Iklan Produk HBI:

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2015 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

  Penulisan Buku "Tip Motivasi dan Minda" Dan Pasaran Online (29/12/15)

  Benar sekali jangkaan dan hasrat HBI untuk sekali lagi mengeluarkan buku sebagai kesinambungan kepada kumpulan esei seperti "Esei-esei Milenium Baru" tidak kesampaian.

  Namun, meskipun lebih tiga tahun tiada satu buku baru diterbitkan, usaha memasarkan produk homeopati secara online semakin gigih. Beberapa buah e-buku (buku elektronik) dikeluarkan.

  E-Buku ini dibuat menggunakan beberapa perisian e-compiler seperti Fast E-Book Compiler, Natata dan beberapa perisian lagi yang sebahagiannya boleh didownload percuma, sementara ada juga compiler yang dibeli secara online.

  Dalam salah sebuah e-buku, penulis ada juga memasukkan buku "Simptom-simptom Penyakit dan Rawatan Homeopati" dan "Kamu Perubatan Homeopati". Ini bermakna buku yang anda boleh beli secara fizikal hari ini sudahpun dipasarkan secara online lebih kurang sepuluh tahun yang lalu.

BUKU KETUJUH HBI

  Kegeringan syarikat HBI terubat apabila sebuah buku yang membicarakan mengenai motivasi dan minda terbit pada tahun 2008. Ini berlaku selepas Mohamed Hatta HMD yang berada di Terendak ketika itu berjaya membawa team pendidik di MRSM Terendak menggapai kecemerlangan dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2006 dan selama tiga tahun berturut-turut.

  Buku tersebut yang diberi nama "Tip-tip Motivasi dan Minda" mengandungi 64 halaman sahaja. Tetapi intisarinya padat kerana ia bukan semata-mata menghidangkan tip-tip atau kata-kata hikmat seperti yang terdapat di dalam buku-buku Tip Motivasi biasa di pasaran.

  Sebagai pembuka bicara, penulisnya dengan kata-kata bersemangat memetik apa yang dikatakan oleh Billi P.S. Lim di dalam buku tersohornya "Berani Gagal", iaitu "Apabila seorang samurai sejati bertarung, ia telah bersedia menghadapi maut, tetapi lazimnya, lawannyalah yang menemui ajal."

  "Kita akan lebih berani dalam apa jua perkara sekiranya kita berani untuk menghadapi kekalahan". Demikian antara petikan yang dimuat sebagai pembuka selera atas tajuk Petunjuk Jalan Kejayaan.

  Sebagai Mutiara Tip, penulis juga memetik kata-kata daripada H.M. Tuah Iskandar al-Haj, "Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai."

  Pak Wan Chik Husain, pakar motivasi dan usahawan dalam program Jelajah Varsiti anjuran Tabung Haji dengan kerjasama Berita Harian mengatakan bahawa buku ini sangat menarik dan mengatakan buku itu wajar dijual pada harga yang lebih tinggi lagi. RM15 lebih sesuai kerana melihat dan menilai dari segi kualitinya.

   Dalam membicarakan "Tentang Minda", Mohamed Hatta HMD mengulas mengenai sebab-sebab insan itu menjadi lupa, yang mana antara puncanya ialah kerana amalan pemakanan yang tidak betul. Beliau juga memetik saranan pakar-pakar tertentu dalam Tip Amalan Pemakanan Sihat dan Pemakanan Baik Untuk Minda.

  Ramai orang terlepas pandang apabila melihat buku sekecil itu. Tetapi intipatinya cukup gagah buat membangkitkan semangat dan beramal dengan pemakanan ang betul. Malahan, beruntungnya pembaca ialah kerana beliau juga turut memasukkan pembicaraan mengenai tablet minda.

  Di sini beliau menerapkan konsep dan pandangan Dr. W. H. Schuessler mengenai keperluan dua belas garam tisu dalam kesihatan tubuh badan dan bagaimana beberapa penawar biokimia yang disebut mampu membantu seseorang itu meningkatkan daya ingatan.

  Selain tablet minda, beberapa tip lain turut dimasukkan bagi menguatkan ingatan. Masyarakat hanya dapat menikmatinya hanya jika mereka memiliki dan membaca buku "Tip-tip Motivasi dan Minda".

  Dengan terbitnya buku ini, ia membuka perspektif baru tentang teknik alternatif meningkatkan ingatan. Senarai tiga belas bahan rujukan yang digunakan menunjukkan betapa buku yang ketujuh terbitan HBI ini mementingkan isi berbanding sekadar bisnes homeopati online.

  Dalam ertikata lain buku "Tip-tip Motivasi dan Minda" ini juga merupakan gabungan isi dan pembicaraan tentang motivasi, minda dan homeopati juga.

  Apabila buku ini dipasarkan ia meletakkan permulaan baru dalam siri penerbitan buku-buku homeopati. Pada tahun berikutnya sebuah buku yang tidak terfikir oleh pengamal di negara ini untuk ditulis dan diterbitkan berjaya dikeluarkan oleh HBI Health & Homoeopathy Centre.

  Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015