Iklan Produk HBI:

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2014 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

 Badrul Hisham Burhanuddin di Mega Fair Kolej MARA Banting (27/02/15)

Mulai 27 Februari 2007, Mega Fair Kolej MARA Banting berlangsung sekali lagi buat kali ketiga. Seperti diuar-uarkan sejak kali pertama ia diadakan, Mega Fair ini dilakukan sebagai salah satu aktiviti mendekatkan Kolej tersebut dengan masyarakat Labohan Dagang, Bukit Changgang dan kawasan sekitar di mana ramai para pelajar International Baccalaureatenya membuat khidmat masyarakat.

  Melalui Mega Fair tersebut juga, para pelajar IB yang terlibat dengan program khidmat masyarakat di tempat yang jauh termasuk ke luar negara dapat membuka gerai jualan bagi tujuan memperoleh pendapatan dan derma bagi tujuan murni yang sama.

  Paling menarik kali ini ialah, bukan sahaja jemputan kumpulan nasyid Mestica, Forum bersama IKIM.fm, malah acara paling menarik ialah masyararakat Kolej dan orang ramai dapat bertemu bual dan mendengar cerita mengenai seorang pelajarnya yang baru saja pulang daripada menjelajah dunia secara berbasikal.

  Pelajar yang pernah menggegarkan media arus perdana Malaysia itu ialah saudara Badrul Hisham Burhanuddin, 24 tahun, pelajar lepasan IB Kolej MARA Banting dan merupakan graduan Sartana Kejuruteraan Mekanikal Universiti Sheffield.

  Beliau telah mengayuh basikal dengan tiga orang lagi sahabat tetapi akhirnya selepas berkayuh sejauh 11,000 km, beliau sampai di Malaysia bersama Mohd Hafiz Hamid dari Kolej Profesional MARA Beranang.

  Mengikut cerita beliau, mereka berkayuh selama lapan jam sejauh 100 km sehari bagi merentasi lapan belas negara termasuk England, Peranchis, Iran, India, Turki, Vietnam dan Thailand sebelum sampai ke tanah air Malaysia.

  Sepanjang perjalanan sejauh hampir 12,000 kilometer itu, Badrul Hisyam telah menempuh bermacam pengalaman pahit dan manis. Malahan beliau hampir pernah hendak dirompak dan diculik semasa berada di negara asing.

  Untuk mengikuti kisah pengembaraan berbasikal Badrul Hisham dan bersembang santai, orang ramai boleh berkunjung ke Mega Fair Kolej MARA Banting pada hari 27 Februari 2015, dan akan berakhir pada 1 Mac 2015.

  Syabas Badrul. Mudah-mudahan usaha, kegigihan dan semangat juang saudara menjadi teladan kepada anak muda Malaysia hari ini.

  Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015