang di hospital di mana kira-kira 35% kematian berlaku di kalangan individu berumur kurang 60 tahun.

  Selain ia menjejaskan kualiti hidup, penyakit kardiovaskular menambahkan beban ekonomi individu, keluarga dan masyarakat, serta mengurangkan produktiviti negara. Malangnya, beberapa faktor yang menjadi punca kepada penyakit jantung telah diabaikan dalam kehidupan seharian menyebabkan ianya sukar dikawal.

  Menurut laman itu lagi, lebih daripada 90% pesakit yang menghidap penyakit jantung di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya satu faktor risiko penyakit kardiovaskular yang utama, seperti terikat dengan tabiat merokok, menghidap hipertensi atau sakit darah tinggi, berlebihan berat badan (obesiti), mempunyai tahap kolesterol tinggi, mengamalkan gaya hidup yang tidak aktif dan mempunyai penyakit kencing manis atau diabetes.

  Laporan data terkini di dalam laman worldlifeexpectancy.com/country-health-profile/malaysia juga menunjukkan penyakit jantung koronari merupakan penyebab kematian nombor satu (23.10%) dan diikuti dengan strok (12.19%).

  Atas sebab iitu, masyarakat Malaysia seharusnya lebih prihatin dan mengambil tindakan segera menjaga tahap kesihatan dengan cara mengamalkan pemakanan seimbang, lebihkan senaman, elakkan daripada aktiviti tidak sihat seperti merokok dan meminum alkohol.

(iii) Kencing manis (diabetes - tiga serangkai)

  Mungkin beberapa waktu yang lalu, kami telah menyentuh ketiga-tiga penyakit ini secara berasingan. Jika tidak darah tinggi, mungkin kita sentuh atas nama hipertensi. Kalau bukan kencing manis, mungkin kita sentuh atas nama diabetes.

  Penyakit kencing manis berpunca daripada masalah kekurangan insulin. Ada pesakit yang tubuhnya tidak mampu mengeluarkan insulin yang cukup untuk keperluan sel tubuh.

  Tetapi, mereka yang mengalami diabetes pada usia lewat ini biasanya pesakit diabetes jenis II. Iaitu, hakikatnya tubuh pesakit boleh menghasilkan insulin yang diperlukan tetapi sel-sel tubuh tidak mampu memanfaatkan insulin tersebut sebagaimana sepatutnya.

   Diabetes ini biasa berlaku pada mereka yang obese dan mempunyai sejarah keluarga keturunan diabetes. Kerap membuang air kecil, haus bersangatan, penurunan berat badan dan cepat lesu adalah sebahagian tanda-tanda seorang itu mungkin menghidap diabetes atau kencing manis.

Saranan Rawatan Penyakit Tiga Serangkai

  Untuk merawat penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung (penyakit 3 serangkai) adalah suatu perkara yang sukar jika keadaan sudah tidak terkawal. Kami lebih gemar menyarankan penjagaan kesihatan secara menyeluruh sebelum keadaan menjadi kronik.

  Dalam kes ini, kesemua dua belas remedi biokimia amat penting diambil perhatian. Tetapi setelah konsultan HBI menyatakan betapa bergunanya remedi yang beliau pilih daripada Garam Tisu Biokimia lebih kurang sepuluh tahun lalu, maka kami bawa cerita ketiga-tiga penyakit ini sekali lagi demi manfaat bersama, demi merawat atau mencegah penyakit tiga serangkai ini.

  Remedi penyakit tiga serangkai yang kami maksudkan itu ialah elasto1, spasmo2, dan foska3. Bergantung kepada konsultasi, mungkin klien akan disaran remedi tambahan seperti skinox4 atau Natrum Sulph (khususnya pesakit diabetes).  Apa sekalipun, konsultasi terlebih dahulu amat penting meskipun remedi berkenaan sesuai dengan kebanyakan orang.

  Pada asasnya tiga remedi yang pertama itu tersangat baik buat mereka yang baru mendapat salah satu daripada tiga penyakit tiga serangkai itu atau sudah mempunyai simptom-simptom tertentu. Jika penyakit itu berupa kencing manis, keempat-empat remedi itu disarankan tetapi tertakluk kepada konsultasi kerana mungkin ubat lain dipelukan sebagai ganti.

  Malahan disaran juga remedi-remdi berkenaan bagi mereka yang sudah meningkat usia mendekati 40 tahun demi mengurangkan risiko penyakit tiga serangkai. Ia adalah baik untuk mencegah beberapa penyakit lain juga yang selalu tiba bersama usia dan lasak dalam penggunaan organ-organ tertentu.

  Lumrahnya pesakit yang mendapat simptom tekanan darah tinggi akan disaran mengambil elasto1 dan salah satu penawar atau ubat homeopati yang lain. Elasto1 penting kerana ia membantu salur darah arteri atau vena yang mungkin kian mengeras atau menebal menjadi lebih lembut atau elastik.

  Tetapi bukankah bila usia kian meningkat seseorang itu berisiko mendapat pelbagai masalah lain seperti sendi, tulang, pereputan, pening kepala, kekejangan, sakit otot, kecapekan, masalah urinari dan lain-lain? Dengan pengambilan tiga atau empat penawar biokimia homeopati itu, lalu masalah lain boleh sama-sama diselesaikan atau dibantu.

  Pencegahan adalah lebih baik. Kekurangan salah satu atau beberapa mineral, mengikut Dr. W. Schuessler, akan mengundang penyakit-penyakit tertentu. Lantas penyakit tiga serangkai juga dapat dikurangkan risikonya dengan memenuhi kembali keperluan mineral yang berkaitan berpandukan teori Dr. W. Schuessler.

  Melalui pengambilan sekurang-kurangnya tiga penawar tadi, tidaklah kita berhadapan dengan masalah tua sebelum usia. Penyakit-penyakit hinggap dulu, awal daripada sepatutnya. Dapatlah kita merasa kekuatan kemudaan sedikit.

  Daripada tekanan darah tinggi, klien itu boleh jadi juga kurang haemoglobin, lalu klien wajar ditambah preskripsi dengan penawar atau ubat Ferrum5. Semua penawar atau ubat yang berasaskan mineral ini boleh diambil bersama kerana ia membantu menambah kekurangan mineral di dalam tubuh kita yang telah menyebabkan kita mendapat sakit.

Konsultasi Penting Walaupun Online

  Oleh kerana promo HBI bersifat konsultasi farmasi, kita saran klien telefon dan bercakap dengan konsultan terlebih dahulu. Kehadiran simptom sampingan lain boleh dibantu. Penyakit tiga serangkai mungkin memerlukan lebih daripada tiga ubat yang kami sebut tadi.

  Apa yang kami bicarakan di sini bukan tertumpu kepada merawat dengan apa yang difikirkan sebagai ubat penyakit tiga serangkai. Apa yang cuba kami katakan ialah marilah kita beramal dengan mineral khusus yang disaran mengikut teori biokimia homeopati.

  Justeru, dengan menambah bahagian mineral yang umumnya orang yang sudah lama hidup banyak kehilangan garam mineral, kita mungkin dapat mencegah daripada penyakit-penyakit lain termasuk tiga serangkai daripada berkunjung.

  Harus diingat, gout dan artritis juga merupakan antara masalah yang kerap menimpa kumpulan individu yang berusia 40an. Jika kita kedekut untuk berbelanja sedikit, risiko kita pasti akan bertambah.

  Dan apabila sakit selepas kita menderita penyakit, kesan ubat pun mungkin agak lambat buat menyembuhkan. Bahkan lebih teruk lagi jika kita pulih, kita tidak lagi pulih kembali seperti sediakala, yakni kepada asal kita semasa sihat dahulu..

 

 Salam daripada kami dan drhatta di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015