Iklan Produk HBI:

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2014 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

 Harga Barang Selepas GST (06/02/15)

Minggu ini kami menghadiri program Bicara Profesional di Hotel Crystal Crown Petaling Jaya. Tajuknya agak menarik, iaitu "Peluang Koperasi Dalam Krisis Ekonomi Masa Kini".

  Malangnya Bicara Profesional telah menjadi tidak rancak seperti sepatutnya kerana Dr. Jamaluddin, pakar ekonomi dari Universiti Malaya telah merumuskan dengan mudah bahawa mengikut teori ekonomi dan pandangan beliau, harga barang akan sentiasa naik dan tidak mungkin turun.

  Bukan sahaja para hadirin kurang berpuas hati dengan jawapan itu, malahan banyak isu-isu yang melanda negara tidak dikaitkan seperti masalah kehilangan dan kemalangan tiga buah kapal terbang serta banjir paling buruk yang langsung tidak disentuh. Ada pula seorang wakil koperasi bangkit bertanya mengenai kesan GST, namun jawapan tidak menunjukkan kematangan "bicara profesional".

  Kami tidak ingin menyentuh persoalan di atas, tetapi ingin menyuarakan sedikit tentang canang-canang pihak kerajaan yang mana harga barang tidak harus naik akibat pelaksanaan GST. Bahkan harga barang sepatutnya lebih murah dan berdaya saing.

  Jika demikian, persoalannya ialah, kenapa semua orang membicarakan dan merisaukan pasal harga naik dan bukan turun?

  Andainya kita merujuk kepada gambar rajah di sebelah dan penerangan oleh pihak intelektual persendiri dan badan-badan kerajaan, memanglah harga sepatutnya lebih murah. Namun itu dari sudut GST sahaja, dan juga daripada sudut pembicaraan teoretikal.

  Malangnya hakikat senario ekonomi tidak semudah itu. Para peniaga yang terpaksa menukar sistem pengurusan komputer dan perisiannya mengalami kos yang perlu dibayar. Para peniaga yang sebelum ini bebas dan berjaya melepaskan diri daripada membayar cukai juga sekarang terpaksa menjadi lebih telus dengan merekod transaksi sebenar bagi tujuan membuat tuntutan ke atas kenaikan cukai GST (sekalipun Cukai Jualan dan perkhidmatan sudah tiada). Mereka akan mendapat untung yang lebih kecil apabila rekod transaksi sebenar terpaksa dihantar kepada kerajaan kerana terpaksa membayar kadar cukai sebenar.

  Selain isu berkaitan dengan pendaftaran GST, sentimen yang dimainkan oleh peniaga, ahli politik dan orang ramai menjadi pendorong yang kuat kepada kemungkinan harga barang naik. Apabila pengguna pula berlumba-lumba membeli barang-barang dan perkhidmatan pada masa sekarang kerana takut harga naik, ianya telah menambahkan permintaan dalam pasaran dan memudahkan lagi harga barang dinaikkan.

  Ketamakan dan keegoan golongan peniaga, meskipun tidak semua, tentulah menyumbang kepada kenaikan harga barang walaupun ada golongan berpendapat ia sepatutnta turun.

  Isu penurunan harga minyak dikatakan tiada kaitan langsung dengan harga barang (seperti dimaklumkan oleh wakil pemborong/peniaga di dalam satu laporan media). Sedangkan ketika harga minyak naik dahulu, alasan yang mereka berikan ialah terpaksa menaikkan harga barang dan perkhidmatan kerana kos pengangkutan sudah meningkat.

  Kesan teori ekonomi menjadi tidak relevan apabila pengguna dan rakyat mahukan harga barang dan perkhidmatan diturunkan. Ini terjadi kerana harga dikuasai oleh golongan peniaga yang menawarkan barang dan perkhidmatan, sedangkan pengguna pula tidak dapat bersatu dalam menghukum pembekal.

  Dalam situasi yang merugikan pengguna ini, pihak yang boleh memainkan peranan hanyalah pihak kerajaan, iaitu dengan mengawal harga sesetengah barang. Itupun bukan semua harga barangan dan perkhidmatan dapat dikawal.

  Benar atau tidak pembicaraan dalam artikel ini, pembacalah yang mampu menilainya. Tapi jika kami bertanya kalian satu perkara, bagaimanakah anda boleh menjawabnya?

  Perhatikan harga sesetengah produk yang stabil harganya mestipun tidak dikawal. Mengapa terjadi demikian?

  Produk Active IQ, Homeo-ABC dan Hi-Fos adalah satu contoh. Kenapa harga produk HBI ini tidak naik sejak tahun 2001 ketika ia mula dilancarkan? Apakah kos dalam pembuatan barang-barang ini tidak naik ataupun tiada kesan kenaikan harga minyak?

  Tepuk dada tanya minda. Mengapa keadaan ini terus berlaku dan  mengapa pengguna harus menanggung bebannya.

  Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015