Iklan Produk HBI:

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2014 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

 PERGINYA SEORANG TUAN GURU (13/02/15)

KIRA-kira jam 9.40 malam tadi, malam Jumaat penghulu segala hari, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat telah kembali ke rahmatuLlah. Seorang 'ulama yang hebat dan kerapkali kenyataannya dijadikan isu kontroversi di dalam media arus perdana.

Tetapi dengan pemergiannya, The Star meletakkan tajuk besar "Nik Aziz - Tok Guru to All". Berita Harian pula memuatkan berita tulisan Anwar Husin dengan tajuk "Belasungkawa: Datuk Nik Aziz Nik Mat (1931-2015), sebagai suatu ucapan takziah pinjaman daripada bahasa Jawa.

   Konsultan HBI yang berasal daripada Kota Bharu Kelantan memaklumkan bahawa Nik Aziz merupakan idola kecil masyarakat remaja termasuk beliau sendiri ketika selalu berkunjung bersolat di Masjid Muhammadi Kota Bharu.

  "Masa itu, beliau mengajar tafsir surah Yasiin di Masjid Muhammadi, dan saya bersama kawan-kawan kerap berbasikal ke masjid untuk mendengar kupasan beliau yang menarik. Tetapi akibat krisis politk antara UMNO dan PAS waktu itu, satu arahan telah dikeluarkan di mana beliau tidak dibenarkan mengajar lagi di Masjid Muhammadi."

  Beliau turut melahirkan salam takziah buat keluarga Allahyarham dan harus disampaikan melalui laman konsultan HBI.

  Menurut konsultan juga, dalam perubatan homeopati, beliau amat popular. Apabila beliau dijemput merasmikan suatu Seminar Antarabangsa yang dikendalikan oleh persatuan di bawah pimpinan Allahyarham Dr. Nik Omar suatu waktu dahulu, Allahyarham Tok Guru telah memberikan sedikit ucapan dalam bahasa Urdu. Hal itu menarik perhatian dan menggamatkan dewan Hotel Perdana.

  Penguasaan beliau dalam banyak bahasa serta gaya pengucapan yang lembut dan halus adalah suatu kelebihan yang jarang terdapat di kalangan pemimpin hari ini.

  Presiden Pas mengeluarkan kenyataan di dalam facebooknya "Dengan penuh dukacitanya dimaklumkan murabbi Ummah, Al Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah kembali menemui Tuhannya sekitar jam 9:40 mlm ini. Semoga beliau tenang di sana mengadap tuhannya dan ditempatkan bersama sama para solehin. InsyaAllah solat jenazah akan disempurnakan jam 10: 00 pagi , jumaat 13.02.2015."

  Di dalam laporan Bernama.com, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata negara telah kehilangan seorang pemimpin dan ilmuwan Islam yang telah banyak berjasa dengan pemergian ke rahmatullah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat..

Sumber sama dan daripada Sinar Harian, disiarkan "Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berhenti berucap sebaik menerima berita kematian bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebentar tadi. Beliau yang ketika itu menyampaikan ucapan bersempena dengan Program Kolej Teknologi YPC di Kuala Lumpur  kelihatan sebak dan hiba. Beliau seterusnya dilaporkan meminta hadirin bersama-sama membacakan surah al-Fatihah buat Allahyarham."

  Ketika ditemui oleh ASTRO AWANI, ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata Malaysia telah kehilangan seorang pemimpin yang berpandangan jauh.

"Saya ingin sampaikan salam takziah kepada keluarga Allahyarham. Beliau adalah seorang pemimpin yang disegani dan dihormati oleh semua kaum kerana hujah-hujah beliau dapat mengangkat politik perkauman sehingga dapat melangkaui pertelingkahan di kalangan rakyat Malaysia dengan menunjukkan nilai-nilai agama Islam adalah konsep universal yang akan membawa manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia."

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong pula berkata Allahyarham sangat berbakti kepada negara. "Saya pernah berjumpa dengannya dua kali. Gaya politiknya matang dan sofistikated. Kalau tiada Nik Aziz pada tahun 2008, tidak ada lah Pakatan Rakyat." "Saya ucapkan takziah kepada keluarganya," katanya.

Juga daripada Astro AWANI, petikan kenyataan Aktivis Datuk S. Ambiga pula dikatakan "Allahyarham seorang tokoh yang dipandang tinggi".
"Beliau adalah sumber inspirasi kepada kita semua." (
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/nik-aziz-pemimpin-berpandangan-jauh-ahli-politik-53855?cp)

  Akhir sekali, daripada Presiden PKR, Dr. Wan Azizah, "Sumbangan Tuan Guru kepada kesuburan dakwah, perkembangan Islam dan pembangunan masyarakat terlalu besar untuk diungkapkan."

 

  Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015