Iklan Produk HBI:

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2014 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

 Kesan Banjir Terhadap Stok HBI (01/01/15)

Pertama sekali kami di HBI ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada pengunjung laman drhatta.com. Tahun 2014 ialah tahun di mana kami tidak banyak memainkan peranan seperti biasa justeru tidak memuatkan banyak artikel untuk hidangan tuan puan.

  Kita juga tidak menjangka di penghujung tahun 2014 yang baru berlalu semalam memberi impak yang sangat besar. Itulah kesan banjir yang banyak diperkatakan orang akhir-akhir ini.

  Bagi kami, kesan banjir di Kelantan yang baru saja beransur surut bukan sekadar meninggalkan suatu memori dan igauan ngeri, tetapi merosakkan sebahagian stok simpanan buku-buku terbitan HBI.

  Seperti mana yang dimaklumi, HBI telah menerbitkan 10 buah buku-buku berkaitan homeopati yang mempunyai nilai akademik atau pengetahuan. Suatu jumlah judul yang besar berbanding beberapa penerbit individu atau persatuan.

  Kita tidak menafikan peranan persatuan dan majalah-majalah yang mereka terbitkan. Namun, dari segi rujukan ilmu dalam bahasa Malaysia dalam bentuk buku, tidak banyak yang rakyat Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia boleh peroleh daripada individu maupun persatuan.

  Perkara ini dikedepankan bukan untuk membezakan atau memperkecilkan pihak lain, tetapi hanya bagi menyatakan peranan HBI dalam mengembangkan ilmu perubatan homeopati di Malaysia dalam bentuk penerbitan buku-buku dan alam ilmu (saluran informasi homeopati) melalui website seperti homeolibary.com dan drhatta.com.

  Peranan yang dimainkan HBI ini mungkin kecil sahaja dalam arena perkembangan perubatan homeopati secara keseluruhan di Malaysia, tetapi impaknya cukup kuat.

Sebahagian buku-buku homeopati dan nota kuliah penulis utama HBI yang berjaya diselamatkan daripada bencana banjir.

    Justeru, kerosakan sebahagian stok buku-buku di dalam simpanan kami akibat banjir pada 25 hingga 30 Disember 2014 cukup meluluhkan perasaan kami.

  Kami tidak bercadang untuk mengulang cetak lagi buku-buku berkenaan yang semakin sedikit jumlahnya. Mana yang tinggal, itulah yang ada untuk sekalian pembaca.

  Tetapi tentulah dalam penerbitan buku-buku baru, kami tetap masih mempunyai perancangan. Insya allah, jika tiada apa-apa aral, awal tahun 2015, kami akan hantar cetak naskhah buku "Materia Medika Terapeutik Teew".

  Buku inipun sepatutnya diterbitkan pada 2014, tetapi kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, tertangguhlah ia kepada tahun 2015.

  Kami harap, sambutan daripada para peminat homeopati berterusan dan berkesinambungan. Itulah sedikit catatan daripada kami di HBI sebagai cetusan permulaan Tahun 2015.

  Sekali lagi, Selamat Tahun Baru 2015, semoga anda dilimpahi rahmat, rezeki dan dipanjangkan usia. Maju homeopati untuk semua, khususnya rakyat Malaysia.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2014