Iklan Produk HBI:

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2014 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

 Seminar Homeopathy Untuk Rawatan: TB sempena Hari TB Sedunia 2015 (24/03/15)

Pada keesokan hari, sekali lagi kita akan menyambut Hari TB sedunia.

 Dan pada hari ini, World Health Organisation (WHO) menyeru supaya semua pihak memberi komitmen baru dan tindakan baru di peringkat global bagi menentang tuberkulosis atau ringkasnya TB. Ini adalah kerana ia masih merupakan antara penyakit berjangkit terbesar yang menyebabkan kematian di dunia.

 Menurut WHO, meskipun sudah terdapat progres yang banyak mutakhir ini dan dunia berada di garisan yang tepat dalam usaha menangani perkembangan penyakit TiBi pada 2015, tetapi usaha ini masih belum cukup. Laman WHO menyebut bahawa pada tahun 2013 sahaja, terdapat 9 juta orang mendapat sakit TiBi dan 1.5 juta daripadanya telah meninggal dunia.

 Berikutan itu, mengambil sempena Hari Tibi Sedunia pada hari Rabu, tanggal 25 March 2015, satu kertas kerja akan di bentangkan untuk pengamal dan peminat homeopati di Malaysia di Kuala Lumpur.

 Para peminat homeopati atau rawatan penyakit, khususnya ahli Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM), dijemput khusus bagi mendengar pembentangan kertas kerja yang diberi tajuk “Homeopathy Untuk Rawatan TiBi”.

 Kertas kerja ini akan disampaikan oleh Prof. Dr. Ibrahim Usman Mhaisker yang diundang khusus dari Cyberjaya University College of Medical Science (CUCMS) bagi memenuhi program “Taklimat TB:  Kawalan dan Pencegahan Terkini” sebagai satu aktiviti dalam sambutan Hari Tibi di Institut Perubatan Respiratori.

 Berdasarkan maklumat daripada iklan MPHM, ia akan berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari di Dewan Angsana, Institut Perubatan Respiratori, Jalan Pahang, Kuala Lumpur pada 25 Mac 2015.

 Pembentangan kertas kerja ini merupakan anjuran Institut Perubatan respiratori dan peserta boleh memasukinya secara percuma. Bagi pengamal homeopati MPHM, mereka yang hadir akan diberikan mata CPD.

 Pengamal yang berminat hadir boleh menghubungi MPHM di talian: 03-42784600.

  Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: Admin HBI.

 

 

     
 
 

© HBI Health & Homoeopathy Centre 2015