Iklan Produk HBI:

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2014 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

 HBI Di National Young Entrepreneurs Summit 2015 (29/03/15)

Apabila seorang pelajar menelefon HBI bagi memohon sumbangan untuk satu program keusahawanan pelajar, pihak admin terus menerima tawaran itu. Berikutan itu, HBI juga ditawarkan untuk menyertai pameran produk HBI.

  Program yang dimaksudkan itu ialah National Young Entrepreneurs Summit (NYES), yang dianjurkan oleh Kolej Aminuddin Baki, UKM yang berlangsung selama dua hari bermula pada 28 Mac 2015 hingga 29 Mac 2015.

  Di dalam program itu, para peserta terdiri daripada wakil-wakil daripada lebih 10 institusi pendidikan seluruh tanah air. Mereka berkongsi maklumat berkaitan ilmu keusahawanan, berpeluang mendengar ceramah daripada usahawan berjaya serta berbincang dan merumuskan resolusi seminar.

  Apabila mereka ke kaunter HBI mereka dapat berkenalan dengan apa yang menjadi asing kepada sebahagian besar daripada kalangan pelajar itu, iaitu sistem perubatan alternatif homeopati.

  Di sinilah peluang HBI memberi dan menyampaikan maklumat secara lebih luas kepada remaja yang masih muda belia ini. Kebetulan pula HBI diwakilkan oleh konsultan HBI sendiri, iaitu master trainer Mohamed Hatta Abu Bakar HMD

  Dan seperti biasa, meskipun HBI menawarkan buku-buku terbitan HBI, namun yang paling banyak pertanyaan diutarakan ialah mengenai produk farmasi HBI iaitu Active IQ, Hifos dan Homeo-ABC. Mujur sekali ada beberapa sampel yang turut dibawa bagi memenuhi permintaan pelanggan.

  Selain ditawarkan booth pameran, konsultan juga telah ditawarkan untuk memberi sedikit penerangan mengenai homeopati dan promosi produk di antara sesi ruangan resolusi dan pitching produk.

  Ini merupakan peluang terbaik bagi konsultan memperkenalkan sedikit sejarah ilmu perubatan homeopati serta matlamat penubuhan HBI Healh & Homoeopathy Centre kepada hadirin.

  Jelas sekali matlamat penubuhan syarikat berjaya apabila ia berjaya menerbitkan sepuluh buah buku homeopati sejak tahun 1997 hingga sekarang. Dengan buku pertama berjudul Perubatan Homoeopati dan paling akhir pada 2013 melalui buku Simptom-simptom Penyakit dan Rawatan Homeopati.

  Hadirin telah dimaklumkan mengenai sejarah kelahiran homeopati dan bagaimana ianya ditemui oleh seorang doktor perubatan alopati, Dr. Samuel Hahnemann. Pelajar juga dimakumkan berkaitan tokoh pertama yang membawa masuk homeopati ke Malaysia dan daripada mana sumber maklumat mengenai perubatan alternatif boleh diperoleh di Malaysia.

  Pelajar dianjurkan supaya merujuk laman semasa HBI yang dikenali sebagai www.drhatta.com sekiranya mereka ingin mendapatkan update kontemporari dalam perubatan alternatif, selain daripada laman persatuan MPHM.

  Di samping itu, pelajar juga disyorkan membuka atau search laman www.homeolibrary.com jika ingin mendapat banyak rujukan yang bersifat akademik. "homeolibrary" merupakan singkatan kepada "homeopahy library".

  Di hujung sesi penerangan ringkas berkaitan homeopati dan HBI, para pelajar diuji dengan beberapa soalan. Semuanya terjawab dengan baik. Justeru, HBI telah memberikan beberapa hadiah atas inisiatif mereka menjawab soalan-soalan.

  Sepanjang dua hari program itu, beberapa penceramah jemputan telah berkongsi pelbagai maklumat bagi membimbing pelajar ke arah jalan-jalan menuju kejayaan.

  Paling dinantikan mereka ialah program di hari kedua di mana AJK NYES turut menjemput sdr Irfan Khairy, tokoh jutawan internet muda dan penulis buku keusahawanan internet kontemporari.

  Konsultan HBI telah menutup sesi penerangan ringkas berkaitan homeopati dan produk HBI dengan kata-kata "Maju Homeopati untuk Malaysia".

.  Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015