Iklan Produk HBI:

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2014 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

 PENGHORMATAN TERAKHIR BUAT TUAN GURU (14/02/15)

Untuk sekian kalinya, BHarian online hari ini memetik kata-kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, "Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah seorang tokoh politik yang cukup bijaksana dan pemergiannya satu kehilangan besar kepada kita semua,"

  Beliau berkata sikap kesederhanaan Allahyarham disanjung semua pihak, bukan sahaja dalam peranannya sebagai seorang tokoh politik, tapi juga sebagai tokoh agama yang banyak berjasa.

  Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilahirkan pada 1931 telah kembali ke rahmatuLlah pada malam Jumaat, hari Khamis 12 Februari kira-kira jam 9.40 malam.

  Jenazah allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, Kota Bharu pada pukul 11.30 pagi semalam yang mana sebelum itu telah disembahyangkan oleh puluhan ribu yang datang melawat sejak malam sebelumnya.

  Turut hadir pada solat akhir bagi tokoh ulama itu adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Beliau tiba sejurus selepas ketibaan menteri besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

  Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan ramai pemimpin PAS yang lain telah bersama-sama mengiringi jenazah Allahyarham ke tanah perkuburan.

  Di antara yang pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang kelihatan memberi penghormatan bagi menatap wajah Tuan Guru Nik Abdul Aziz buat kali terakhir adalah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang. Ramai lagi tokoh-tokoh besar yang hadir tetapi tidak sempat dirakam dalam keadaan arus berduyun manusia hadir buat memberikan penghormatan terakhir.

  Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Setiausaha Agung Umno Datuk Tengku Adnan Mansor dan Datuk Seri Mustapha Mohamad juga dikatakan hadir di samping pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

  Turut dinyatakan hadir seperti dilaporkan Malaysian Insider ialah Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainol Abidin, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don Daniyel. Mereka semua hadir menyertai puluhan ribu umat Islam yang lain di kawasan Pulau Melaka.

  Selain itu, kelihatan hadir menziarahi jenazah Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd. Wahid. 

  Orang ramai yang datang menziarahi terpaksa berjalan kaki lebih dua kilometer kerana jalan ditutup untuk memudahkan pergerakan. Terdapat enam buah bas ulang-alik disediakan di Stadium Sultan Mohamad untuk membawa orang ramai ke Pulau Melaka untuk menziarahi jenazah.

  Ketika semua pihak memandang wajah Allahyarham buat kali terakhir secara bergilir-gilir, surah Al-Fatihah dibacakan tanpa henti. Sementara itu, di seluruh negeri Selangor, JAIS telah mengarahkan semua Masjid dan Surau Jumaat mengadakan solat jenazah ghaib buat Allahyarham Tuan Guru selepas solat Jumaat

  Al-Fatehah kami panjatkan buat beliau. Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015