Iklan Produk HBI:

 

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2014 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

 Materia Medika Di Farmasi TM Shafi (20/06/15)

  Kini Materia Medika Terapeutik juga boleh didapati di Kuala Lumpur. Satu-satunya kedai yang menerima buku tersebut ialah Farmasi T M Shafi di Jalan Brickfield.

  TM Shafi juga merupakan farmasi homeopati pertama di Kuala Lumpur dan sudah berada di kawasan itu selama lebih empat dekad.

  Barang-barang yang berupa bekalan remedi-remedi homeopati di kedai berkenaan sudah mulai dijual dengan tambahan cukai GST.

  Tetapi buku-buku homeopati yang dijual tidak dikenakan GST.

  Konsultan HBI yang merupakan penulis prolifik bagi topik Perubatan Homeopati dalam bahasa Malaysia menerima beberapa panggilan pertanyaan berkaitan hasil karya terbaru itu.

  Antara pertanyaan yang diutarakan ialah berkaitan istilah, contohnya ialah istilah "bedan-bedan" yang merujuk kepada urtikaria.

  Juga ada pengamal yang bertanya bagaimana nak lihat nama ubat mengikut penyakit? Kaedah itu merupakan lumrah buku-buku yang ditulis sebelum ini. Sedangkan buku ini menyenaraikan simptom penyakit mengikut nama remedi.

  Apabila diminta lihat bahagian indeks terapeutik di hujung muka surat buku tersebut, barulah mereka sedar bahawa, buku Materia Medika Terapeutik ini tidak semata-mata Materia Medika Terbalik. Bahkan ada bahagian terapeutiknya, meskipun hanya sebagai rujukan remedi.

  Ini merupakan kaedah persembahan yang belum pernah dibuat oleh mana-mana pengamal yang menulis buku terapeutik homeopati di Malaysa. Sebab itu buku ini boleh disebut juga sebagai Materia Medika Terbalik. Ianya menunjukkan senarai kegunaan dalam penyakit-penyakit tertentu dalam satu-satu remedi.

  Oleh kerana ia bersifat terapeutik yang menyenaraikan simptom-simptom secara ringkas, ia berguna sebagai panduan awal atau cepat. Ia sangat berguna kepada pengamal baru. Tetapi pengamal senior hanya akan ambil panduan sahaja.

  Ini adalah kerana mencari remedi berpandukan keseluruhan simptom adalah kaedah yang terbaik dan paling berkesan. Lagi pun amalan ini merupakan kaedah yang lebih tepat dengan kehendak amalan homeopati.

     Sekian. Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015