Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2014 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

 Selamat Menyambut Lebaran dan Promosi Baru (16/07/15)

  Assalamu'alaikum sekalian pelayar HBI. Di penghujung Ramadan ini kami ingin menyusun jari memohon maaf dan mengucapkan Selamat Menyambut Idul Fitri.

  Terutama sekali memohon maaf kerana sibuknya kami di sini sehingga tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam mengemaskini laman drhatta.com.

  Kami memanjatkan doa kepada Ilahi supaya memberi lebih banyak kelapangan bagi tujuan murni membuat hebahan dan menyebarkan ilmu, khususnya berkaitan amalan dan perubatan homeopati.

  Tetapi kami ingin maklumkan bahawa sedikit keselesaan diperoleh apabila kami memutuskan untuk menyerahkan tugas promosi kepada dua syarikat utama.

  Satu antaranya ialah PnC Rich yang sedang giat membuat promosi pada waktu ini. Oleh kerana kos promosi yang tinggi di samping kenaikan kos dalaman, 3 produk utama yang diberikan kepada PnC Rich itu produk Homeo-ABC, Hii-Fos dan Active IQ telah dijual pada harga baru RM15.

  AlhamduliLlah syukur produk berkenaan yang sudah lama berada di pasaran menjadi viral dan begitu laris buat masa ini. Kelajuan jualannya menyaingi produk lama yang dijual pada harga RM12. Ini bermakna harga baru itu masih ekonomik dan mencerminkan kemampuan masyarakat tidak terjejas.

  Pembungkusan dan warna dalam iklan PnC Rich ini sangat berbeza begitu juga iklannya. Mereka lebih memberikan penekanan promosi melalui fb, twitter dan instagram. Insya Allah aktiviti promosi amat aktif dan akan berjaya. Kami memberi sokongan terhadap kaedah pemasaran terbaru ini.

  Ada juga pelanggan yang bertanya bagaimana dengan produk lama. Oleh kerana produk melalui PnC Rich ini dibungkus dengan kuantiti 130 pil/tablet, maka syarikat yang satu lagi akan meneruskan usaha dan inisiatif lama dengan harga RM13 sahaja dan mengekalkan kuantiti 120 pil/tablet.

  Pemasaran bagi produk dengan label lama berjalan secara pasif buat waktu ini. Ia masih menggunakan label HBI, tetapi pemasarnya ialah Koperasi Global Imej Berhad. Oleh kerana Koperasi ini mempunyai fungsi menyediakan cenderamata, maka hadiah bagi pembelian produk oleh pengedar/pelanggan akan diteruskan.

  Kami yakin kedua pemasar yang diberi tanggungjawab ini akan dapat memasarkan produk dengan cemerlang.

  Akhir kata, kami berharap pengguna HBI mendapat khidmat terbaik seperti dulu juga. Salam drpd kami dan Selamat Hari Raya. Berhati-hatilah memandu di jalan raya dan semoga anda semua sampai ke destinasi dengan selamat.

      Sekian. Salam sekali lagi daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015