Iklan Produk HBI:

 

LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008-2014 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama :

 Vaksin Denggi Tetravalent vs Eupatorium perf (01/03/15)

Syarikat yang menguar-uarkan kehadiran penemuan vaksin denggi yang dinamakan sebagai Tetravalent buatan Sanofy Pasteur semakin kuat laungannya. Mungkin hanya menunggu beberapa waktu sebelum pihak Kementerian Kesihatan Malaysia meluluskan. Lalu akhirnya vaksin ini akan menakluki dunia.

  Dari segi keberkesanannya, pasti masih dalam proses kajian. Apakah vaksin ini boleh mencegah terus atau sekadar beberapa peratus ataukah sekadar sekumpulan simptom tertentu pesakit?

  Di Malaysia, wabak denggi akibat bawaan nyamuk aedes ini nampaknya masih kuat walaupun pihak berwajib telah berusaha mengawalnya berserta dengan kesedaran awam. Masalah kesedaran awam bagi mengawal merebaknya nyamuk-nyamuk itu tentulah lebih diutamakan, sekalipun vaksin denggi ini sudah diterima pakai nanti.

  Di sini, mungkin ramai yang sudah biasa dengan serangan (i) demam denggi yang biasa. Ia dikatakan paling kerap berlaku dengan simptom demam seakan-akan selesema dan bertahan selama satu hingga dua hari sahaja. Dalam situasi ini, pesakit sendiri mungkin tidak mengetahui dirinya dijangkiti virus denggi.

  Ada yang mungkin sudah alami lebih jauh. Apa yang diklasifikasikan sebagai (ii) Demam denggi klasik (DDK) ini menyebabkan pesakit bakal mengalami demam yang tinggi secara tiba-tiba, dengan suhu badan boleh mencecah 40C. Pesakit juga akan berasa sakit serta sengal pada sendi di seluruh badan di samping sakit kepala dan sakit di dalam bebola mata. Simptom seperti rasa mual, muntah-muntah, pedih ulu hati dan senak perut, hilang selera makan dan cirit birit boleh berlaku. Pesakit juga mungkin akan mengalami ruam kemerahan dan gatal-gatal yang mula timbul pada hari ketiga atau keempat selepas mula demam.

  Simptom denggi ini (DDK) mungkin terlepas pandang oleh pesakit dan dikatakan sering diabaikan pesakit ataupun dianggap sebagai masalah kesihatan biasa.

  Bagi mereka yang menghidap (iii) Demam Denggi Berdarah (DDB), barulah kita sampai di tahap di mana orang ramai mula menggeruni. Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengamal Kesihatan juga cukup risau. Hakikatnya, ia dikatakan jarang berlaku dan hanya lima peratus daripada pesakit DDB yang meninggal dunia.

  DDB lebih kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dan golongan muda akibat jangkitan berulang virus denggi dari jenis yang berbeza. Pesakit biasa mendapat DDB antara hari ketiga hingga ketujuh demam, bermula dengan tanda pendarahan pada gusi, hidung, mata, kencing berdarah, najis berdarah (hitam seperti tar jalan), muntah atau batuk berdarah dan pendarahan pada kulit (bintik hitam atau lebam).

 

 Pesakit juga mungkin mengalami pendarahan dalaman dengan tanda takungan darah dalam abdomen atau lapisan pleura paru-paru. Ini berlaku akibat saluran darah yang lusuh (darah keluar ke tisu, pleura dan abdomen), menyebabkan kepekatan darah meningkat. Selain itu, saluran darah kecil yang pecah dan kandungan platelet menurun juga boleh menyebabkan perdarahan, sama ada yang ringan atau berat.

  DDB bukan sahaja boleh menyebabkan maut akibat pendarahan luaran malahan boleh membunuh akibat renjatan hasil pendarahan dalaman yang sukar dikesan. Semua pesakit denggi berpotensi membentuk DDB walaupun jika dijaga dengan rapi berikutan tindakbalas antibodi badan. DDB juga boleh dipecahkan lagi kepada empat gred mengikut simptom jangkitan yang boleh dirujuk di laman Kesihatan Utusan Malaysia http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0608&sec=Kesihatan&pg=kn_06.htm.

  Ada lagi kategori yang disebut sebagai (iv) Sindrom Kerenjatan Denggi (Dengue Shock Syndrome - DSS). DSS juga dikatakan sama dengan gred 4 DDB.

  Bentuk demam denggi ini sebenarnya yang paling bahaya dengan kadar kematian yang amat tinggi akibat renjatan (shock) hasil kehilangan cecair darah (pendarahan) ke dalam organ seperti paru-paru, perut dan kulit. Badan pesakit denggi DSS biasanya kelihatan seperti mengembang, dengan tanda-tanda DDB yang disertai tekanan darah yang jatuh mendadak.

  Semua simptom DSS boleh muncul selepas tiga hingga enam hari demam bermula. Suhu badan pesakit akan berubah dengan tiba-tiba, dari amat panas kepada suhu bawah normal, bacaan platelet jatuh mendadak dan paling penting, tekanan darah amat rendah sehinggakan mungkin gagal mendapatkan bacaan.

  Sakit tulang atau tulang belakang yang dirasakan seperti hendak meletup juga merupakan simptom biasa bagi semua peringkat demam denggi kecuali denggi dengan demam biasa. Antara petanda awal DDB mungkin berkembang kepada DSS adalah: a. Sakit perut (abdomen) yang teramat sangat dan berpanjangan, muntah berterusan ; b. Perubahan suhu badan secara tiba-tiba dari demam kepada hipotermia, disertai peluh dan kelesuan, rasa gelisah dan cemas ; c. Jangkitan pada otak dan saraf pula boleh menyebabkan gangguan tahap kesedaran, sawan, lumpuh dan kekejangan leher ; d. Jangkitan hati pula akan menyebabkan rasa sakit pada bahagian kanan perut (bengkak hati) dan mata kuning. Jantung dan paru-paru juga boleh dijangkiti.

  Homeopati menawarkan beberapa remedi terbaik jika sebenarnya pengguna (lebih-lebih lagi pengamal) mengambil tindakan awal bila mendapati simptom-simptom denggi (ataupun chikugunya) yang biasa, sekalipun ia mungkin pada tahap rasa sengal atau simptom sakit-sakit tulang mahupun terkesan ada sedikit pendarahan.

  Popular di kalangan pengamal homeopati ini ialah penawar yang disebut sebagai Eupatorium perf. pada potensi 30 atau 200. Potensi rendah seperti 6 atau cecair juga boleh digunakan dengan kadar kerap sekiranya simptom denggi berterusan khususnya jika terdapat simptom sakit tulang atau penurunan platelet.

  Oleh kerana rawatan homeopati bersifat konstitusional, penawar lain mungkin wajar dipreskripsi berdasarkan simpton-simptom tertentu pesakit. Ini termasuklh Echinacea angustifolia, Bryonia alba, Crotalus hor, Rhus tox atau Ledum palustre.

  Jika bagi tujuan pencegahan, walaupun berbeza daripada vaksin perubatan modern, Eupatorium perf 200 bersama dengan Arnica 200 boleh diambil setiap bulan sebagai pencegahan. Ataupun amalkan Aconite atau Homeo-ABC secara harian atau berselang hari bagi menjaga tahap kesihatan.

  Sungguhpun Homeo-ABC bukanlah penawar khusus mana-mana jenis demam, namun pada peringkat awal ia boleh digunakan seperti Aconitum napellus. Insya Allah, jika bertepatan simptom ataupun dengan izin Allah, kita akan terselamat dari sebarang kemungkinan bahaya.

  Artikel ini hanya berupa informasi. Anda disaran berjumpa dengan pengamal untuk sebarang rawatan yang lebih spesifik.

  Salam daripada kami di HBI.

 

Penulis sesi ini: konsultan HBI.

 

 

     
 
 

HBI Health & Homoeopathy Centre 2015