Iklan Produk HBI:

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2014 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

 Rawatan Ketagihan Alkohol Cara Homeopai (04/01/15)

Berdepan dengan penagih arak tidak jauh bezanya dengan menghadapi penagih dadah. Saranan penawar boleh dikeluarkan berdasarkan simptom-simptom pesakit

  Ketagihan arak atau alkohol selalunya melibatkan kebergantungan fizikal terhadap alkohol atau arak. Dalam hal ini, faktor genetik, psikologi dan sosial dikatakan cenderung menyumbang kepada ketagihan.

  Mereka yang cuba berhenti mengambil alkohol dikatakan akan mengalami sindrom penarikan balik alkohol (alcohol withdrawal syndrome). Ini berlaku apabila seorang kaki botol berhenti atau mengurangi pengambilan alkohol secara tiba-tiba.

  Menurut kebanyakan pandangan, apabila seseorang berhenti mengambil alkohol, dia akan mengalami simptom-simptom emosi dan fizikal. Antaranya ialah peningkatan tremor tangan, insomnia, loya atau muntah, halusinasi (berhubung pendengaran, penglihatan dan deria sentuh), resah gelisah, gejala tarik-tarik, ketidakstabilan psikomotor dan seumpamanya.  

  Pengamal homeopati mempunyai beberapa penawar yang sesuai disaran kepada individu yang mengalami masalah bila cuba berhenti daripada meminum alkohol atau arak. Di antaranya ialah:

Nux vomica [Nux.v]
Nux vomica sesuai bagi pesakit yang mengalami keadaan tremor atau getaran berhubung dengan saraf, sakit kepala, dan deria rasa yang teruk. Keadaan meraban "delirium tremens", di mana bunyi suara sedikit sudah menakutkan sehingga pesakit tidak merasa tenang, bila malam terjaga dan terlihat bayangan menakutkan. Keadaan tremornya penuh dengan rengsaan, gelisah dan perutnya terganggu. Remedi ini boleh diberi sebelumpun pesakit itu berhenti daripada minum.

Agaricus [Agar.]

Agaricus pula satu remedi pilihan yang sesuai diberikan jika simptom tadi gagal ditangani oleh Nux vomica. Namun begitu, Nux masih merupakan remedi anti-alkohol yang utama. 

Hyoscyamus [Hyos.]
Meraban atau meracau (delirium) yang berterusan serta mulut becok sesuai dengan Hyos. Nadi pesakit halus dan cepat, kulitnya sejuk dan berlengas. Seksualnya mudah terangsang dan cenderung menunjuk-nunjuk. Pesakit berusaha melarikan diri, tidak dapat tidur dan kadang-kadang tertawa sendirian serta meraung.

Belladonna [Bell.]

Meraban secara liar dan menarik-narik bajunya, cenderung mencederakan diri dan orang keliling. Selain itu, pesakit jenis Bell ini suka menyanyi-nyanyi. Matanya liar, nampak merah dan radang, bila kepalanya sakit, berdenyut-denyut kuat.

Cannabis Indica [Cann.i]
Ini merupakan remedi akut bagi ketagihan alkohol atau dadah. Terdapat sedikit keganasan, suka berceloteh dan mindanya aktif. Macam-macam yang difikirkan dan halusinasinya berlebihan terhadap masa dan ruang. Muka pesakit boleh jadi kemerahan, anak mata membeliak dan mudah berpeluh.

  Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Konsultan HBI

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015