Iklan Produk HBI:

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2014 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

 BUKU MATERIA MEDIKA TERAPEUTIK OTW (20/02/15)

Assalamu'alaikum semua pengunjung laman Konsultan HBI. Hari ini kami ingin umumkan bahawa buku terbaru yang dinanti-nantikan oleh beberapa pihak sedang dalam proses percetakan.

  Buku yang kami maksudkan itu ialah buku Materia Medika Terapeutik Teew. Ia merupakan nama yang sama-sama dipersetujui bagi menggantikan rancangan nama yang asal iaitu Materia Medika Terbalik Teew.

  Keputusan ini dibuat kerana kami merasakan istilah "terbalik" itu tidak glamour sebagaimana nama Reverse Materia Medika Teew, yang mana perkataan "reverse" itu kalau digunakan lagi menarik dan autentik.

  Hal ini samalah dengan istilah "facebook'. Facebook itu begitu glamour, menarik dan kena dengan gaya dan gambarannya. Tetapi jika anda menamakannya sebagai "Mukabuku", tidakkah ganjil bunyinya? Nak kata glamour, rasanya sebagai lagu mungkin ya, tetapi agak janggal menggunakan nama "Mukabuku" bagi sebarang pembicaraan atau artikel akademik.

  Bagaimanapun, untuk makluman, semua bahan itu sekarang berada di tangan pihak percetakan. Setelah beberapa kali kami semak dan tambahbaik, kami telah memohon mendapatkan kod ISBN daripada Perpustakaan Negara Malaysia. Sepatutnya kami serahkan manuskrip itu kepada pencetak pada tahun 2014 lagi.

  Malangnya, banyak perkara yang menyebabkan usaha tersebut tergendala. Tetapi seminggu sebelum Tahun Baru Cina, kami sudahpun menyerahkannya kepada Padform Printers supaya mencetaknya.

  Menurut pihak pencetak hujung bulan March, buku dijangka dapat disiapkan dan dilancarkan.

  Kami berharap dengan pengumuman ini, ramai pelawat laman konsultan HBI akan teruja dengan buku yang diharap-harapkan itu. Maklumlah, selama ini apa yang mereka tatap menerusi laman homeolibrary.com kurang memuaskan justeru tidak lengkap dan tidak boleh dipegang sebagai sebuah buku.

 Lagipun, tidak semua peminat homeopati gemar bahan rujukan dalam bentuk digital

 

  Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015