Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2014 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

 Diabetes Mellitus: Tinjauan Ringkas (15/04/15)

Hari ini kami ingin bercakap sedikit mengenai diabetes. Diabetes yang selalu kita maksudkan ialah diabetes mellitus. Ia merujuk kepada satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi daripada normal.

  Diabetes mellitus disebut sebagai salah satu penyakit kronik yang menjadi masalah besar di kebanyakan negara-negara di dunia. Sebahagian daripada mereka yang menghidap penyakit diabetes atau kencing manis tidak sedar bahawa mereka sudah menghidap sehinggalah selepas pemeriksaan kesihatan dijalankan.

 

  Menurut laporan laman Kementerian Kesihatan, di Malaysia apabila satu kajian telah dilakukan pada tahun 2011, dianggarkan lebih daripada 3 juta rakyat Malaysia menghidapi diabetes. (http://www.myhealth.gov.my/index.php/dewasa/penyakit/diabetes-mellitus)

 

  Jumlah ini sangat ramai berbanding dengan bilangan penduduknya. Menakjubkan? Tentu tidak begitu sangat jika kita melihat dan memerhatikan cara hidup kebanyakan anggota masyarakat Malaysia yang gaya hidupnya semakin mewah dan makanannya pula pelbagai selera dan manis-manis.

  Dalam pengkelasan perubatan, selain ia dibezakan dengan diabetes insipidus, diabetes mellitus terdiri daripada dua jenis:

a) Jenis 1 (Type 1 diabetes) atau disebut Diabetes bergantung kepada Insulin (Insulin Dependent Diabetes Mellitus). Diabetes ini lebih biasa berlaku pada kanak-kanak dan remaja.

 

Dalam kategori ini, ia bermakna tubuh atau pankreas sudah tidak dapat menghasilkan insulin. Insulin sangat penting kerana ia membantu tubuh menukar gula yang diperoleh daripada makanan yang dimakan menjadi sumber tenaga. Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat.

b) Jenis 2 (Type 2 diabetes) atau disebut Diabetes tidak bergantung kepada Insulin (Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus). Ini merupakan jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% pesakit diabetes adalah penghidap jenis ini. Bagi kebanyakan pesakit jenis 2 ini, pengambilan harian insulin tidak diperlukan.

  Masalah dalam kes ini ialah badan tidak mampu menghasilkan insulin yang mencukupi atau sel tidak bertindak balas terhadap insulin dengan berkesan.

Lazimnya pula penghidap diabetes jenis 2 terdiri daripada orang yang berumur dan mempunyai berat badan berlebihan. Bagi menangani masalah kumpulan ini, pesakit disarankan supaya membuat perubahan dalam pengambilan makanan/diet dan melakukan senaman.

  Dalam pemakanan, selalunya pesakit disaran mengurangkan pengambilan kalori. Tetapi lebih penting lagi ialah mengambil makanan yang betul. Pesakit disarankan mengelakkan diri daripada mengambil makanan yang kaya dengan lemak (khususnyanya lemak binatang), kurangkan memakan daging merah, produk tenusu dan telor.

  Mereka digalakkan mengurangkan pengambilan karbohidrat termasuk nasi. Demikian juga gula pasir (putih), beras putih dan gandum putih. Sebaliknya pesakit disyorkan mengambil bijirin tulen seperti beras merah atau coklat dan gandum tulen. Turut disyorkan ialah pesakit atau individu berisiko mengambil makanan yang banyak serat. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi biasanya mengandungi kurang gula. Jadi, serat akan mengurangkan risiko mendapat diabetes.

  Selain itu, individu disaran meningkatkan pengambilan makanan yang mempunyai kesan seperti insulin kepada tubuh. Antara makanan itu ialah timun, bawang putih, soya, germa (biji) gandum, buah avocado, kacang hijau, gandum hitam, minyak bijan, sayur-sayuran hijau dan kubis Brussels sprout.

  Tetapi pesakit atau individu berisiko juga ditegah daripada meminum alkohol dan menghisap rokok. Di waktu inilah, walau ketagih bagaimanapun, saat untuk berhenti melakukan aktiviti tidak sihat ini harus disegerakan.

(http://www.kesihatan.biz/artikel/Diet_dan_Senaman_untuk_Pengidap_Kencing_Manis.php)

  Oleh sebab majoriti masyarakat tidak menyedari mereka menghidap diabetes, maka jika anda obes dan berusia melebihi 35 tahun, eloklah memberi perhatian kepada simptom-simptom atau gejala-gejala seperti:

           haus/dahaga (haus yang berlebihan)

           letih

           berat badan menurun

           penglihatan kabur

           otot lemah

           gatal

           mengidap penyakit kulit yang berpanjangan

           luka yang lambat sembuh

           kencing yang kerap

           gatal pada bahagian kemaluan

           rasa kebas

  Tetapi sebaiknya atau jika ragu-ragu, jalanilah ujian di hospital atau klinik kesihatan berdekatan.

   Di dalam amalan homeopati, ada juga beberapa remedi yang bersesuaian bagi mereka yang membuat konsultasi dengan pengamal. Antara remedi yang mungkin menjadi pilihan pengamal termasuklah Bryonia. [Bry] , Insulin. [Ins.], Lactic acid. [Lact],  Phosphoric acid [Phos], Phosphorus. [Phos], Uranium nitrate. [Uran].

   Sekian daripada kami di HBI. Jalanilah gaya hidup sihat demi masa depan yang lebih terjamin.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015